Thursday, September 19, 2013

Anwar Pohon Mahkamah Keluarkan Frasa “Terlibat Aktiviti Homoseksual’

AnwarSukma

Datuk Seri Anwar Ibrahim berusaha untuk mengeluarkan satu perenggan dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat pertama dihadapinya yang menyatakan beliau mempunyai kecenderungan melakukan aktiviti homoseksual.

Peguam yang mewakili Anwar, Latheefa Koya dilaporkan Bernama memberitahu Anwar telah memfailkan permohonan itu pada Mei tahun ini, sembilan tahun selepas beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan atas dakwaan meliwat pemandu keluarganya Azizan Abu Bakar.

Mahkamah Persekutuan akan mendengar permohonan semakannya itu pada 13 November, dalam usaha untuk memadamkan perenggan itu.
Pada 2 September 2004, Mahkamah Persekutuan daripada tiga panel hakim, Datuk Abdul Hamid Mohamed, Tengku Datuk Baharuddin Shah Tengku Mahmud dan Datin Paduka Rahmah Hussain membebaskan Anwar dengan keputusan majoriti 2-1 terhadap pertuduhan meliwat Azizan yang dijatuhi hukuman bersalah sebelum ini.
Dengan keputusan itu, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000, oleh Datuk Ariffin Jaka menjatuhkan hukuman bersalah dan dipenjara sembilan tahun terhadap Anwar kerana meliwat Azizan, bekas pemandu Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail
Panel Mahkamah Persekutuan yang sama turut membatalkan sabitan dan hukuman penjara enam tahun dan empat kali sebatan ke atas adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja yang dibicarakan bersama-sama Anwar atas dakwaan meliwat Azizan di Tivoli Villa di Kuala Lumpur, di antara Januari dan Mac 1994.
Abdul Hamid merangkap ketua panel tiga hakim dari Mahkamah Persekutuan membuat ulasan berikut: “kami mendapati wujud keterangan yang mengesahkan perayu (Anwar dan Sukma Darmawan ) terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami cenderung untuk percaya bahawa insiden yang didakwa berlaku di Tivoli Villa itu benar-benar berlaku…”.



Frasa perkataan itu turut dibangkitkan peguam Anwar, Karpal Singh pada 17 September lalu ketika berhujah memohon Datuk Tengku Maimun Tuan Mat agar menarik diri daripada barisan tiga anggota panel hakim bagi mendengar rayuan pihak pendakwa bagi kes liwat kedua.

Karpal berhujah Tengku Maimun perlu digugurkan atas alasan beliau pernah mendengar kes saman Anwar terhadap Tun Dr Mahathir berkaitan kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menuduh Anwar sebagai seorang pengamal homoseks (gay) selepas program “Human Rights and Globalisation” anjuran SUHAKAM pada 9 September 2005.

Tengku Maimun dakwa Karpal telah menerimapakai dapatan fakta yang dibuat Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat yang pertama dahulu, jadi sekiranya beliau kekal dalam panel hakim Mahkamah Rayuan itu, beliau berkecenderungan mengekalkan prinsip yang sama.

Dalam kes saman itu, Anwar telah kalah di semua peringkat iaitu di Mahkamah Tinggi, Rayuan dan Mahkamah Persekutuan serta diarahkan membayar kos kepada Dr Mahathir. Bacaan lanjut klik di sini.

Ada sumber dalaman mendakwa tujuan utama Anwar memfailkan permohonan untuk membuang frasa itu pada Mei 2013 kerana dibimbangi pihak pendakwa dalam kes liwat kedua akan menggunakan hujah-hujah rujukan kes-kes terdahulu (precedent case).




Misteri pembebasan Anwar 2004


Isu frasa ulasan kehakiman Mahkamah Persekutuan itu bukan isu baharu. Ia mula diperkatakan selepas 23 hari Anwar dibebaskan mahkamah tersebut.

