Bermati-matian
sungguh dua beranak, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, yang begitu
terkenal dengan sifat “chauvinis ultra kiasu”nya mempertahankan
ideologi komunisme dan filem kontroversi “The New Village” yang
sedang hangat diperbualkan sekarang.
Jika
si bapa menyerang Tun M yang menganggap kaum Cina tersepit di dalam
“Chinese dilemma”, si anak pula sebok mempertahankan filem
perjuangan komunis di Tanah Melayu itu.
Bila
Tun M menyatakan kebenaran bahawa generasi Cina di zaman ini
seolah-olah “lupa daratan” dan “naik tocang”, Kit Siang
serang mantan Perdana Menteri itu dengan menganggap beliau sebagai
pencetus ketegangan kaum.
Bila
filem The New Village mendapat tentangan hebat dari majoriti bangsa
Melayu dan Bumiputera yang dizalimi pihak komunis hinggakan filem
tersebut berjaya “ditahan” dari disiarkan pada umum, Guan Eng
pula tampil mempertahankan filem itu.
Tebal
sungguh sifat “chauvinis ultra kiasu”, semangat “komunisme”
dan rasis di dalam “Dinasti Lim” itu, bukan? “Sudah terang lagi
bersuluh”, namun mereka tak tahu malu enggan mengaku sifat-sifat
sebenar mereka itu…
Persoalannya,
apakah kita semua terlalu “naive”, tolol dan bodoh untuk menilai
sifat yang ada pada dua beranak yang menguasai DAP itu?
Pada
saya, memang benar apa yang dikatakan Tun M itu. Jika saya berbangsa
Cina sekalipun, saya akui kebenaran yang ditegaskan Tun M di akhbar
NST itu. Memang bangsa Cina di zaman ini yang tidak kenal erti nilai
kemerdekaan tidak tahu menghargai perkongsian kuasa di dalam kerajaan
BN.
Berbanding
dengan lapis golongan kaum Cina yang pernah melalui zaman sebelum
merdeka dan ketika nenek moyang kita memperjuangkan kemerdekaan,
mereka dulu jauh lebih sayangkan Tanah Melayu dan menghormati “sosial
kontrak” yang dipersetujui.
Sebab
itulah kita tidak pernah dengan orang Cina dulu berani persoal hak
keistimewaan Melayu, Islam dan Institusi DiRaja. Berbanding sekarang,
lihatlah sendiri betapa kurang ajarnya generasi baru Cina yang jelas
tidak sedar diri!
Selain
itu, saya terkejut juga dengan hujah bodoh yang dikatakan Guan Eng
berhubung filem The New Village itu. Mulanya Pemuda UMNO gesa supaya
filem itu tidak ditayang kerana ia seolah-olah membayangkan komunis
sebagai “pejuang kemerdekaan”.
Guan
Eng pula cuba tunjuk “hero” komunis apabila cuba menempelak
Pemuda UMNO, kononnya pernah menjalin hubungan dengan Liga Pemuda
Komunis China(CYL) dari negara tembok besar itu sebelum ini.
Saya
tak tahu di mana Guan Eng letak akalnya, mungkinkah di kepala lutut?
Tidakkah dia tahu apa bezanya di antara Parti Komunis Malaya (PKM)
dengan CYL? Tahukah dia apa yang PKM buat dan apa yang CYL buat?
PKM
terbukti pernah membunuh beribu-ribu anggota keselamatan, orang awam
dan termasuklah pegawai-pegawai Polis berbangsa Cina sendiri. PKM
angkat senjata dan membunuh sewenang-wenangnya di Persekutuan Tanah
Melayu.
PKM
cuba tawan Malaysia dan paksa kita terima ideologi mereka! Itu fakta,
bukan auta.
Berbanding
dengan CYL, sayap pemuda berfahaman komunis itu hanya bergerak di
Tanah Besar China dan hubungan Pemuda UMNO dengan mereka tidak lebih
dari sekadar hubungan strategik diplomatik antara negara.
Misalnya,
Malaysia sendiri punya hubungan diplomatik dengan negara China
sedangkan kita tahu bahawa negara itu merupakan sebuah negara yang
mengamalkan ideologi komunisme. Perlu Guan Eng tahu, kita tidak ikut
ideologi mereka, tapi kita berurusan dengan mereka dari sudut yang
lain.
Susah
sangatkah otak Guan Eng nak proses perbezaan ketara itu? Tolol
sangatkah otak Guan Eng sehingga gagal untuk berfikir secara matang
dan rasional tentang perkara tersebut? Atau memang anak Kit Siang ini
sememangnya bebal dan berlakon bodoh untuk berfikir?
Kalau
nak menangkan komunis dan agungkan sifat “chauvinis ultra kiasu”
sekalipun, carilah modal lain. Tak perlulah putar alam banyak sangat.
Majoriti rakyat Malaysia tidak bodoh seperti pak-pak lebai PAS yang
begitu mudah ditololkan DAP…kan?
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment