Saturday, September 14, 2013

BERDAULATKAH NEGARAKU MALAYSIA???




Saya agak beremosi sedikit apabila membincangkan hubungan Malaysia-Singapura. Apatah lagi kritikan Lee Kuan Yew terhadap kita dalam buku terbaharunya. Adakah kita sudah lupa amaran Kuan Yew pada Ogos 2009 kepada Malaysia? Katanya, jika Malaysia tidak membekalkan air yang mencukupi kepada Singapura, penyelesaiannya adalah perang.

Suka atau tidak, Singapura tetap berada dalam kepulauan Melayu. Sebab itulah, sejak dari awal Singapura bersedia dengan segala kekuatan yang ada. Belanja pertahanan hampir separuh belanjawan negara. Penasihat mereka adalah Yahudi. Mereka tidak mahu tunduk atau diperkotak-katikkan oleh negara Melayu sekeliling. Persiapannya, adalah dengan persediaan pertahanan sebaik mungkin. Hari ini, siapa yang berani memberi kata dua kepada Singapura?



Kita sentiasa berada di pihak yang rugi dan rugi, dari dahulu sampai sekarang dan akan datang. Kereta kita dikenakan bayaran masuk ke Singapura dengan harga SG20 (dolar) sehari. Manakala, kita hanya mengenakan pada kadar harga yang amat murah bagi kereta Singapura masuk ke Johor. Begitu juga dengan harga air.


Malah, kolam tadahan di negeri Johor dijaga sepenuhnya oleh tentera Singapura. Tidak ada sesiapapun dibenarkan masuk. Jika masuk peranglah jawabnya. Pihak Singapura menolak rundingan semula perjanjian air kerana menganggap ia mencabar kedaulatan Singapura sebagai negara berdaulat. Apa yang kita buat selepas itu, selainkan terpaksa bersetuju.

Persoalan saya, adakah pengorbanan kita dihargai? Hari demi hari, pemimpin mereka mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan hati kita, terutama buku terbaharu Kuan Yew.

Teks bahasa Melayu:-
"Klausa 17 pada Perjanjian 1961 dan Klausa 14 pada Perjanjian 1962 jelas menyatakan: "Provisi pada perenggan (i) dan (ii) pada klausa terdahulu bagi kedua-duanya mestilah bergantung kepada semakan semula selepas tamat tempoh iaitu 25 tahun selepas dari kedua-dua ini dimeterai...." Dua puluh lima tahun selepas 1961 dan 1962 jelasnya bermaksud bila-bila masa selepas tahun 1986 dan 1987. Ini tidak bermaksud semakan semula mesti dibuat pada kadar segera di antara dua tahun ini. Bila-bila masa selepas tahun 1986 dan 1987, kedua-dua belah pihak dibenarkan mengikut perundangan menyemak semula harga tersebut."

Hari ini, sebagai menunjukkan kebongkakannya, kerajaan Singapura bertindak balas dengan membina logi air bagi menghasilkan New Water pada kos SG 0.30 sen. Tindakan ini bukan semata-mata bagi memenuhi keperluan air, tetapi juga sebagai membuktikan kepentingan strategik pertahanan negara Yahudi ini.

Pada 1 September 2011, Syarikat Public Utilities Board(PUB) Singapura  telah menyerahkan kembali 4 kemudahan utama perbekalan air iaitu dua buah loji air dan dua buah rumah air kepada kerajaan negeri Johoriaitu Loji Air Gunung PulaiLoji Air Sungai Skudai, Rumah Pam Pontian, dan Rumah Pam Tebrau, Johor.

Pemulangan kemudahan perbekalan air ini disebabkan oleh penamatan kontrak 50 tahun bekalan air menurut Perjanjian Air 1961 yang berakhir pada tahun 2011. Lagipun Singapura sudah mempunyai bekalan air yang mencukupi kerana masih ada satu lagi perjanjian air Malaysia-Singapura akan tamat pada tahun 2061.

Kenapa jarang sekali kedengaran kawasan tadahan air di negeri Johor dicerobohi atau pembalakan haram berlaku seperti negeri-negeri lain? Jawapannya, kawasan sekitar kawasan tadahan air dikawal rapi oleh tentera Singapura. Kita selaku rakyat Malaysia tidak dibenarkan masuk sama sekali ke kawasan tersebut. Mereka amat takut sekiranya kita melakukan sesuatu ke atas air yang disalurkan ke negara tersebut. Begitulah keadaan menang-kalah yang berlaku. 

Artikel Penuh di sini : Prof Dr Mohd Ridhuan Tee


No comments:

Post a Comment