Shah
Alam – Kemuliaan Ramadan dicemari dengan tindakan pihak tertentu
yang menganjurkan konsert mini ‘menghidangkan’ artis wanita genit
berpakaian seksi di kawasan berhampiran sebuah pangsapuri di Seksyen
31, di sini, malam kelmarin.
Amat
mengecewakan apabila penganjur langsung tidak menghiraukan
sensitiviti umat Islam kerana konsert mini itu diadakan ketika
penduduk Islam pangsapuri berkenaan menunaikan solat Tarawih di surau
yang terletak hanya 150 meter dari situ.
Bunyi
muzik kuat diselangi nyanyian dan gelekan artis wanita berpakaian
seksi secara terbuka mengundang rasa tidak senang penduduk Islam di
pangsapuri itu.
Walaupun
konsert mini itu dihadiri 100 penonton bukan Islam, tetapi ada warga
Bangladesh yang mengambil kesempatan melihat aksi seksi penyanyi
wanita terbabit, selain turut menarik perhatian pengguna jalan raya
yang jaraknya kira-kira 20 meter dari pentas.
Penduduk,
Narimah Johari, 45, berkata, penganjur mini konsert itu tidak
mengambil kira sensitiviti penduduk Islam di situ kerana
menganjurkannya pada malam Ramadan. –HARIAN METRO
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment