Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kesediaannya
mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak bagi mencari titik penyelesaian berkaitan masalah negara.
Menerusi
ucapan perutusan bersempena sambutan kemerdekaan ke 56, Anwar turut
meminta satu pertemuan segera diadakan antara Pakatan Rakyat (PR) dan
Barisan Nasional (BN).
“Titik
pertemuan BN dan PR perlu segera dicari bagi menyelamatkan negara di
samping menyeru melupakan kesalahan masing-masing sempena hari
kemerdekaan negara esok,” katanya ketika menyampaikan perutusan itu
di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Ahli
Parlimen Permatang Pauh itu menjelaskan, perbincangan dijangka akan
melibatkan isu kaum dan agama yang mencetuskan ketegangan akhir-akhir
ini; masalah ekonomi negara yang semakin merudum dan masalah jenayah
yang semakin membimbangkan rakyat di seluruh negara.
Katanya,
PR juga menerima keputusan Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) yang berakhir
5 Mei lalu di sampung akan melupakan ketegangan dan penyelewengan
yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa pilihan raya 5
Mei lalu.
“Datuk
Seri Najib Razak harus terbuka untuk berbincang kerana banyak dasar
dan program yang boleh disepakati bersama. Pendekatan PR untuk
mengajak BN berbincang bukan bagi membentuk sebuah kerajaan perpaduan
tetapi perbincangan terbuka yang biasa diamalkan kerajaan
demokrasi.
“Kami
mahu perubahan yang adil bagi memastikan negara mengamalkan prinsip
demokrasi. Ini kerana pendedahan Fitch Ratings baru-baru ini perlu
dipandang serius oleh kerajaan kerana kira-kira RM20 billion setahun
dapat dijimatkan jika urus tadbir ekonomi negara dilakukan dengan
cara yang baik.
“Bagi
mencapai hasrat itu, maka penting kerajaan BN mengurangkan defisit
fiskal serta menangani rasuah serta telus dalam pemberian tender,”
katanya.
Sebelum
ini, Perdana Menteri telah menggesa PR perlu bersedia menerima
keputusan PRU13 sebelum perbincangan dimulakan - Rakyat
News
Boleh
percayakah 'kejujuran dan kesediaan' Anwar ini? Bagaimana pula
dengan kepimpinan DAP dan PAS?
Apakah
kenyataan Anwar itu telah dipersetujui oleh parti-parti lain dalam
pembangkang atau sekadar pandangan 'peribadi' Anwar
sahaja?
Bagaimana
pula dengan NGO-NGO yang sebelum ini dikudakan oleh pembangkang
semasa Blackout 505?
Dan
apakah Beersih 4.0 akan tetap direncanakan dan dijalankan?
Kita
tunggu dan lihat kesudahan drama terbaru ini.
No comments:
Post a Comment