AIDCNews
– 29/08/13 – akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily mendakwa
sebilangan ahli politik ternama telah menaungi beberapa kongsi gelap
dan ada di kalangan mereka turut menjadi penasihat kumpulan terbabit.
Laporan
akhbar tersebut yang turut dipetik Malaysiakini menyebut,
ini merupakan kali pertama kerajaan bertindak tegas melancarkan
“perang” ke atas kongsi gelap dengan mendedahkan senarai nama
kongsi berkenaan kepada umum.
Menurut
sumber tersebut, gangster Cina aktif dalam perniagaan haram termasuk
menjual DVD cetak rompak, membuka pusat karaoke, pusat perjudian,
mengedar dadah dan khidmat pelacuran.
Ketua Polis Pulau Pinang Dato' Abdul Rahim Hanafi
Gangster
India pula agresif dalam menjadi penembak upahan selain terlibat
memungut wang perlindungan dari pengusaha gerai dan pub.
Manakala
gangster Melayu pula aktif memungut wang ‘menjaga’ tapak
pembinaan.
Kementerian
Dalam Negeri (KDN) dilaporkan Bernama hari
ini mengumumkan nama 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara.
Ketua
Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang
media di sini, berkata kumpulan itu dikategorikan haram mengikut
Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui
perwartaan P.U. (A) 272/2013.
Abdul
Rahim menjelaskan kumpulan kongsi gelap berkenaan dikesan menjalankan
kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran
dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi
gelap dan huru-hara.
“Mereka
juga melakukan pembunuhan menggunakan senjata api atau barang-barang
tajam seperti parang, pisau, kuku kambing dan sebagainya,” katanya.
Beliau
berkata kumpulan kongsi gelap itu ialah:
-
Geng 04 yang dikenal pasti bergerak aktif di Kedah, Pulau Pinang,
Johor dan Kuala Lumpur.
-
Geng 08 yang bergerak aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang,
Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
-
Double 7 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.
-
Tiga Line yang bergerak aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur,
Selangor, Kedah dan Perak.
-
Geng 30 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.
-
Geng 38 yang aktif di 14 kawasan di Kepong, Jinjang dan Setapak di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di Johor Baharu, Johor.
-
Geng 24 (aktif di enam kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau
Pinang, Perak dan Johor)
-
Geng 18 (aktif di lapan kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan
Johor)
-
Geng 36 (aktif di Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala
Lumpur)
-
Gee Ah Eng
-
Loh Kuan
-
Tiang Yee Tong
-
Geng 21
-
Ang Soon Thong
-
Wah Kee
-
Sio Sam Ong
-
PNEH
-
Hong Hong San
-
Hai San
-
Sin Ang Bin
-
New Cell 20
-
Jit It Hai
-
Sio Koon Tong
-
Gee Lam Kor
-
Geng Leng Hor
-
Geng 35
-
Geng 303
-
Geng Satu Hati
SABAH:
-
Sabah ATAP
-
Hung Ann
-
Sui Yuk
-
Otai
-
Borneo Red EMP
DI
SARAWAK:
-
Sarawak Ah Ngau
-
Batu Tiga
-
Ah Feng
-
Batu 10
-
Sibu T
-
Ah Seng
-
Ah Chin
-
Lee Lung
-
Lo Han
-
Sg Merah
-
Sg Badut
-
Ting Ching Lee
-
Tua Cak Lee
-
Teksi Station
-
Pintu Merah
-
Krokop
Abdul
Rahim berkata dengan pengisytiharan itu, tiada individu atau pihak
boleh menggunakan semula nama berkenaan untuk didaftarkan sebagai
pertubuhan.
Beliau
berkata segala akaun, aset dan harta pertubuhan kongsi gelap tersebut
akan diserahkan dan digulungkan oleh Jabatan Insolvensi.
Selain
itu, katanya tiada individu boleh memegang jawatan, menjalankan kerja
sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam
bangunan, menghasut, mendorong, mendapatkan yuran atau bantuan,
menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil pertubuhan kongsi gelap.
Beliau
berkata mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti
pertubuhan kongsi gelap akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana
melakukan kesalahan di bawah Akta 335.
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment