Seperti
yang saya tuliskan semalam, hari ini saya kembali dengan kisah
penipuan Dinasti Lim dalam DAP. Mulai hari ini saya akan kongsikan
dengan anda bagaimana Dinasti Lim memanipulasi perlembagaan DAP untuk
memastikan mereka terus berkuasa.
Sejak
1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang yang memegang jawatan
Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan. Dalam organisasi DAP
Setiausaha Agung paling berkuasa. Konsep ini sama seperti yang
diamalkan oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha
Parti Komunis Malaya dipegang oleh Chin Peng.
Berikut
adalah salah satu cara yang dimanipulasi oleh Lim Kit Siang untuk
memastikan dia dan disnatinya terus berkuasa.
Parti
DAP tidak mempunyai bahagian disetiap parlimen sepertimana yang
diamalkan parti-parti lain. Mereka hanya mempunyai cawangan sahaja.
Cawangan-cawangan
parti DAP pula dibahagikan kepada dua kumpulan.
i) Cawangan
Sijil A
ii) Cawangan
Sijil B
Penentuan
samada sesebuah cawangan layak mendapat sijil A atau sijil B dibawah
kuasa Setiausaha Agung
Ahli-ahli
cawangan sijil A layak untuk hadir ke Kongres Kebangsaan DAP dan
layak mengundi untuk memilih CEC.
Ahli-ahli
cawangan sijil B hanya layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP sebagai
pemerhati sahaja dan TIDAK dibenarkan mengundi.
Cawangan
yang dikenal pasti menyokong Dinasti Lim akan diberi sijil A untuk
membolehkan mereka mengundi. Mana-mana cawangan yang dikenal pasti
tidak menyokongnya dan tidak akan memberi undi kepadanya akan diberi
sijil B untuk menghalang mereka daripada mengundi, walaupun sebelum
itu cawangan tersebut mempunyai sijil A. Setiausaha Agung
berkuasa untuk menukar sijil cawangan dari A ke B atau dari B ke A
bila-bila masa sahaja mengikut keperluannya.
Cara
kedua bagaimana Lim Kit Siang memanipulasi Perlembagaan DAP untuk
memastikan dia dan dinastinya terus berkuasa.
Perlembagaan
DAP yang dirangka Lim Kit Siang juga menetapkan bahawa ahli-ahli yang
layak mengundi pada pemilihan parti tidak boleh memilih siapa yang
mereka hendak letak sebagai Pengerusi Kebangsaan,
Timbalan
Pengerusi Kebangsaan, Naib Pengerusi Kebangsaan, Setiausaha Agung dan
jawatan-jawatan yang lain. Mereka hanya boleh memilih 20
calon-calon yang bertanding untuk mengisi CEC.
Apabila
keputusan 20 yang terpilih sebagai anggota CEC diumumkan maka
20 orang yang terpilih itu akan bermesyuarat untuk menentukan siapa
yang dipilih sebagai Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha Agung dan
jawatan lain. Tidak ada undi sulit.
Mereka
diminta memilih secara terbuka di depan keluarga Lim.
Apabila
berhadapan dengan situasi begini semua anggota CEC akan menjadi
seperti lembu dicucuk hidung dan mereka terpaksa memilih Lim Kit
Siang atau Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung selaku orang yang
paling berkuasa dalam DAP.
Jika
ada yang cuba melawan mereka tidak akan dipilih sebagai calon dalam
pilihanraya dan akan menerima nasib malang sepertimana yang dialami
oleh Lee Lam Thye, Wee Choo Keong dan lebih 100 orang lagi yang telah
dipecat dari DAP.
Hampir
50 tahun Lim Kit Siang bukan sahaja memanipulasi perlembagaan DAP
malah turut memanipulasi kehadiran perwakilan ke Kongres Kebangsaan
serta pengiraan undi pemilihan CEC untuk memastikan dia atau
dinastinya akan terus menguasai DAP.
Kit
Siang tahu dia sekarang sudah dihujung usia dan penggal ini adalah
penggal terakhirnya. Jadi dia perlu pastikan perjalanan politik
dinastinya dalam DAP terus selamat. Lim Guan Eng sebagai Setiausaha
Agung dan Lim Hui Ying sebagai Setiausaha DAP Pulau Pinang.
Lim
Kit Siang juga tahu anaknya Lim Guan Eng tidak sepintar beliau dalam
berpolitik dan juga tidak disukai oleh ramai pimpinan DAP kerana
sikap angkuh dan sombong.
Kebodohan
Lim Guan Eng terserlah dalam CEC tahun 2012. Dia tidak sebijak Lim
Kit Siang dalam memanipulasi undi sehingga membuatkan DAP berhadapan
dengan masalah besar sekarang.
Akibat
kebodohan Lim Guang Eng itu, kini Lim Kit Siang sedang memerah otak
berfikir bagaimana cara untuk beliau menendang keluar satu kumpulan
yang dikenali sebagai Lima Harimau yang boleh mendatangkan masalah
besar kepadanya dan dinastinya dalam DAP.
Siapa
Lima Harimau dan kenapa Lim Kit Siang perlu sembelih mereka ?
No comments:
Post a Comment