Ini
tweet terbaru seorang politikus pembangkang. Ikutkan hati, saya tidak
berselera hendak ulas, tetapi bila ia sakan dijadikan bahan jenaka di
pautan laman sosial FB dan Twitter, saya terpanggil untuk bercakap
sedikit.
Bagi
mereka yang berfikiran waras untuk menaakul secara objektif, 'tweet'
ini adalah satu penghinaan. Yang dihina dengan perkataan 'bodoh' ini
adalah para pemimpin negara.
Tweet
ini pula disebarluaskan sebagai bahan jenaka ketika negara diambang
hari kemerdekaan.
Tidak
bolehkah pada satu hari ini kita berkongsi rasa bahagia ulangtahun
kemerdekaan tanpa merosakkannya dengan kenyataan sebegini? Ya, kita
tahu pemimpin berkenaan adalah pemimpin BN, tetapi kenapa pada hari
bersejarah ini pun, orang-orang ini mahu melemparkan penghinaan
semata-mata mahu meraih laba politik?
Bagi
saya, pada hari kemerdekaan, semua politikus sama ada kerajaan atau
pembangkang patut mengajak rakyat sama-sama menyemai semangat
patriotisme, meraikannya dengan rasa bangga, bukan mencemarinya
dengan kenyataan dangkal begini. Saya rasa, ada baiknya selepas ini
pemimpin kerajaan dan pembangkang berkongsi pentas bagi sama-sama
meraikan hari bermakna ini.
Lebih
malang, dikhabarkan pada majlis-majlis tertentu termasuk di Dataran
Merdeka, ada pihak yang tergamak menggantikan Jalur Gemilang dengan
'Sang Saka', bendera yang dikatakan akan diangkat sekiranya
pembangkang memerintah. Jujur, saya terkejut dengan
perkembangan-perkembangan ini.
Apa
motif di sebalik semua ini? Kenapa simbol, lambang dan sejarah
kemerdekaan negara mahu diserang sehingga sebegini rupa? Tidak
keterlaluan jika dikakatan ini tidak ubah seperti satu gerakan
subversif yang mahu menyemai anti patriotisme dalam kalangan rakyat.
Seingat
saya, setiap kali menjelang hari kemerdekaan, ada sahaja kenyataan
dangkal keluar dari mulut pemimpin pembangkang. Siapa boleh lupa
bagaimana pemimpin DAP, M. Manoharan sebelum ini menghina Jalur
Gemilang sebagai 'bendera tidak berkelas dunia'? Malah dengan angkuh
mengatakan bendera Malaysia akan diubah jika Pakatan Rakyat
memerintah!
Siapa
boleh lupa bagaimana pemimpin Pas, Datuk Seri Nizar Jamaluddin
menggelar Jalur Gemilang sebagai Jalur Malang? Begitu juga tindakan
kartunis pro-pembangkang, Zunar yang melakarkan karikatur yang
memperlekehkan panji-panji kemerdekaan negara.
Di
banyak negara, hatta di barat, politikusnya berlumba-lumba menyemai
semangat patriotisme dalam kalangan rakyat walaupun berbeza kabilah
politik. Bagi mereka, tiada kompromi dalam menunaikan tanggungjawab
memelihara panji-panji negara kerana ia simbol kedaulatan negara.
Nampaknya,
nilai-nilai itu semakin terhakis di Malaysia, sebuah negara bertuah.
Bukan kerana rakyat kita tidak cukup patriotik, tetapi kerana
membiaknya politikus haprak yang mahu menjadikan apa sahaja sebagai
modal politik untuk meraih tampuk kuasa.
Sumber : di sini
No comments:
Post a Comment