Saturday, July 20, 2013

Kes Alvin & Vivian : PAS Buka Ruang DAP Bersuara

Pada awalnya DAP tidak mahu dikaitkan dengan isu Alvin Tan dan Vivian Lee hinggakan apabila Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokthar Radin berseloroh kedua pasangan itu dikaitkan dengan parti itu, aktivis-aktivis DAP ‘melompat’ menafikan perkaitan itu.

Namun, apabila dua pemimpin Pas secara berkias mengalihkan isu Alvin dan Vivian kepada dua pemimpin tertinggi Perkasa telah memberi ruang untuk Setiausaha Agung DAP kembali bersuara lantang.


Organ DAP, roketkini memetik sumber daripada The Malaysian Insider melaporkan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Mariah Mahmud mahu isu Alvin dan Vivian dilaku secara adil sama seperti Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dan Naib Presidennya Datuk Zulkifli Nordin yang didakwanya turut menghina agama.

Ibrahim kemudiannya membidas Mahfuz sebagai tokoh Pas yang lebih mementingkan undi daripada mempertahankan Islam hingga sanggup memutarbelitkan kenyataannya.
Katanya, beliau bukannya mahu membakar bible yang asli tetapi kitab Injil versi Bahasa Melayu yang ada kalimah Allah.

Katanya lagi polis sudah memanggilnya dan menyiasatnya berhubung kenyataannya itu dan kes ini masih dalam mahkamah maka Mahfuz tidak wajar membangkitkannya.
Kalau Mahfuz sebagai pemimpin Pas yang kononnya berjuang untuk Islam tidak mampu mempertahankan kalimah Allah, elok berhenti sahaja, buat malu,” sindirnya.
Semalam, roketkini melaporkan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng menyangkal perbezaan antara kes Ibrahim dengan kes Alvin dan Vivian.

Saya tidak boleh terima kenyataan seorang yang rasis dan pelampau seperti Ibrahim mahu membakar Bible sebagai usaha untuk membetulkan kitab itu sebagaimana orang bukan Islam tidak sepatutnya dibenarkan membakar kitab suci agama lain.

Ibrahim tidak patut dibenarkan membakar kitab Bible terutamanya apabila ia mahu dilakukan sebagai tanda protes terhadap agama Kristian.

Tidak ada sesiapa menerima logik dan rasionalnya kenyataan Abdul Rahman itu apabila Ibrahim menyuruh bakar kitab Bible yang mengandungi kalimah ‘Allah’ berbanding kes pasangan blogger lucah Alvin Tan dan Vivian Lee kerana menyinggung perasaan umat Islam,” katanya.

Guan Eng mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang berkata kes Ibrahim dan kes Alvin dan Vivian adalah dua kes yang berbeza.
Abdul Rahman yang juga menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan berkata, Ibrahim pernah menjelaskan kepada beliau yang gesaan itu dibuat dengan anggapan Bible dengan kalimah Allah adalah satu kesilapan percetakan dan membakarnya adalah cara terhormat melupuskan kitab itu, seperti cara umat Islam melupuskan Al-Quran lapuk dan disalah cetak.

Sedangkan katanya, tindakan pasangan penulis blog seks itu bersifat menyerang agama lain, mampu mencetuskan pergeseran agama dan pada masa sama mereka juga turut dikenali di negara jiran Singapura.
Banyak lagi yang ditonjolkan pasangan ini yang melanggar tatasusila rakyat Malaysia.
Yang saya khuatirkan apabila kita tak ambil tindakan tertentu ia akan melibatkan pergeseran agama,” katanya

Namun, jawapan itu dibidas pula oleh Guan Eng dengan menuduh Abdul Rahman sebagai rasis sama seperti Ibrahim dan Zulkifli.

Menurutnya kes Alvin dan Vivian adalah sama dengan kes Ibrahim, Zulkifli dan Abdul Rahman.
Jelas sekali BN mengamalkan ‘double standard’ serta pendakwaan terpilih dengan hanya menghukum kenyataan anti-Islam tetapi bukan kenyataan anti-bukan Islam.

Yang penting sekarang ialah sama ada pihak Kabinet (Islam dan bukan Islam) akan mengambil tindakan terhadap kenyataan yang mengejutkan daripada menteri baru dari Sabah itu yang langsung tidak menghormati masyarakat Kristian dan bukan Islam.

"Bolehkah ahli Kabinet, terutamanya menteri yang bukan beragama Islam, menerima pandangan Abdul Rahman yang rasis dan melampau bahawa penghinaan terhadap agama lain adalah sesuatu yang normal,” katanya.


Sumber : AIDC


No comments:

Post a Comment