Thursday, August 15, 2013

PENYANDANG PERLU SEDIA DICABAR!!!


Penyandang kerusi bagi mana-mana jawatan di peringkat kepimpinan Umno perlu lebih bersedia untuk dicabar dengan kaedah pemilihan yang lebih terbuka dan inklusif.

Pemilihan yang diadakan selepas berlangsungnya PRU13 dilihat masa sesuai untuk ahli Umno membuat pilihan berdasarkan penilaian tepat untuk memastikan kesinambungan kepimpinan lebih berkualiti.

Sesiapa sahaja yang menawarkan menjadi calon, pemilihan kali ini adalah medan untuk memastikan ahli terus menghidupkan tradisi parti dengan memilih pemimpin yang dirasakan lebih baik memimpin parti di pelbagai peringkat.

Apabila terbuka, kita perlu serahkan sepenuhnya kepada ahli. Walau sesiapapun bertanding, saya rasa ahli Umno bijak memilih yang benar-benar berkemampuan dan berkelayakan untuk membawa hala tuju parti di pelbagai peringkat ke arah lebih baik.

Kepada pencabar yang berani tampil ke depan, adalah diharapkan agar semua pihak memandang perkara itu lebih positif selari dengan kaedah pemilihan baru kali ini.

Mana-mana individu yang mahu mencabar penyandang di kerusi tertentu tidak seharusnya dikongkong dan yakin perkara itu mampu memberi imej lebih baik kepada Umno dengan membuktikan parti itu mempunyai ramai pemimpin pelapis dan bersedia berkhidmat untuk parti.

Kita tidak perlu sekat mana-mana pihak yang mahu bertanding kerana itulah yang menunjukkan Umno sebenarnya mempunyai ramai ahli yang bersedia menjalankan tanggungjawab untuk memastikan kecemerlangan parti.

Justeru diharapkan mana-mana calon yang terpilih bijak memainkan isu sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Manakala pihak yang bertanding juga perlu berkempen secara sihat dengan tidak menyentuh isu peribadi yang boleh mengaibkan mana-mana pihak.

Jika boleh elak isu peribadi sepanjang kempen, sebaliknya berkempenlah secara matang kerana yang dipilih kelak bakal menentukan hala tuju kepimpinan Umno di peringkat masing-masing.

Ps: Pesan orang tua - tua, 'Kalau takut dilambung ombak, jangan mimpi la nak jadi pemimpin!!!' Nak pulak bagi 'Orang Lama'.

Bagi mana - mana pemimpin yang tak buat kerja tu, sedar - sedar la diri sikit. Jangan rasa selesa sangat duduk atas kerusi diatas tu. Silap langkah, kerusi tu boleh patah!!!


No comments:

Post a Comment