Kadang-kadang, rasa macam nak ketuk saja kepala Latheefa Koya dan N. Surendren,
dua “macai” Anwar Ibrahim yang menjadi peguambela Maznah “Chetz”
Yusof, wanita yang diputuskan sebagai menghina Islam melalui youtube
bersama anjing-anjingnya.
Kata
dua peguam PKR itu, kerajaan berniat jahat terhadap Chetz apabila
Menteri Komunikasi dan Multimedia mencadangkan agar wanita berkenaan
dipulihkan akhlaknya oleh Jakim atas kontroversi yang ditimbulkannya
baru-baru ini. Nak buat baik pulihkan aqidah pun susah ke.
Kononnya
kes Chets itu masih dalam siasatan dan kerajaan tidak wajar untuk
mengeluarkan sebaran kenyataan mengenai wanita berusia 38 tahun tapi
masih belum berumahtangga itu.
Saya
tertanya-tanya, apa salahnya Menteri berkenaan mencadangkan sesuatu
yang membawa kebaikan pada Chetz? Salahkah Menteri BN cadangkan
sesuatu yang baik pada seorang individu seperti Chetz?
Sebagaimana
maklum, Chetz begitu berbangga menyambut Hari Raya bersama
anjing-anjingnya di dalam Youtube yang berlatar belakangkan takbir
Aidilfitri. Video itu juga memaparkan anjing-anjing peliharaannya
bergaul “mesra” bersamanya di dalam rumah.
Saya
ingin bertanya Latheefa yang beragama Islam, apa yang dia tahu
tentang hukum mengenai anjing? Ya, memang Islam benarkan memelihara
anjing. Ada yang dibuat berburu dan ada yang digunakan untuk urusan
jenayah. Tapi kalau tak kena gaya, kena samak, kan?
Seperkara
yang saya ingin tahu, apakah Chetz membela anjing-anjingnya itu
seperti polis membela anjing mereka? Polis bawa anjing mereka masuk
dalam rumah, mandikan dalam rumah dan melepak bersama anjing di atas
sofa?
Dalam
hal Chetz, dia selamba membela anjing-anjing itu seperti membela
kucing! Seolah-olah tiada haram atau halalnya berkaitan
anjing-anjingnya itu, bukan?
Persoalannya,
apakah Chetz samak rumahnya dengan air tanah setiap hari? Jangan
tipulah! Kemudian, bagaimana pula Chetz memastikan dirinya dan
rumahnya bersih dari sebarang unsur najis “mughollazah”?
Bagaimana
Chetz mahu bersolat di dalam rumah yang penuh dengan kesan najis
“mughollazah”? Apakah Chetz samak tubuh badannya lima kali sehari
dan ke masjid setiap waktu untuk menunaikan solat? Tolonglah jangan
nak menipu…
Jelas
sekali menunjukkan bahawa Chetz mengambil mudah dan tidak sedar
tentang najis berat yang ada di segenap rumahnya, bukan? Jadi,
salahkah Menteri itu mencadangkan supaya Jakim memperbetulkan gaya
kehidupan dan akhlaknya?
Itu
baru disentuh tentang gaya hidup dan muamalah Chetz yang bergelumang
dengan najis pada setiap hari. Kalau najis ringan, mungkin dia tak
perlu dipulihkan. Tapi kalau najis berat, nampaknya dia perlu
diperbetulkan!
I
tu
belum lagi disentuh mengenai gaya Chetz yang merupakan seorang wanita
tapi “perasan” nak jadi lelaki. Kalau ditegur soal itu, ramai
pula yang “meroyan” nanti, kan?
Saya
menyarankan agar Latheefa dan Surendren belajar dulu tentang hukum
hakam Islam mengenai muamalah umat Islam dengan anjing. Orang Islam
lain pun ada memelihara anjing juga, tapi tidaklah seperti cara
Chetz, bukan?
Tapi
kalau hal ehwal berkenaan hukum mengenai najis yang merupakan perkara
asas itu pun Latheefa Koya tak tahu, itu adalah satu perkara yang
sangat memalukan. Ini bukan soal Chetz sentuh anjing, ini soal Chetz
yang bawa masuk najis berat dan berselerak dalam rumahnya!
Baca seterusnya di sini
No comments:
Post a Comment