Parpukari...
Ini
lagi satu artikel oleh Zul Nordin tentang Chin Peng anak haram
komunis bangsat, wahai anak-anak muda melayu baca dan
fahamkan..jangan jadi bodoh macam babi ok:
Alhamdulillah,
kita bersyukur kerana YAB Dato' Sri Najib Tun Razak begitu bertegas
bukan sahaja tidak membenarkan mayat atau abu Chin Peng dibawa balik,
malahan Kerajaan tidak akan memberi sebarang penghormatan kepada
mayat Chin Peng. Pendekkata tegas Perdana Menteri, Kerajaan tidak ada
kena-mengena dan tidak mahu ambil tahu mengenai mayat Chin Peng yang
mati di Bangkok, Thailand.
Kebetulan
tarikh kematian Chin Peng bersamaan dengan Hari Malaysia Ke-50 dan
Hari Angkatan Tentera Ke 80. Satu ulangtahun yang sangat bermakna
bagi rakyat dan negara Malaysia kali ini!
Bagaimanapun
isu samada mayat Chin Peng wajar dibawa balik dan disimpan di
Malaysia masih lagi diperdebatkan. Samada dalam kalangan komponen
Barisan Nasional mahupun pakatan pembangkang, terdapat suara-suara
sumbang yang mahukan mayat Chin Peng dibenarkan dibawa balik dengan
pelbagai alasan diberikan.
Ada
yang mendakwa Perjanjian Damai Haadyai 1989 mewajibkan Kerajaan
membenarkan mayatnya dibawa balik. Ada yang mendakwa beliau anak
kelahiran Sitiawan, maka wajib dibenarkan dia dibawa balik dan
ditanam di tempat kelahiran. Ada yang mendakwa Chin Peng pejuang
kemerdekaan, maka dia perlu diberi penghormatan sewajarnya. Ada yang
mendakwa keluarganya ada di Sitiawan, maka sewajarnyalah dia
dibenarkan kembali walaupun dalam bentuk abu!
1.
Perlu diingatkan Chin Peng bukan warganegara Malaysia, dan tidak
pernah menjadi warganegara Malaysia walaupun konon beliau diberitakan
dilahirkan di Sitiawan. Malahan dalam permohonan Chin Peng melalui
saman di Mahkamah, beliau gagal membuktikan bahawa beliau adalah
seorang warganegara. Jadi tidak timbul persoalan untuk mayat atau abu
beliau patut dibawa kembali ke Malaysia;
2.
Salah satu terma Perjanjian Damai Haadyai 1989 bilamana anasir
subversif dan pengganas daripada Partai Komunis Malaya bersetuju
meletakkan senjata ialah mereka dibenarkan kembali ke Malaysia dengan
syarat-syarat yang ditetapkan; namun anggota kanan PKM tidak
dibenarkan balik ke Malaysia langsung. Dan ini termasuk Chin Peng,
Rashid Madin dan lain-lain. Dan syarat ini diketahui oleh Chin
Peng;
3.
Dakwaan konon Chin Peng ada anak keluarga di Malaysia tidak boleh
dijadikan alasan. Lagipun Abdullah CD, bekas Pengerusi PKM dan rakan
setia Chin Peng menyatakan bahawa Chin Peng tidak pernah membela pun
anak-anak dia selama ini (lihat artikel tribut Abdullah CD kepada
Chin Peng bertajuk "Dengan Kesedihan, Berehatlah Komrad Chin
Peng" disiarkan di www.malaysiakini.com 18.09.2013);
4.
Dakwaan menyatakan konon Chin Peng adalah pejuang kemerdekaan
ternyata meleset. Saya telah menerima artikel berikut yang ditulis
oleh Kolonel (B) Sharom Hashim yang saya rasa cukup terang dan jelas
maksudnya:
"MENGAPA
CHIN PENG PERLU DI TOLAK SAMA SEKALI
PKM
- Partai Komunis Malaya yang ditubuhkan pada awal tahun 30an
bekerjasama dengan pihak British menentang Jepun bukan hanya untuk
membebaskan Malaya tetapi mempunyai agenda lebih besar dari apa yang
kita ketahui.
i.
PERTAMA, untuk mendapatkan bekalan senjata, peluru dan latihan
ketenteraan dari pihak British. Selepas perang kesemua senjata ini
tidak dipulangkan, malah digunakan pula untuk memerangi pihak
British.
ii.
KEDUA, matlamat utamanya adalah untuk mendominasi politik di MALAYA
selepas perang dunia kedua dan menukar sistem pemerintahan kepada
sebuah Republik Komunis. Ini terbukti dengan percubaan mengambil alih
pemerintahan di Malaya oleh PKM dan kuncu-kuncunya sejurus selepas
kekalahan Jepun. Kalau tidak kerana penentangan berani masyarakat Sg.
Manik dan kembalinya pihak British ke Malaya, mungkin lebih ramai
orang Melayu akan di sembelih.
iii.
