Wednesday, July 17, 2013

MALU ! RASUAH DALAM DAP ADALAH PALING CEPAT DI DUNIA !!

Di bawah adalah temuramah AIDC dengan Shen Yee Aun (SYA), bekas Setiusaha DAP, Taman Gembira, Klang, Ketua Pemuda DAP Klang dan Setiausaha Pemuda DAP Kebangsaan. Persoalannya, apakah Lim Guan Eng DAP dan bapa beliau berani untuk bersuara menafikan pendedahan tersebut?



Seperti yang kita tahu, Lim Kit Siang dan DAP kalut menyalahkan akhbar Utusan Malaysia apabila isu Red Bean Army mengegarkan politik negara dan mendedahkan muslihat jijik parti pembangkang menyalahgunakan media sosial tetapi mereka tidak langsung menyentuh sumber akhbar tersebut iaitu Shen Yee Aun dan juga Tunku Aziz!

Utusan Malaysia dijadikan scapegoat tetapi DAP dilihat takut kepada 2 bekas pemimpin tertinggi DAP itu. Kenapa?

Apakah Lim Guan Eng dan DAP takut 2 bekas pemimpin DAP itu akan mendedahkan lebih banyak lagi kejijikan dan keburukan parti DAP?

Di antara pendedahan terbaru Syen ialah budaya rasuah dalam DAP adalah paling cepat di dunia! 

Syen : Mengapa saya kata begitu ? Sebabnya, tidak sampai 50 hari lepas pasca Pilihan Raya Ke 12, DAP memerintah negeri Perak, Nga Kor Ming memberi kontrak jahitan baju seluruh Perak kepada isterinya. Kurang daripada 50 hari, sudah bagi isteri dia. Paling cepat di dunia.
AIDC : Maksudnya, walaupun Menteri Besarnya adalah Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas, Nga Kor Ming lebih berkuasa ?
Syen : Setuju. Sebab itu pada awalnya, Nga Kor Ming dan Ngeh Ko Ham mereka boikot. Pada awalnya mereka tak nak bagi kerusi Menteri Besar kepada Nizar. Cuma akhirnya mereka tidak ada pilihan, mereka terpaksa jadikan Nizar itu sebagai boneka mereka. 
Ini, dalam falsafah Cina sebut Romance of the Three Kingdoms…ada seorang watak dipanggil Cao Cao. Mengapa Cao Cao boleh menjadi begitu berkuasa. Sebab dia mempergunakan nama seorang Maharaja di belakang beliau. Menggunakan nama Maharaja. Membonekakan Maharaja, untuk Cao Cao berkuasa.
Walaupun dia ( Cao Cao) bukan Maharaja tapi dia lebih berkuasa daripada Maharaja. Perkara inilah, perlambangannya bagaimana DAP mempergunakan Nizar.



Kembali kepada isu rasuah, cukup mudah. Rasuah yang paling cepat di dunia, kurang daripada 50 hari sudah ada rasuah-rasuah mereka.

Kalau harga pasir di Johor selori RM 300, DAP tuduh BN rasuah. Di Selangor, selori berharga RM 1,200, empat kali ganda. Jadi, rasuah siapa lebih teruk?

Kalau kita lihat baru-baru ini, IJM (IJM Land Berhad, satu syarikat pemaju terbesar di Pulau Pinang) sendiri keluar menyerang Lim Guan Eng, mereka kata mereka dipaksa untuk memberi seolah-olah derma sebanyak RM 3 juta.

IJM beri kepada Lim Guan Eng RM 1.5 juta, bagi setengah sahaja. Cumanya rasuah DAP lebih profesional, mereka menggunakan istilah-istilah derma, komisen dan sebagainya.

Ini semestinya tidak melambangkan mereka tidak rasuah. Dan yang paling penting mereka ini hipokrit.

AIDC : hipokrit ?

Syen : Mereka sudah tahu YB Jenice Lee terlibat rasuah. Apabila Jenice Lee diserang, termasuk saya menyerang, pada awalnya DAP kata ini adalah kerja UMNO menipu, menuduh rasuah, mana bukti?

Mereka kata kita silap menuduh Jenice Lee.

Tapi, apabila Jenice Lee mula berpaling tadah daripada Lim Guan Eng, pada PRU 13, orang-orang DAP sendiri yang membawa kes rasuah Jenice Lee ini kepada SPRM.
Bila kita bawa, mereka kata tipu, persepsi, tak mungkin dan sebagainya, namun bila Jenice Lee berpaling tadah dengan mereka, mereka pula yang membawa isu rasuah itu kepada SPRM. Apakah ini bukan hipokrit?  



Perkara yang paling penting sekali, kita jangan lupa, sebelum PRU 13, YAB Perdana Menteri negara kita, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak telah improve ranking kedudukan rasuah negara kita daripada tangga 60 kepada 54. DAP diam sahaja.

Menyembunyi fakta ini dan akhirnya terus menuduh kerajaan rasuah..rasuah..rasuah sambil menyembunyi fakta yang sebenar. Sebenarnya, mereka tahu fakta ini.

Sebagai pengundi yang rasional, Barisan Nasional rasuah, DAP pun rasuah. Ranking Barisan Nasional dah bertambah baik. Tapi DAP lakukan rasuah secara profesional, cuma susah nak ditangkap kerana mereka guna istilah-istilah yang berbeza.

AIDC : Rasuah tersembunyi..

Syen : Kalau kita benci rasuah, dua-dua pihak ada masalah. Untuk kita buat keputusan untuk sokong DAP atau Barisan Nasional, cukup mudah. Saya tak pernah kata Barisan Nasional baik. Untuk buktikan DAP itu lebih baik, untuk mengundi DAP, DAP perlu buktikan mereka lebih baik.

Tapi, tidak pernah kita dengar ada satu mekanisme yang dicadangkan oleh DAP, Anwar atau Pas, yang mana mereka nak mengatasi masaalah rasuah di negara ini.

Tidak pernah. Apa mekanisme mereka? Yang ada, mereka hanya kata kita mahu hapuskan UMNO, hapuskan Barisan Nasional.  Seolah-olah hapuskan Barisan Nasional, secara automatik rasuah boleh dihapuskan. Mekanisme mereka adalah dengan cara mengundi mereka.

Seolah-olah mengundi mereka, rasuah itu boleh dihapuskan. Apa mekanisme untuk membasmi rasuah, tidak pernah mereka beritahu.

Seolah-olah pada hari ini, sakit barah, contohnya, mereka kata, anda hanya perlu undi saya, penyakit anda akan hilang tiba-tiba. Mana boleh macam tu. Anda perlu tanya, rawatan apa, ubat apa?

Disebabkan perkara inilah saya tidak dapat menerima lagi DAP, kerana talam dua muka, hipokrit. Disebabkan inilah saya akhirnya bangkit meninggalkan perjuangan parti DAP.

Banyak lagi sebenarnya sebabnya, cuma dua perkara ini yang pada saya cukup penting. Seterusnya




No comments:

Post a Comment