KUALA
LUMPUR, 14 Sept – Borang pendaftaran calon pemilihan UMNO boleh
diambil secara percuma bermula hari ini (14 Sept) hingga 20 Sept
bermula jam 8 pagi – 5 ptg.
Bagi
jawatan di peringkat pusat diambil di Ibu Pejabat UMNO, KL manakala
jawatan di peringkat bahagian diambil di pejabat UMNO bahagian
masing-masing.
Ibu
Pejabat UMNO telah mengeluarkan pekeliling kepada semua UMNO Bahagian
berkaitan makluman pengambilan borang pendaftaran calon yang
dikeluarkan bermula 14 September dan tarikh pendaftaran calon adalah
pada 21 September 2013 (Sabtu).
Dimaklumkan,
kepada mana-mana calon yang ingin bertanding bagi jawatan di
peringkat Jawatan Kuasa Bahagian dan pergerakan Wanita, Pemuda dan
Puteri Bahagian maka borang pendaftaran calon boleh diambil di
Pejabat UMNO Bahagian masing-masing sementara bagi mana-mana individu
yang ingin bertanding peringkat majlis tertinggi dan Exco Wanita,
Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia maka borang pendaftaran calon boleh
diambil di Ibu Pejabat UMNO.
Perhimpunan
Agung Khas UMNO pada Oktober 2009 telah meluluskan pindaan
perlembagaan iaitu 146,500 perwakilan bakal menentukan kepemimpinan
UMNO dengan menghapuskan sistem kuota, persidangan mesyuarat
perwakilan secara serentak dan juga menambah bilangan ahli
jawatankuasa lantikan Wanita.
Selain
itu UMNO juga meluluskan untuk menjadikan yuran keahlian sebagai
yuran seumur hidup, memberi kuasa kepada Pemuda, Wanita dan Puteri
untuk meluluskan keahlian baru UMNO dan mengiktiraf sumbangan
setiausaha bahagian. – MediaUMNO
No comments:
Post a Comment