Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.
Umum mengetahui bahawa kedudukan
orang orang Melayu di persada politik tanahair semakin lama semakin
lemah.
Sejak Tun Dr.Mahathir menyerah kuasa, kedaulatan orang
orang Melayu selaku bangsa induk di Semenanjung Tanah Melayu ini
semakin rapuh angkara pemimpin yang mengganti beliau ternyata amat
lemah.
Lemah membuka ruang dan peluang kepada jendalu dan
kaduk menyusup masuk mereputkan kuasa dan kedudukan Melayu
diperingkat pentadbiran negara.
Segala hak hak Melayu mula
dipersoal dan diungkit oleh mereka yang merasa diri turut empunya
suara mempertikai hak kedaulatan Islam dan Kesultanan Melayu di bumi
bertuah ini!
Pergerakan Pemuda UMNO yang merupakan nadi
kewujudan bangsa dan kaum Melayu sejak Malaya mula merdeka ternyata
hilang punca angkara kepimpinan mereka yang mula lemah sejak dua
peralihan kuasa yang sudah!
Secara jujur, cuba kita
pertimbangkan kedudukan suara Pergerakan Pemuda UMNO sejak di pimpin
oleh Hishamuddin Tun Hussein Onn dan kemudiannya di ambil alih oleh
menantu Tun Abdullah Badawi, mantan PM ke 5, Khairy Jamaludin.
Apakah
Pergerakan Pemuda UMNO sebagai tunjang kekuatan parti UMNO dengan
pelapis kepimpinan parti UMNO di peringkat nasional masih dihormati
oleh parti parti komponen BN seperti MCA, MIC dan lain lainnya
Apakah
Pakatan Pembangkang seperti DAP, PKR dan PAS gerun terhadap
Pergerakan Pemuda UMNO sejak dipimpin oleh dua pemimpin Pemuda yang
mempunyai pertalian darah dan kekeluargaan dengan mantan2 Perdana
Menteri Malaysia terdahulu seperti Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah
Badawi?
Penzina tegar
seperti Presiden MCA Chua Soi Lek pun tak hairan dengan KJ dan
selamba sahaja menghina kedudukan Agama Islam yang menjadi teras
kehidupan kita semua didalam Malaysia ini!
Adakah
KJ berani menegur Chua Soi Lek supaya jangan kurang ajar serta biadap
terhadap kedaulatan Islam di bumi tanahair kita?
Jawapan
nya tuan puan sendiri tahu bahawa KJ belum terakam didalam lipatan
sejarah sebagai seorang Ketua Pemuda UMNO menyuarakan sebarang
bantahan atau memberi amaran terhadap Chua Soi Lek berhubung
kenyataan celupar Presiden Parti MCA tersebut!
Begitu
juga dengan segala macam penghinaan terhadap Agama Islam, Bangsa
Melayu dan Raja serta Sultan2 Melayu yang menjadi teras jatidiri kita
di bumi Semenanjung Tanah Melayu ini oleh pemimpin2 parti pembangkang
seperti DAP, PKR dan juga PAS yang bersekongkol dengan penghina2
Islam dari DAP!
Maruah
Pergerakan Pemuda UMNO seringkali di calar balarkan oleh pemimpin2
DAP seperti Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo serta oleh Lim
Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng!
Apakah
saudara saudari, tuan dan puan mempunyai bukti KJ selaku Ketua
Pergerakan Pemuda UMNO telah mencabar malaon2 terbabit dan
mempertahankan maruah Agama Islam kita? Bangsa Melayu? Raja dan
Sultan2 Melayu?
Tak
ada!!!
Makanya sudah
tentu masyarakat Melayu didalam negara kita mahukan perubahan pada
pucuk pimpinan parti tunjang Barisan Nasional!
Kita
semua tahu bahawa PM sekarang Najib Tun Razak seringkali sujud kepada
desakan desakan yang berterusan dari masyarakat Cina dan
menganaktirikan kaum Melayu sendiri dengan terus tunduk kepada
permintaan2 tak munasabah dari Persatuan Dong Zhong Sekolah2 Cina dan
begitu begini!
Belum
pernah ada didalam sejarah Malaysia, seorang Perdana Menteri
berbangsa Melayu dan beragama Islam sanggup menggunapakai simbolisma
kaum lain dan menggelarkan diri sebagai 'Ah Jib Gor' demi mahu
mengemis sokongan dari kaum sama dengan pemimpin DAP Lim Kit Siang
dan Lim Guan Eng!
Diberinya
segala apa yang di tuntut Dong Zhong, persatuan sekolah2 vernakular
Cina sementara kaum lain di anaktirikan Najib!
Lim Guan Eng
selamba derk saja suruh penyokong2 DAP cekau apa sahaja yang
dihamburkan Najib tetapi bila tiba PRU ke 13 supaya mengundi DAP dan
Pakatan mereka!
Hasilnya?
Cina2 dan India serta Melayu pembangkang mengajar Najib cukup2!
Apakah Najib telah sedar dari lamunan 1 segalanya?Tidak!
Virus
menipu diri masih kuat merebak disegenap pelusuk dirinya. Najib
kena main dengan Cina 'Baik
Punyer!'.
Pemimpin2
Melayu yang lemah seperti Najib dan KJ ini harus
di gantikan dengan orang orang berwibawa seperti Tan
Sri Muhyiddin Haji Yassin dan Dato Seri Dr Hj Zahid Hamidi di
peringkat tertinggi kepimpinan UMNO dan oleh orang orang lain di
peringkat Pemuda, Wanita serta Puteri!
