Friday, August 2, 2013

Polis Siar Gambar Suspek Pembunuh Hussain Najadi

Polis hari ini menyiarkan gambar suspek utama di sebalik pembunuhan kejam pengasas bank, Hussain Ahmad Najadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dilaporkan Mstar berkata, lelaki itu, yang dikenali sebagai Sei Ngan Chai, dipercayai masih berada di ibu negara.

suspek utama – Sei Ngan Chai

Gambar suspek diambil dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran Lorong Ceylon dan Tokong Kuan Yin.

Polis juga turut menahan seorang pemandu teksi berusia 44 tahun, di Sri Petaling kira-kira pukul 9 malam Selasa, individu yang didakwa memandu kenderaan untuk membawa suspek selepas kejadian bunuh.
Siasatan awal mendapati pemandu menurunkan suspek (dikenali sebagai Sei Ngan Chai) di Jalan Yap Ah Loy selepas mengambilnya berhampiran tokong… dia mendakwa suspek adalah penumpang biasanya,” kata Ku Chin Wah sambil menambah penangkapan itu akan memberikan lebih banyak petunjuk dalam kes itu.
Menurutnya, polis percaya seorang suspek bertanggungjawab dalam pembunuhan itu, bertentangan dengan laporan awal yang menyatakan seramai tiga suspek.
Saksi mendakwa tiga suspek sedang menunggu Hussain.
Setakat ini, siasatan kami menunjukkan hanya seorang suspek tetapi kita akan meneliti semua kemungkinan,” katanya.
Beliau berkata polis percaya senjata yang digunakan adalah pistol automatik 9mm, berdasarkan peluru yang ditemui pada si mati.
Katanya lagi, polis juga telah mencatat keterangan daripada lelaki yang Hussain temui di tokong untuk urusan pembelian tanah.


Pada petang Isnin, Hussain Najadi sedang berjalan ke arah kereta dengan isterinya di Jalan Ceylon, Kuala Lumpur selepas berunding mengenai urusan perjanjian tanah di tokong berkenaan.
Seorang lelaki kemudiannya datang dari arah belakangnya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.
Mangsa rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, rakyat Malaysia, Cheong Mei Kuen, 49, cedera di bahagian lengan.
Lelaki itu kemudiannya melarikan diri menaiki teksi yang sedang sedia menunggunya.



No comments:

Post a Comment