KETIGA, orang-orang Cina memang berdendam dengan Jepun. Ini kerana
Jepun telah menyerang CHINA pada tahun 1937 dan seterusnya membunuh
dan menyeksa berjuta rakyatnya. Pembabitan PKM menentang Jepun di
Malaya adalah sekadar membalas dendam dan melindungi kepentingan
orang Cina di Malaya.
iv.
KEEMPAT, Malaya adalah 'lombong emas' bagi British dan KOMUNIS CHINA.
Bagi PKM menguasai Malaya dari segi politik dan ekonomi akan
membolehkannya membantu negara asal membina semula ekonomi yang telah
ranap akibat peperangan menentang penjajah dan peperangan sesama
sendiri.
v.
Mulai 1969 hingga 1989. kita saksikan PKM terus melaksanakan revolusi
bersenjata yang meyebabkan ribuan angguta pasukan keselamatan dan
rakyat kita (termasuk Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan
lain-lain) terkorban ataupun cedera. Tidak kurang juga harta benda
negara di musnahkan.
Semasa
itu kita sudah pun merdeka. Nak bebas apa lagi ! Bukankah mereka
ingin bebaskan MALAYSIA dari kepimpinan Bangsa Melayu? Herokah Chin
Peng ini? Hero untuk siapa? Untuk orang Melayu tak mungkin. Untuk
orang Cina Malaysia, ramai juga yang merasai kekejaman dan mati
ditangan PKM, dan sama-sama berjuang menentang bermati-matian
terhadap mereka. Kemungkinan besar Chin Peng hanya ingin berbakti
kepada negara asal ibundanya, Republik Komunis China.
KITA
LUPAKAN DIA SAHAJA
Salam,
Sharom
Hashim"
5.
Satu perkara yang saya agak musykil ialah mengapa semasa Allahyarham
Rashid Madin, bekas pimpinan utama PKM dan Ketua Rejimen Ke-10 PKM
(pengganas Melayu) meninggal dunia pada 01 Sep 2006 di Sisakoin,
Selatan Thailand, langsung tidak kedengaran bunyi mendesak jenazah
Allahyarham dibawa balik ke Malaysia untuk dikebumikan.
Sedangkan
Rashid Madin anak jati kelahiran Kampung Gunung Mesah, Gopeng, Perak
yang dilahirkan pada 10 Okt 1917. Ibubapa dan ahli keluarganya masih
berada di Malaysia. Beliau belajar awalnya di Madrasah Kg. Gunung
Mesah, kemudiannya ke Sekolah Melayu Gunung Panjang hingga Darjah 5.
Rashid
Madin berkahwin dengan Hamidah tahun 1938 dan dikurniakan empat
orang anak.Beliau kemudiannya berkahwin lagi dengan komrad
komunisnya bernama Selamah bt Abdullah dan dikurniakan seorang anak.
Seperti
Chin Peng, Rashid Madin tidak pernah menjadi, atau diterima menjadi
warganegara Malaysia setelah kemerdekaan 1957.
Persoalannya
mengapa kematian Rashid Madin tidak dijadikan isu oleh suara-suara
sumbang yang kini mendesak bukan sahaja mayat Chin Peng dibenarkan
dibawa balik untuk dikebumikan di Malaysia, malah ada yang lebih
biadap dan kurang ajar mendesak mayat pengganas ini diberi
pernghormatan sebagai pejuang kemerdekaan negara!
Malah
ada peliwat-peliwat demokrasi yang menyeru supaya "let
bygone be bygone". Mereka meminta kita melupakan sejarah
kekejaman dan kezaliman anasir subversif dan pengganas komunis PKM
pimpinan Chin Peng yang telah membunuh rakyat Malaysia pelbagai
agama dan kaum. Mereka meminta kita melupakan darah rakyat Malaysia
pelbagai agama dan kaum yang berlumuran ditangan Chin Peng! Untuk
apa? Untuk mendapat undi? Untuk menang pilihanraya?
Yang
lebih parah, ada kalangan anak muda Malaysia termasuk bangsa Melayu
yang tak tahu hujong pangkal sejarah keganasan Chin Peng dan PKM,
yang terpengaruh dengan politik sempit, rasis, ekstremis dan dakyah
serta sentimen emosi mainan cauvinis dan pembangkang, menyatakan
sokongan supaya mayat Chin Peng dibenarkan dibawa balik, dan kata
mereka "kami bersedia menyambut jenazah Chin
Peng untuk disempurnakan sebagai pahlawan!!!".
Apaka
mereka ini begitu buta sejarah, buta hati perut sampai tidak tahu
membezakan yang hak dan batil, yang benar dan zalim? Dimana silap
kita sehingga lahir anak-anak muda sebodoh dan sebangang ini?
Wallahua'alam
dan wassalam.
Adios
amigos, grasias senor.
No comments:
Post a Comment