Thursday, August 15, 2013

CINABENG TIDAK BERHENTI MEMUSUHI MELAYU#BERAPA LAMA MELAYU BOLEH BERSABAR?


Bermula dari status Melayu yang disebut bukan satu bangsa, sebaliknya bermaksud ‘Pelarian’ yang entah berasal dari istilah apa, sehinggalah Melayu Islam dihina dengan pelbagai cara, termasuklah tempat ibadat Islam disekutukan dengan agama lain.

Hingga kini belum ada seorang pun Melayu yang mengangkat senjata, memburu pengkhianat yang tidak tahu diuntung atau berarak beramai-ramai, melakukan hartal atau mogok di seluruh negara kerana penghinaan yang dibuat oleh bukan Melayu dan bukan Islam.

Orang Melayu dan umat Islam di negara ini masih lagi bersabar dan kesabaran mereka sangat hebat. Kalau dibandingkan dengan Cina, kesabaran Melayu dan umat Islam bagaikan membandingkan warna putih dengan warna hitam. Kalau dibandingkan antara kesabaran orang India dengan kesabaran Melayu seperti membandingkan Rama dengan Hanuman.

Semenjak pendudukan Portugis di Melaka pada tahun 1511, Melayu sudah lama lali dengan pelbagai penghinaan yang dilemparkan kepada mereka. Bahkan semenjak British secara rasmi menjajah negara ini bermula dari tahun 1874, Melayu sudah menganggap penghinaan adalah sebahagian daripada rukun menjadi Melayu di negara ini.Bermula dari tahun 1950-an, Melayu dihina lagi.

Desakan untuk mendapatkan kemerdekaan, akhirnya membuatkan Melayu terpaksa akur. Cina dan India yang sebelum itu merupakan pendatang yang dibawa masuk oleh British untuk bekerja di lombong dan ladang, perlu diterima sebagai sebahagian daripada warga negara ini kalau hendak merdeka. Mereka perlu diterima dan diberikan hak yang sama dengan Melayu dan Bumiputera lainnya.

Untuk memujuk Melayu, Artikel 152 dan Artikel 153 dijadikan umpan penyejuk hati. Walhal kewujudan Artikel tersebut dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak akan menjamin kesejahteraan Melayu kerana undang-undang boleh digubal dan Perlembagaan boleh digantikan menerusi penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Barangkali Melayu telah lupa bagaimana mereka telah dihina oleh Cina yang berlindung di bawah ketiak British pada zaman penjajahan dahulu. Keistimewaan yang diberikan oleh British kepada Cina terutama sekali dalam bab menduduki Pulau Pinang dan bandar-bandar besar di seluruh negara.

Sehinggakan dengan berani dan dengan angkuhnya mereka mendabik dada kononnya merekalah yang membuka bandar, kononnya merekalah yang memajukan sesebuah kawasan, walhal kawasan berkenaan sudah pun dimajukan tanpa kehadiran mereka.

Contoh terbaik ialah Ipoh, Taiping, Kuala Lumpur dan Georgetown. Kesemua bandar-bandar tersebut telah pun dibuka dan dimajukan oleh bangsa Melayu, namun kedatangan Inggeris yang kemudian turut membawa pelombong-pelombong Cina, akhirnya menukarkan nama asal mahupun demografi bandar-bandar tersebut.

Perang Dunia Kedua dan Zaman Darurat bagaikan menjadi punca Cina mahu membalas dendam. Lebih-lebih lagi apabila mereka gagal mengubah negara ini pada tahun 1969. Perang Dunia Kedua menyaksikan Cina menjadi mangsa kekejaman tentera-tentera Jepun yang melayan mereka seperti haiwan ekoran perang Jepun-China. Manakala Melayu yang menerima layanan lebih baik berbanding Cina, menjadi sasaran kemarahan Cina terutama dari kalangan gerombolan Komunis yang mahu menjajah negara ini.

Ramai Melayu yang dibunuh oleh Komunis, bahkan Komunis yang rata-ratanya orang Cina telah melakukan penghinaan luar biasa terhadap Melayu, termasuklah menukarkan masjid menjadi kandang babi pada dua minggu selepas Jepun menyerah kalah.
Kini sejarah berulang semula tanpa disedari oleh anak-anak muda Melayu-Bumiputera. Mereka terus dihina dan diperlakukan seperti anjing.

Dengan beralasankan keterbukaan dan liberalisme, anak-anak muda Melayu yang tergoda dengan pelbagai isme yang dihias dengan pelbagai kecantikan, guna untuk menjahanamkan Melayu.

Berapa lama lagi Melayu dan umat Islam di negara ini akan terus menerima penghinaan daripada kaum pendatang sebelum akhirnya mereka sedar dan segala-galanya telah terlambat?


Baca seterusnya : Di sini

No comments:

Post a Comment