Pada 25 September 2004, seorang wartawan dari CNN, Lorraine Hahn telah bertanya secara bersemuka kepada Anwar di Munich berkaitan dengan frasa kehakiman itu;
Sekarang, walaupun keputusan (hakim Mahkamah Persekutuan 2004) 2-1, (bebaskan anda) beberapa soalan tentang kebenaran masih lagi ditanya dan ini termasuk di kalangan hakim-hakim itu sendiri – dan saya ingin memetik ayat kepada anda sesuatu yang telah saya baca;

kami (hakim-hakim) menemui bukti untuk mengesahkan bahawa perayu-perayu, Anwar dan Sukma, telah terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami lebih cenderung untuk percaya bahawa dakwaan aktiviti homoseksual yang dikatakan berlaku di Tivoli Villa, apartmen Sukma Darmawan, beberapa ketika dahulu, benar-benar berlaku.”

Saya perlu bertanya kepada anda – apa pendapat anda mengenai perkara tersebut,?” soal wartawan CNN kepada Anwar.
Anwar ketika menjawab soalan itu, tidak membayangkan bahawa beliau akan membuang frasa itu, sebaliknya mendakwa pembebasan beliau adalah sah dari segi perundangan.
Pada tahun 2010, perkara sama turut dibangkitkan oleh Hamidzun Khairuddin, bekas pengamal undang-undang yang pernah menjadi salah seorang penggubal Parti Keadilan.

Di dalam makalah undang-undang, Malayan Law Journal dan sebagainya masih ada disebut, itu sebahagian daripada keputusan hakim. Itu tidak boleh dinafikan oleh Anwar. Kalau dia (Anwar) nak nafikan, dia kena buat satu lagi permohonan untuk buang frasa itu, untuk buang ayat itu daripada penghakiman.


Dia (Anwar) dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan kerana faktor teknikal. Tuduhan yang dibuat ke atas Anwar adalah melakukan liwat. Melakukan liwat ini bermakna, ada orang yang diliwat (secara paksa). Tetapi dalam kes ini (Anwar), mahkamah mendapati, orang yang diliwat itu (Azizan) beri persetujuan. Maknanya tidak ada paksaan. Mahkamah buat keputusan jikalau tidak ada paksaan, ada persetujuan, maknanya suka sama suka.
Meliwat maknanya orang yang diliwat itu tidak setuju. Jadi bila orang yang diliwat (Azizan) itu bersetuju, bukan Anwar (yang) meliwat, mereka bersama-sama bersetuju melakukan perbuatan (liwat) itu. Tetapi dalam nota mahkamah, hakim menyebut bahawa mereka puas hati dengan keterangan yang diberikan bahawa mereka tidak menolak kemungkinan kejadian liwat itu berlaku di Tivoli Villa”, kata Hamidzun.
Pada tahun 2012, bekas orang kanan Anwar, Senator Ezam Mohd Nor turut membangkitkan perkara sama.

Pada tahun 2012, bekas orang kanan Anwar, Senator Ezam Mohd Nor turut membangkitkan perkara sama.


Persoalan saya, mengapa tidak ada tindakan dibuat oleh Anwar, semenjak tahun 2004 untuk membersihkan nama dia atau mencari kebenaran dan keputusan yang dibuat secara jelas menyebut bahawa dia adalah pengamal homoseks.

Saya masih ingat pada masa itu (semasa pembebasan Anwar 2004)beliau membuat kenyataan secara umum dan secara peribadi kepada saya..saya minta dia (Anwar) beri penjelasan..untuk meminta peguam-peguam dia failkan di mahkamah untuk membuang frasa itu (frasa pelaku homoseksual)..untuk menunjukkan dia bukan pengamal homoseks yang dinyatakan oleh ketiga-tiga hakim di mahkamah.

Itu tahun 2004, sekarang tahun 2012, sudah lapan tahun, mengapa Anwar tidak membuat permohonan tersebut. Walhal dia kata dia nak buat, (tetapi) dia tidak buat.
Dia tidak buat sebab apa ? Sebab dia tahu, kebenaran tidak berpihak kepada beliau,” katanya.  


Sumber : AIDC

No comments:

Post a Comment