Hishamuddin
Rais dengan gaya biasanya.... Membebel macam orang Gila. Memang susah
nak melayan kerenah kelompok manusia macam ni. Semua orang salah. Dia
sahaja yang betul. Tapi inilah antara segelintir 'warga Malaysia'
yang tak berapa betul tetapi masih diangkat oleh segelintir manusia
menjadi ikon mereka.
Siapa
Hishamuddin Rais? Aku sebenarnya tidak begitu memperdulikan
'kewujudan'nya di muka bumi Malaysia ini. Namun tidaklah bermakna aku
tidak mengetahui siapa dia ni. Berdasarkan pembacaan dan beberapa
maklumat dari mereka yang pernah 'sezaman' dengannya, Hishamuddin
Rais yang juga pemilik blog 'Tukar Tiub' ini merupakan antara
individu yang paling kuat menentang kerajaan. Tak kira apa jua isu,
semuanya nak ditentang. Malah hasil temubualku dengan seorang senior
UiTM yang pernah menyertai demonstrasi pelajar ketika isu 'orang
kampung mati kebuluran di Baling, Kedah', pada era 1960an di Dataran
Merdeka menyatakan bahawa, Hishamuddin Rais (Pelajar Universiti
Malaya) antara 'kepala utama' disamping Ibrahim Ali dan Anwar Ibrahim
dalam demonstrasi berkenaan. Disebabkan demonstrasi ini jugalah
menyebabkan ITM pada ketika itu ditutup beberapa bulan atas arahan
kerajaan.
Namun
tatkala rakan-rakannya 'semakin matang' dalam berpolitik, Hishmuddin
Rais masih bersifat 'kebudak-budakkan', macam orang tak baligh. Dia
lebih selesa dilihat sebagai 'kaki demonstrator' dari duduk semeja
berbincang kaedah terbaik untuk memajukan negara. Dikepalanya hanya
ada konsep menjatuhkan pemerintah yang sedia ada.
Perjalanan
anak kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini jugak agak kelakar.
Beliau sebenarnya tidaklah sekuat mana, ekoran tindakan beliau yang
pernah 'cabut lari' dari ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia.
Tidak memilih negara Islam seperti Arab Saudi mahupun Turki,
Hishamuddin Rais sebaliknya memohon suaka politik dari Negara
Kristian Belgium. Dinegara kafir yang terdedah dengan pelbagai
fahaman dan ideologi kafir, maka tidaklah menjadi satu kehairanan
bilamana bekas pelajar jurusan pengajian Sejarah UM ini amat 'senang'
dan 'selesa' bermain dan beriman dengan ideologi sosialis.
Ketika
disana juga beliau diberikan kesempatan oleh pihak berkuasa disana
untuk mempelajari bahasa Perancis di Université catholique de
Louvain, Belgium pada tahun 1984. Beliau kemudian belajar seni di
Kolej Brixton, London dan lulus dalam bidang filem dan video dari
Universiti Westminster, London pada tahun 1992. Untuk rekod,
Hisamuddin telah tinggal di kota London kira-kira selama 15
tahun.
Itulah
sedikit sebanyak apa yang aku ketahui mengenai budak budak MCKK ni.
Apapun mari kita lihat 'kerosakkan aqidah' Hishamuddin Rais yang amat
dibanggakan oleh puak-puak PAS dan PKR.
'Print
screen' diatas merupakan antara artikelnya yang pernah terbit di
blognya. Tidakkah cukup menggambarkan kerosakkan 'aqidah'nya? Apakah
pihak-pihak di dalam PAS masih rela nak bersama dengan manusia
semacam ini??? Apakah kerana kuasa, PAS sanggup 'meredhai' manusia
sebegini? Aku juga hendak bertanya kepada para pembaca, jika kita
biasa melihat gambar PM Najib dan Timbalan atau menteri-menteri
kabinet muslim lain yang mendirikan solat, begitu juga dengan
pemimpin pembangkang dari PAS dan PKR, pernah tak kalian terlihat
hatta 1 gambar sekalipun si tua ini mendirikan solat? Memang nak
mendirikan solat tak perlu bergambar atau menayang kepada orang
ramai, tetapi dalam masa sekarang ini, amat mustahil seseorang
pemimpin itu apabila bersolat secara berjemaah bersama rakyat jelata,
gambarnya tidak diambil dan dipaparkan di Media.
[Video
Hismuddin Rais bersandiwara menangis (mula minit ke 7:51) bilamana
beliau sebagai 'organizer' gagal mengawal majlis...macam
pondeyyyy]
Jadi
kembali pada persoalan asal. Adakah anda pernah melihat Hisamuddin
Rais bersolat bersama-sama anda ketika tibanya waktu solat? Kerana
bagiku, solat adalah tiang agama. Dan yang membezakan seseorang itu
Islam dengan yang kafir adalah solat. Tak guna cakap berapi-api kalau
solat pun tak reti nak jaga. Kepada Hishamuddin Rais dan barua
seangkatannya (bahasa yang paling 'moderate' buat manusia tak
reti bahasa), korang dah habis ingat dan hafal maksud disebalik warna
dan lambang yang tertera di semua bendera negeri-negeri dan wilayah
persekutuan di Malaysia? Jika belum, baik hafal yang ada terlebih
dahulu sebelum sibuk-sibuk nak buat yang lain. Lagipun, tak usah
menyusahkan guru-guru dan budak-budak sekolah yang dah cukup terbeban
dalam pelajaran.
Sumber : Pena Minang
Sumber : Pena Minang
No comments:
Post a Comment