Proses
pencalonan yang berakhir menyaksikan Khairy, yang juga ahli Parlimen
Rembau dicabar empat lagi calon iaitu Ketua Pemuda Umno Cawangan
Bukit Setiawangsa, Irwan Ambak dan Ketua Cawangan Umno Bendang Baru,
Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi.
Penolong
Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli
Syed Harman Jamalullail dan bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok,
Abdul Karim Ali juga turut sah akan bertanding menentang Khairy.
Pencabar
Khairy, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, 37, hari ini melabel
pemimpin yang tidak pernah "bersekolah" di Malaysia, tetapi
ingin memperjuangkan komunit Melayu adalah ibarat Bangla.
Beliau
yang mengakui mempunyai kelebihan bersekolah di dalam negara
menegaskan, hanya mereka yang membesar di dalam negara memahami
perjuangan mempertahankan Melayu.
"Di
kalangan pemimpin yang ada, mereka tidak bersekolah di Malaysia pun,
dia ibarat macam bangla datang, umur
20
tahun datang Malaysia, nak cerita perjuangan Melayu, dia berjuang
apa? Dia tak pernah bersekolah di Malaysia pun.
Umum
mengetahui bahawa kedudukan orang orang Melayu di persada politik
tanahair semakin lama semakin lemah.
Sejak
Tun Dr.Mahathir menyerah kuasa, kedaulatan orang orang Melayu selaku
bangsa induk di Semenanjung Tanah Melayu ini semakin rapuh angkara
pemimpin yang mengganti beliau ternyata amat lemah.
Lemah
membuka ruang dan peluang kepada jendalu dan kaduk menyusup masuk
mereputkan kuasa dan kedudukan Melayu diperingkat pentadbiran negara.
Segala
hak hak Melayu mula dipersoal dan diungkit oleh mereka yang merasa
diri turut empunya suara mempertikai hak kedaulatan Islam dan
Kesultanan Melayu di bumi bertuah ini!
Pergerakan
Pemuda UMNO yang merupakan nadi kewujudan bangsa dan kaum Melayu
sejak Malaya mula merdeka ternyata hilang punca angkara kepimpinan
mereka yang mula lemah sejak dua peralihan kuasa yang sudah!
Secara
jujur, cuba kita pertimbangkan kedudukan suara Pergerakan Pemuda UMNO
sejak di pimpin oleh Hishamuddin Tun Hussein Onn dan kemudiannya di
ambil alih oleh menantu Tun Abdullah Badawi, mantan PM ke 5, Khairy
Jamaludin.
Apakah
Pergerakan Pemuda UMNO sebagai tunjang kekuatan parti UMNO dengan
pelapis kepimpinan parti UMNO di peringkat nasional masih dihormati
oleh parti parti komponen BN seperti MCA, MIC dan lain lainnya
Apakah
Pakatan Pembangkang seperti DAP, PKR dan PAS gerun terhadap
Pergerakan Pemuda UMNO sejak dipimpin oleh dua pemimpin Pemuda yang
mempunyai pertalian darah dan kekeluargaan dengan mantan2 Perdana
Menteri Malaysia terdahulu seperti Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah
Badawi?
Penzina
tegar seperti Presiden MCA Chua Soi Lek pun tak hairan dengan KJ dan
selamba sahaja menghina kedudukan Agama Islam yang menjadi teras
kehidupan kita semua didalam Malaysia ini!
Adakah
KJ berani menegur Chua Soi Lek supaya jangan kurang ajar serta biadap
terhadap kedaulatan Islam di bumi tanahair kita?
Jawapan
nya tuan puan sendiri tahu bahawa KJ belum terakam didalam lipatan
sejarah sebagai seorang Ketua Pemuda UMNO menyuarakan sebarang
bantahan atau memberi amaran terhadap Chua Soi Lek berhubung
kenyataan celupar Presiden Parti MCA tersebut!
Begitu
juga dengan segala macam penghinaan terhadap Agama Islam, Bangsa
Melayu dan Raja serta Sultan2 Melayu yang menjadi teras jatidiri kita
di bumi Semenanjung Tanah Melayu ini oleh pemimpin2 parti pembangkang
seperti DAP, PKR dan juga PAS yang bersekongkol dengan penghina2
Islam dari DAP!
Maruah
Pergerakan Pemuda UMNO seringkali di calar balarkan oleh pemimpin2
DAP seperti Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo serta oleh Lim
Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng!
Apakah
saudara saudari, tuan dan puan mempunyai bukti KJ selaku Ketua
Pergerakan Pemuda UMNO telah mencabar malaon2 terbabit dan
mempertahankan maruah Agama Islam kita? Bangsa Melayu? Raja dan
Sultan2 Melayu?
Tak
ada!!!
Dah
la pemimpin atasan UMNO seringkali sujud kepada desakan desakan yang
berterusan dari masyarakat Cina dan menganaktirikan kaum Melayu
sendiri dengan terus tunduk kepada permintaan2 tak munasabah dari
Persatuan Dong Zhong Sekolah2 Cina dan begitu begini!
Fikir-fikirkanlah
dan selamat membuat keputusan.
MPA > Pemuda sejak 1980 sekarang dah veteran.
No comments:
Post a Comment