Cetusan Prof Madya Dr Redhuan Tee
(Sinar Harian 12 Julai 2013)
Tidak
kira siapa menghina Islam, salah tetap salah. Tindakan mesti diambil.
Walupun mungkin orang Islam (Melayu) sendiri melakukannya. Tidak ada
pilih kasih dalam Islam dalam menentukan keadilan.
Terbaharu,
Timbalan Perdana Menteri (TPM) dimangsakan oleh ultra kiasu ekoran
kontroversi klip video menghina Islam dalam internet. Memaparkan
seorang individu Islam menyambut Aidilfitri bersama tiga anjing
dengan latar bunyi takbir raya.
Mula-mula
agak suspen, sama ada yang melakukannya orang Islam atau bukan Islam.
Setelah disiasat, rupa-rupanya orang Islam. Ultra kiasu bersorak
gembira.
Lanjutan
itu, ultra kiasu mendesak TPM memohon maaf kerana telah memberikan
respon awal sebelum dikenali siapakah yang melakukannya.
Sedangkan,
kenyataan TPM adalah rentetan daripada penghinaan demi penghinaan
yang dilakukan oleh bukan Islam sebelum ini.
Kenyataan
TPM yang didakwa berbunyi, “bukan Islam telah memperlekehkan dan
mempersendakan agama Islam, sedangkan tiada orang Islam yang
mempersendakan agama-agama bukan Islam seperti Kristian, Hindu dan
sebagainya” diperbesar-besarkan.
Pada
saya, jika benarlah kenyataan TPM tersebut, permohonan maaf tidak
perlu dilakukan. Umat Islam tidak boleh lagi bersabar dengan
penghinaan demi penghinaan yang semakin berleluasa dan sengaja
dilakukan.
Itupun
nasib baiklah umat Islam tidak bertindak balas seperti yang berlaku
di negara lain. Jika tidak, saya pun tidak boleh menjangkakan apa
akan terjadi.
Lagipun,
menyamakan video anjing tersebut dengan kes Alvivi adalah dua perkara
yang berbeza. Video anjing itu adalah kejahilan. Manakala video
Alvivi adalah kesengajaan, Adakah kita sudah lupa video hubungan seks
rambang pasangan ini yang sengaja dipaparkan? Tidakkah ia mengganggu
ketenteraman awam?
Isu
ini mengingatkan saya kes ketuk ketampi perempuan berkulit putih di
penjara pada tahun 2008. Heboh satu Malaysia. Ultra kiasu mendakwa
polis melakukan penderaaan di penjara dan berlaku tidak adil ke atas
orang Cina.
Tanpa
soal periksa, Perdana Menteri ketika itu telah menghantar seorang
menteri ke negara China untuk meminta maaf.
Namun,
setelah disiasat, rupa-rupanya bukan warga Cina yang ketuk ketampi di
penjara, tetapi orang Melayu. Tiba-tiba satu Malaysia senyap. Kenapa
ultra kiasu tidak bela Melayu tersebut? Kena pada Cina (bukan Islam)
tidak boleh. Kenapa pada Melayu OK? Bukankah parti dan NGO ultra
kiasu selalu mendakwa bahawa mereka berjuang untuk semua kaum?
Kenapa
dalam isu ini, TPM dipaksa untuk meminta maaf? Siapa ultra kiasu ini?
Ingat, penghinaan ke atas Islam oleh bukan Islam bukan dibuat sekali
dua, tetapi berkali-kali.
Saya
setuju dengan pendapat TPM, orang Islam jarang sekali kedengaran
kenyataan atau tindakan mereka menyakiti bukan Islam. Jika adapun,
boleh dibilang dengan jari berbanding dengan bukan Islam. Itupun
hasil provokasi bukan Islam. Bila orang Islam bertindak balas,
'dibuktikan bersalah', hukuman yang diterima oleh orang Islam
tersebut begitu berat. Tidak siapapun membela mereka.
Namun,
bila ada bukti menunjukkan bukan Islam bersalah, seperti kes Alvivi,
yang mana jaminan tidak diberikan, heboh satu Malaysia. Mereka
mendakwa mahkamah tidak adil. Hukuman tidak setimpal dengan
kesalahan.
Ultra
kiasu masih berpandangan, kesalahan Alvivi amat kecil
berbanding orang lain, seperti isu kenyataan bakar bible (Ibrahim
Ali) dan ceramah Zulkifli Nordin. Mereka sengaja memejamkan mata
bahawa kenyataan tersebut tersebut disebabkan provokasi dan tindakan
ultra kiasu yang selalu mencabar kesabaran umat Islam.
Nasib
baik PRU 13 telah berlalu. Jika ditakdirkan PRU 13 masih belum
selesai, saya amat yakin kesalahan orang seperti Alvivi sudah lama
dimaafkan atau dibebaskan serta tidak akan didakwa atau dibicarakan
langsung.
Inilah
politik kita. Undi lebih penting daripada maruah agama, bangsa dan
negara. Manusia berada di atas undang-undang. Saya harap kali ini
tidak. Kita mesti bertegas, jika mahu melahirkan negara idaman,
seperti negara lain.
Jika
di negara lain, orang seperti Alvivi, jawabnya, tiada maaf bagimu.
Negara lain amat tegas dalam melaksana dan menguatkuasakan
undang-undang. Tidak kira sama ada melibatkan rakyat tempatan atau
warga luar. Jika tidak percaya? Pergilah ke Thailand, cuba hina
Buddha dan Raja mereka. Merengkok dalam penjaralah jawabnya. Juga di
Singapura.
Apakah
kita lupa penghinaan ke atas al-Quran, penghinaan terhadap nabi
penghinaan azan dan perbuatan mencampak kepala babi ke dalam masjid
dan surau? Ini tidak termasuk penghinaan terhadap perkara fundamental
Islam seperti larangan pergaulan bebas lelaki dan perempuan (saloon),
arak, judi, dan sebagainya. Belum lagi saya paparkan penghinaan
terhadap raja-raja Melayu dan kedudukan Melayu dan bahasa Melayu.
Begitu juga isu perebutan anak kalangan pasangan memeluk Islam, yang
selalu memihak kepada bukan Islam. Bertegaskah kita?
Justeru,
pada kali ini, saya amat mengharapkan pihak berkuasa bertindak dengan
tegas terhadap mana-mana pihak yang sengaja mencemarkan kesucian
Islam, dan begitu juga jika ada umat Islam yang melakukannya ke atas
bukan Islam.
No comments:
Post a Comment