Kerajaan
memberi amaran kepada pengganas Sulu supaya jangan cuba mengugut
untuk masuk semula ke Sabah bagi tujuan membalas dendam selepas
insiden pencerobohan Februari lepas. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pasukan polis dan tentera yang bertugas
di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sentiasa
dalam keadaan bersiapsiaga bagi menghadapi sebarang ancaman kumpulan
itu.
“Jangan
cuba ugut kami. Jangan cuba melakukan sesuatu kerana bukan sekadar
pihak polis dan tentera malah rakyat Malaysia akan bangun menentang
ancaman daripada pengganas Sulu,” katanya.
Beliau
berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan
Ramadan kepada 455 orang miskin dan orang kelainan upaya (OKU)
kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup di Bagan Datoh, Sabtu.
Ahmad
Zahid mengulas tindakan Polis Sabah yang memulakan siasatan ke atas
surat yang kononnya ditulis oleh militan Sulu yang mendakwa mereka
akan datang ke Tambunan, Sabah untuk membalas dendam. Pesuruhjaya
Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dilaporkan berkata polis telah mengesan
sumber surat itu walaupun ia disyaki tiada kaitan dengan pencerobohan
tentera Sulu di Lahad Datu awal tahun ini.
Menurut
laporan itu, surat bertarikh 3 Julai yang ditandatangani oleh
‘Komando Militan’ bagi pihak Kesultanan Sulu dan keluarga Kiram
telah dihantar kepada pegawai daerah Tambunan, pegawai polis dan
masyarakat Tambunan memberi amaran bahawa mereka mahu memulakan
perang di daerah Tambunan sebagai membalas dendam terhadap
pertempuran di Kampong Tanduo, Lahad Datu, menjelang Ogos ini.
Ahmad
Zahid berkata pelbagai khabar angin termasuk kononnya bekas pengerusi
Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari juga akan
datang ke Sabah. “Jangan dengar sebarang khabar angin. Tidak ada
orang nak bagi ugutan atau nak masuk…beritahu (kita) lebih awal.
Jika benar mereka hendak masuk dalam bulan Ogos, bulan Julai kita
sudah tunggu,” katanya.
Beliau
mengingatkan seluruh rakyat Sabah jangan memandang ringan ancaman
daripada luar kerana pengganas Sulu sememangnya terkenal dengan
budaya membalas dendam. “Kita jangan leka. Kalau kita leka memang
mereka akan menceroboh masuk,” katanya. –
BERNAMA
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment