IPOH
4 Ogos - Tiga termasuk dua anak pengasas produk kecantikan Vida
Beauty ditemui mati dalam kebakaran di rumah pekerja syarikat
berkenaan di Meru Hill, Bandar Meru Raya di sini malam tadi.
Dalam
kejadian pukul 9 malam itu, seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak
tersebut ditemui mati dalam bilik air tingkat atas rumah tersebut.
Mangsa
yang terkorban ialah Mohd. Nor Syamil, 26; Eddie Zuhdi Mohd. Amin, 11
dan adiknya, Edrie Zikrie, 10.
Dua
lagi penghuni yang berada di dalam rumah tersebut sewaktu kejadian
terselamat.
Seorang
daripadanya adalah pekerja lelaki berusia 27 tahun patah kaki selepas
bertindak nekad terjun dari tingkat dua rumah berkenaan bagi
menyelamatkan diri.
Kebakaran
itu turut memusnahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley, sebuah
kereta Perodua Kancil dan beberapa buah motosikal.
Kerja-kerja
memadam kebakaran dan membawa keluar ketiga-tiga mayat selesai
kira-kira pukul 12.15 tengah malam.
Menurut
Timbalan Penguasa Bomba Negeri, P. Samasuvam, punca kejadian masih
dalam siasatan.
Semasa
kami sampai di lokasi kejadian, api sudah marak dan bumbung rumah
jatuh," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Ketiga-tiga
mayat berkenaan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini
untuk bedah siasat.
Ahli
Parlimen Tambun merangkap Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad
Husni Hanadzlah turut hadir meninjau lokasi kejadian.
-
UTUSAN
No comments:
Post a Comment