Thursday, August 15, 2013

Cinabeng Menghasut...Tangkap Zambri Hina Mahkamah!!!


Kalau macam ni pun tak kena tangkap, boleh berkeliaran dan berkicauan yang merapu meraban hingga menghasut rakyat..tak tahu lah Najib sedar ke tidak…!!!

Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mendakwa kenyataan Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham melalui laman Tweeternya berhubung petisyen pilihanraya yang ditolak mahkamah adalah berbaur hasutan.

Koo Ham dalam laman Twitternya baru-baru ini dikatakan membuat kenyataan berbunyi “Courts the place to hear election griverences, if they refuse to hear they are sending a message to aggrieved parties to go to the streets.”

(Mahkamah tempat mendengar aduan pilihanraya, jika mereka enggan mendengar, mereka menghantar isyarat kepada pihak pengadu supaya turun ke jalan raya)

Zambry berkata kenyataan seperti itu adalah tidak bertanggungjawab serta tidak memikirkan  tentang proses keadilan dan demokrasi.

Penghakiman yang dibuat bukan hanya melibatkan mereka(pembangkang) sahaja. Malah ada petisyen bgi kawasan-kawasan yang melibatkan Barisan Nasional juga ditolak,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini.

Katanya kenyataan itu juga boleh mengganggu keamanaan negara.

Saya mengangggap kenyataan seperti ini adalah kenyataan yang cukup seditious (menghasut). Ia kenyataan amat berbahaya,” katanya.

Saya tidak mahu melihat perkara ini sebagai permainan berterusan untuk mewujudkan suasana yang tidak stabil di negeri ini,” tambahnya.

Mahkamah Pilihanraya sebelum ini menolak beberapa petisyen pilihanraya yang difailkan oleh pembangkang di negeri ini antaranya melibatkan Dewan Undangan Negeru (DUN) Manong, Pasir Panjang, Manjoi, Lubuk Merbau, Rungkup dan Selama berikutan pihak pempetisyen gagal mematuhi Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihanraya 1954 - BERNAMA

Kenyataan macam tu mesti AG kata tak menghasut…tak menghina mahkamah kan?

Abiss….nak tangkap siapa? Tangkap Zambri?

Akai Ada Kaaa???


Baca seterusnya : di sini

No comments:

Post a Comment