Akhramsyah Sanusi
tak ada membayar walau setengah sen sekalipun kepada blogger seperti
saya dan lain lain untuk menyampaikan sebarang berita tentang
kesediaannya untuk merubah keadaan PEMUDA UMNO dari letih dan lesu
seperti sekarang ini suaya kembali gagah perkasa, bertaring dan
berwibawa untuk terus membela maruah dan jatidiri Melayu!
INI
SATU SATUNYA SEMENANJUNG TANAH MELAYU!!! TAK ADA LAGI DI BUMI ALLAH
INI TEMPAT LAIN UNTUK MELAYU BERDIRI MEGAH DAN BERANI MENGHADAPI
SEGALA SERANGAN MUSUH AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR INI SELAIN BUMI
SEMENANJUNG INI!!!
Melayu perlu pemimpin2 baru jika mahu
terus ujud sebagai suatu bangsa yang mempunyai harga diri dan
cemerlang di persada dunia ini dan di akhirat nanti!
Tanpa
perubahan kepimpinan di Majlis Tertinggi dan Exco Pemuda serta Wanita
dan Puteri, maka Melayu seMalaysia akan terus dihina dan di injak
injak di arena politik dan kekuasaan di Malaysia!
Lukah
dilabuh di batang jati,
Lukah baru berkarang
rotan;
Patah tumbuh hilang berganti,
Tuah
Melayu berbilang zaman.
Pergi bersiram di air pancur,
Air pancur ditaman indah;
Jangan biarkan
bangsa mu hancur,
Kelak menyesal tidak
bersudah!
Kesanggupan
Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi untuk tampil menawarkan diri
bertanding sebagai calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO seMalaysia
harus di alu alukan sebagai bukti bahawa kepimpinan Melayu di
peringkat Pemuda masih mempunyai pasukan pelapis yang mampu
memperjuangkan nasib Melayu di tanahair ini.
Samada
beliau menang atau tidak bukan menjadi persoalan disini. Yang patut
di raikan adalah keberanian seorang Ketua Pemuda UMNO di peringkat
cawangan tampil ke depan membawa suara akar umbi ke peringkat
nasional!
Kepimpinan
UMNO tidak seharusnya terus menjadi pusaka orang orang yang bergelar
dan berkedudukan sahaja. Keadaan seperti itu kelak akan membawa
kemusnahan dan kehancuran kepada jatidiri orang orang Melayu!
Kerosakan
yang di timbulkan orang orang Syi'ah di dunia Muslim sekarang ini
berpunca dari ketidakpuasan golongan yang mahukan kepimpinan ummah
diwarisi ahlul bai't Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam sebaik
kewafatan Nabi Muhammad walaupun sudah umum di ketahui ummah bahawa
Sayyidina Abu Bakar As Siddiq Radhiallahu Anhu sudah dipilih Nabi
untuk mengganti baginda sesudah ketiadaannya.
Keadaan
pucuk pimpinan UMNO masih meneruskan legasi kepimpinan mahu diberikan
kepada pewaris pemimpin2 terdahulu. Lihat sahaja keadaan sekarang
didalam UMNO?
Perdana
Menteri sekarang adalah anak kepada Perdana Menteri kedua,
Allahyarham Tun Abdul Razak.
Menteri
Pertahanan sekarang adalah anak kepada Perdana Menteri
ketiga,Allahyarham Tun Hussein Onn.
Menteri
Besar Kedah sekarang adalah anak kepada Perdana Menteri keempat, Tun
Dr.Mahathir Muhammad.
Apakah
UMNO ini parti anak beranak? Sama sahaja dengan MCA dan MIC
serta lain lain parti komponen Barisan Nasional!
Di
sebelah pembangkang pun berlaku perkara yang sama.
Lim
Kit Siang menerajui DAP dengan anaknya Lim Guan Eng. Karpal Singh
menjadi pemimpin ulung DAP bersama anak anaknya Gobind Singh dan
Jagdeep Singh.
Didalam
PKR, keluarga Anwar Ibrahim memegang kuasa di peringkat tertinggi
parti mereka. Isteri Anwar, Dr Wan Azizah menjadi Presiden parti.
Anak mereka Nurul Izzah menjadi Naib Presiden. Anwar sendiri menjadi
Ketua Umum PKR dengan jawatan tak rasmi sebagai Penasihat parti.
Didalam
PAS, Mursyidul Am parti berkenaan mempunyai anaknya menjadi salah
seorang pemimpin tertinggi parti berkenaan.
Semuanya
melakukan nepotisma dan
menjadikan parti parti politik yang di pimpin mereka sebagai tempat
mereka sekeluarga mencari makan dan mengkayakan diri sementara para
pengikut dan ahli ahli parti masing masing terus susah didalam
kehidupan sendiri!
Perubahan
pucuk pimpinan didalam semua parti parti politik tanahair perlu
dilakukan demi mencapai kejayaan untuk meneruskan proses pembangunan
negara. Jika tidak, tunggu dan lihat sahaja kemusnahan melanda!
Cuba
fikirkan maksud pantun di bawah ini:
Sejak kera pindah ke
tanjung,
Anak lebah bersenang
hati;
Sejak pemimpin suka disanjung,
Ramai pencacai datang memuji!
Pemimpin
sebenar tak mencari puji tetapi ikhlas mahu berbudi.
Apakah
masih ada dikalangan calon calon UMNO yang sedang sibuk menawar diri
benar
benar mahu berbakti
atau sebaliknya
mahu mengisi tembolok sendiri???
Sila baca lagi : di sini
No comments:
Post a Comment