Anggota
penguat kuasa Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(JIWPKL) terpaksa ‘bergomol’ dengan empat tukang urut wanita
warga Vietnam yang bertindak agresif dalam usaha melepaskan diri
daripada kepungan selepas premis tempat mereka bekerja di sebuah
pusat urut refleksologi di Taman Miharja, Cheras, di sini, diserbu
kelmarin.
Bagaimanapun,
cubaan empat wanita terbabit gagal, malah pemeriksaan lanjut
mendapati semua mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk
bekerja sebagai tukang urut.
Ketua
Bahagian Penguat kuasa JIWPKL, Penolong Pengarah Imigresen James Musa
Singa berkata, keempat-empat tukang urut terbabit bukan saja
menjalankan perkhidmatan urut badan ke badan (B2B), tetapi turut
menawarkan khidmat seks.
“Dua
anggota penguat kuasa yang menjalankan serbuan terlebih dulu menyamar
sebagai pelanggan dengan memerhati operasi premis itu dan aktiviti
pelanggan lain.
“Selepas
diyakini premis itu mengupah pekerja wanita warga asing, barulah
serbuan dibuat,” katanya.
Beliau
berkata, dalam serbuan Op 6P jam 2.30 petang itu, pihaknya turut
menahan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun yang juga penjaga
pusat urut refleksologi itu bagi membantu siasatan.
SEORANG
pelanggan sedang asyik dilayan tukang urut.
“Selain
itu, dalam operasi sama, kami turut menyerbu tiga lagi premis yang
menjalankan aktiviti urut refleksologi di Desa Sri Hartamas dan Taman
Tun Dr Ismail.
“Seramai
22 warga asing termasuk pelanggan diperiksa dan hasilnya kami menahan
lima lagi wanita warga China kerana melakukan kesalahan mengikut Akta
Imigresen 1959/63(Pindaan 2002) dan Peraturan-Peraturan Imigresen
1963,” katanya. Beliau berkata, lelaki tempatan yang ditahan pula
akan didakwa mengikut Seksyen 55B akta sama kerana kesalahan
mengambil pekerja warga asing yang tidak memiliki sesuatu pas yang
sah. Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 atau
penjara maksimum 12 bulan.
“Semua
warga asing berusia 20 hingga 48 tahun itu kemudian dibawa ke Depoh
Tahanan Bahagian Penguatkuasa, JIWPKL, Kompleks Kementerian Dalam
Negeri (KDN) Jalan Duta untuk siasatan dan tindakan lanjut,”
katanya.
Sumber : Hmtero
No comments:
Post a Comment