Tuesday, September 24, 2013

Begitu hina kaum India di kacamata DAP

Seorang bekas Adun DAP hari ini berkata pengasas DAP, iaitu pemimpin keturunan India bernama Devan Nair, tidak diberi langsung pengiktirafan oleh parti tersebut.

Adun Kota Alam Shah penggal lepas M. Manoharan berkata gambar Devan Nair Chengara Veetil (1923-2005) tidak pernah dipaparkan sama ada dalam laman sesawang DAP mahupun di mana-mana pejabat DAP. Malah beliau tidak pun disebut namanya dalam lidah rasmi parti mereka The Roket. — sumber: FMT ‘Why no DAP founder portrait at party premises?’ (23 Sept 2013)

Walhal pengasas DAP itu bukan calang-calang orang tetapi pernah juga menyandang jawatan Presiden Republik Singapura.
onnjaafar

Pengasas Umno iaitu Onn Jaafar telah diberi penghormatan ‘state funeral’(gambar atas) apabila beliau meninggal.

Pengasas MCA Tan Cheng Lock diperingati dalam catatan di laman sesawang MCA.


http://www.mca.org.my/en/about-us/about-mca/history-zone/former-presidents/tun-tan-cheng-lock/


http://www.mic.org.my/about-us/history

MIC pun turut menghargai jasa pangasas parti mereka dengan mengimbau sejarah sumbangan beliau.

Gambar Syed Hussein Alatas, iaitu pengasas Gerakan, ada digantung di pejabat-pejabat parti tersebut.

Namun lain pula DAP.

Cuba anda tengok pada laman rasmi


DAP Website- Our History 2013-09-23 21-27-36


Sejarah pembentukan DAP dikupas seperti berikut:
Formed in October 1965, Democratic Action Party (DAP) Malaysia was formally registered six months later on March 18, 1966 as a social democratic party “irrevocably committed to the ideal of a free, democratic and socialist Malaysia, based on the principles of racial equality, social and economic justice, and founded on the institution of parliamentary democracy”. (SETAPAK DECLARATION, made in the first DAP National Congress in Setapak, Kuala Lumpur on July 29, 1967).”
Tidak ada disebut bahawa Devan Nair sebenarnya yang bertanggungjawab mendaftarkan DAP.

Nama Devan Nair terus dighaibkan sahaja daripada sejarah DAP yang ditulis oleh konco-konco Dinasti Lim.

India tiada maruah dalam DAP

Sikap DAP yang tidak memandang kepada orang India terserlah melalui tweet oleh Hannah Yeoh di bawah yang memberitakan kepada umum bahawa suami ‘Bangsa Malaysia’nya bercakap bahasa Kantonis kepada anak-anak ‘Cina’ mereka.

.hannahyeoh- Shay communicates with my mom

RamNoTamil
Dalam pada itu, Encik Hannah Yeoh tidak berbahasa Tamil (rujuk tweet atas) —“My Tamil is non-functioning”.

Pada hakikatnya, apa-apa yang berunsur ciri keIndiaan – contohnya bahasa Tamil – tidak mempunyai nilai di kacamata orang Cina DAP.

Bayangkan kalau ia DAP yang memerintah negara. Budaya-budaya lain kecuali Cina dan Kristian pasti akan dipandang begitu hina. 


Baca lagi : Helen Ang


No comments:

Post a Comment