Hari
ini adalah hari ketiga saya berblog. Walaupun masih baru blog ini
telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakyat Malaysia. Ada
pemimpin DAP yang pro Dinasti Lim sudah mula kepanasan. Anthony Loke
telah menghalang twitter DAP Insider dari mengkutinya. Malah akaun
twitter DAP Insider telah disekat. Lim Guan Eng dan Anthony Loke kini
menuduh bekas Pengerusi Kebangsaan DAP, Chen Man Hin sebagai batu api
sehingga wujudnya blog ini.
Seperti
yang dijanjikan,hari ini saya ingin mendedahkan kisah Lima Harimau.
Kumpulan ini sangat menakutkan Dinasti Lim. Orang-orang ini mampu
mendatang ancaman kepada perjalanan politik Lim Guan Eng. Walaupun
mereka kelihatan jinak tetapi bila-bila masa sahaja mereka mampu
menerkam Lim Guan Eng. Mereka ialah;
- Teng Chang Kim – Selangor
- Chow Kon Yeow – Pulau Pinang
- Boo Cheng Hau – Johor
- Nga Kor Ming – Perak
- Ngeh Koo Ham – Perak
Kesemua
lima diatas adalah musuh Lim Guan Eng yang perlu dibunuh oleh Dinasti
Lim sebelum Lim Kit Siang meninggalkan DAP.
Teng
Chang Kim adalah satu-satunya Adun DAP yang paling senior di
Selangor. Beliau menang sejak beberapa pilihanraya yang lepas
termasuk di bawah pemerintahan BN.
Apabila
Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di Selangor pada tahun 2008, Teng
Chang Kim telah dinafikan haknya untuk dilantik sebagai Exco yang
mewakili DAP. Sebaliknya Dinasti Lim lebih rela memilih budak
hingusan, Ean Yong Hian Wah. Juga melantik Ronnie Liu sebagai exco.
Ini kerana kedua-dua orang ini adalah orang suruhan Dinasti Lim untuk
mereka mencari wang di Selangor.
Akhirnya
kita menyaksikan bagaimana Teoh Beng Hock yang bertugas sebagai
Setiausaha Politik kepada Ean Yong Hian Wah membunuh diri kerana mahu
melindungi kegiatan rasuah majikannya. Sedangkan kegiatan rasuah
majikannya dilakukan atas arahan Dinasti Lim.
Ronnie
Liu diarahkan oleh Dinasti Lim agar mencari wang sebanyak mungkin
dari kegiatan haram di Selangor untuk kegunaan DAP Pusat.
Sehingga Ronnie dilabel sebagai bapa kepada kegiatan haram. Perkara
itu memang benar. Namun ianya dilakukan atas arahan Dinasti Lim.
Akhirnya nama Ronnie rosak dan kalah dalam pemilihan CEC 2012. Ronnie
juga tidak dicalonkan semula dalam pilihanraya umum ke 13 kerana kata
Dinasti Lim ianya boleh menyebabkan nama DAP tercemar dalam usaha
mereka untuk membentuk Kerajaan Persekutuan bersama PKR dan PAS.
Akhirnya
Teng Chang Kim dipilih oleh Dinasti Lim sebagai exco yang mewakili
DAP selepas Pakatan Rakyat berjaya pertahankan Selangor dalam
pilihanraya umum ke 13. Dinasti Lim tahu jika Teng Chang Kim tidak
dipilih huru hara pasti akan timbul. Dinasti Lim meletakkan Teng
Chang Kim sebagai exco bukan dengan ikhlas hati. Ianya tidak lebih
sebagai opera cina sahaja. Dinasti Lim dengan bantuan anggota war
room mereka, Anthony Loke dan Tony Pua sedang merangka jalan yang
paling halus untuk menyingkirkan Teng Chang Kim serta Empat Harimau
lagi daripada DAP. Saya akan dedahkan kepada anda nanti apa rancangan
halus mereka.
Chow
Kon Yeow pula sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang sepatutnya dipilih
sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang apabila DAP Berjaya menubuhkan
kerajaan di negeri itu pada 2008. Bagaimanapun haknya telah dinafikan
oleh Lim Kit Siang apabila dia melantik anaknya sebagai Ketua
Menteri.
Boo
Cheng Hau pula selaku Pengerusi DAP Johor telah dinafikan haknya
untuk mencadangkan calon-calon DAP dalam pilihanraya umum ke 13.
Semuanya diputuskan oleh Dinasti Lim demi untuk memastikan Boo Cheng
Hau hilang pengaruh di Johor.
Dua
sepupu dari Perak, Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham sedang bergaduh
besar dengan proksi Dinasti Lim di Perak, M.Kulasegaran.
Masalah
kekalutan berhubung pemilihan CEC tahun 2012 menjadi peluang terbaik
untuk untuk Dinasti Lim menyingkirkan Lima Harimau di atas.
Rancangan
yang sedang dilakukan oleh Dinasti Lim umpama satu batu yang berjaya
bunuh tiga ekor burung.
Bagaimana
caranya dan adakah Dinasti Lim akan berjaya akan kami dedahkan dalam
episod akan datang.
No comments:
Post a Comment