Sunday, August 4, 2013

Pembunuhan Dan Tembak-Menembak Adalah Rancangan Kerajaan!


Kalau dah namanya pecacai Pakatan Rakyat, taraf dan tahap otak serta daya fikir mereka cukup daif dan miskin. Semenjak Anwar Ibrahim memperkenalkan konsep KONSPIRASI untuk menghalalkan perbuatannya meliwat dan berseksual di luar tabie pada tahun 1998, sehinggalah sekarang, segala perkara yang gagal mereka jelaskan atau cuba lari daripada bertanggungjawab, akan dikatakan sebagai KONSPIRASI.

Jenayah tembak-menembak yang sedang berleluasa sekarang, sebenarnya lebih banyak melibatkan media. Media tertarik untuk mendedahkan kes-kes berkaitan dengan kesan daripada penghapusan undang-undang pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat. Lebih banyak pendedahan yang dibuat oleh media, tidak bermakna berlakunya peningkatan kes berkenaan, sebaliknya menunjukkan penghapusan undang-undang tersebut, menambahkan lagi ancaman keselamatan terhadap rakyat negara ini.

Bagaimanapun, para pecacai Pakatan Rakyat tidak faham. Mereka fikir, kalau media dedahkan, barulah wujud kes berkenaan. Kalau media tidak dedahkan, maknanya kes tidak wujud.

Pakatan Rakyat dan NGO-NGO yang beria-ia berhujah kononnya, undang-undang pencegahan adalah undang-undang kejam, sekarang ini sibuk pula menyalahkan kerajaan kerana mengikut cakap mereka. Paling menakjubkan ialah apabila mereka yang begitu pinar mencari alasan untuk menentang, tiba-tiba pula bersetuju sewaktu pembentangan usul memansuhkan Ordinan Darurat dan ISA dibuat di Parlimen untuk digantikan dengan dua undang-undang baru.

Malah pada ketika, kerajaan yang dipimpin oleh Najib Abdul Razak mencadangkan agar undang-undang baru untuk menggantikan kedua-dua kanun berkenaan, lebih ketat, Pakatan Rakyat jugalah yang paling kuat memekak dan menjerit.

Dan sekarang, apabila kesan daripada perbuatan mereka itu menunjukkan bahawa tahap keselamatan rakyat dan penduduk negara ini tidak terjaga, mereka segera mencari jalan menyalahkan pihak lain, bukan mereka sendiri yang mencetuskan huru-hara hanya untuk memastikan undang-undang pencegahan dihapuskan tidak lama dahulu.

Sekarang, mereka sudah dapat melihat kesan daripada perbuatan mereka. Mereka sedar, dengan janji Najib Abdul Razak bahawa undang-undang pencegahan baru akan diusulkan untuk menamatkan sayembara jenayah keganasan bersenjata api, matlamat mereka untuk menunjukkan kononnya Pakatan Rakyat lebih bijak dan lebih terus mata berbanding Barisan Nasional akan lenyap begitu sahaja.

Justeru, para pecacai Pakatan Rakyat sudah mula digerakkan untuk memberikan gambaran kononnya segala kejadian jenayah berkenaan adalah rancangan pementasan kerajaan sepertimana yang mereka tuduhkan dalam tragedi serangan lanun Sulu di Sabah bulan Mac lalu. Kata mereka, kejadian jenayah itu sengaja dirancang dan dibuat oleh kerajaan dengan bantuan polis agar undang-undang pencegahan iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat akan dikembalikan untuk dikuatkuasa.

Seharusnya, mereka menyalahkan diri sendiri dengan jenayah tembak-menembak yang sedang berleluasa sekarang ini. Apatah lagi dengan pembebasan lebih 2000 orang penjenayah kelas pertama di bawah Ordinan Darurat mulai memberikan kesan kepada keselamatan rakyat.

Sepatutnya juga, Pakatan Rakyat bekerjasama dengan kerajaan dan polis untuk mengembalikan keamanan dan kepercayaan pelabur luar kepada keselamatan negara ini, bukannya terus berpolitik dan menyalahkan Perdana Menteri.

Sebabnya mudah, mereka yang beria-ia mendesak dan melakukan tekanan agar undang-undang pencegahan dihapuskan. Sekalipun telah diberitahu bahawa tindakan dan keputusan menghapuskan undang-undang pencegahan itu akan memburukkan lagi tahap keselamatan, namun Pakatan Rakyat banyak helah dan alasan untuk menghalalkan perbuatan mereka.

Nah, sekarang masanya untuk membuktikan yang mereka benar-benar bertanggungjawab. Seharusnya mereka yang terlebih dahulu menggunakan kuasa yang ada untuk mengembalikan apa yang perjuangkan untuk dihapuskan sebelum ini. Tak perlulah terus menyalahkan Najib Abdul Razak atau polis sebaliknya salahkan diri sendiri kerana gagal melaksanakan tanggungjawab terhadap majoriti rakyat yang membenci penjenayah.

Dan terlebih penting, tak perlulah mencipta lawak dengan menyatakan segala permasalahan adalah pementasan dan drama kerajaan kerana ianya benar-benar berlaku dan kerjasama semua pihak di negara ini diperlukan untuk memastikan negara ini terus aman dan sentosa. 

Baca seterusnya : di sini


No comments:

Post a Comment