AKHBAR
China Press bertarikh 17 September 2013 memaparkan berita eksklusif
tulisan Lim Ai Shan mendakwa Malaysia berhutang maaf kepada Chin Peng
kerana kononnya melanggar perjanjian damai.
Fang
Shan, bekas rakan perjuangan Chin Peng berkata, Perjanjian Damai
Hatyai membenarkan bekas anggota komunis Malaya pulang ke tanah air
tetapi kerajaan Malaysia melanggar perjanjian selepas melarang Chin
Peng pulang.
Chin
Peng adalah seorang yang berjasa kepada negara, kerajaan terhutang
maaf kepada Chin Peng," katanya.
Fang
Shan yang menerima kunjungan daripada akhbar China Press berkata,
Chin Peng telah banyak kali membangkitkan hasrat mahu pulang ke
Malaysia dan walaupun selepas bertahun-tahun menghadapi pelbagai
rintangan, beliau tetap tidak mahu melepaskan hasratnya itu.
Setiap
kali kami berjumpa, beliau tetap menyatakan hasratnya mahu pulang ke
Malaysia, kali terakhir perjumpaan kami di Bangkok tahun lalu sekali
lagi dia timbulkan hasrat itu. Ini menunjukkan beliau benar-benar
mahu pulang," katanya.
Fang
Shan berkata, selepas kumpulan komunis diterima kembali ke tanah air,
Chin Peng sendiri hadir mengucapkan selamat jalan. Hasrat Chin Peng
yang paling besar adalah mahu pulang tetapi hasrat itu tidak dapat
dikotakan sebelum beliau meninggal dunia.
Hari
ini Chin Peng telah pun meninggal dunia, saya harap abu beliau dapat
dihantar pulang ke Malaysia supaya Chin Peng dapat memenuhi
hasratnya," jelasnya.
SELARIKAN
SEJARAH ORANG CINA MALAYSIA
AKHBAR
Nanyang Siangpau bertarikh 15 September 2013 pula melalui ruangan
Pendapat YuanLun memaparkan tulisan Phang Sin Cai berkenaan cadangan
selarikan sejarah orang Cina di Malaysia.
Baru-baru
ini saya berpeluang membaca beberapa keluaran majalah pertubuhan Cina
yang meraikan usia 100 tahun penubuhan serta naskhah tarikh
peringatan hartawan dan pejuang (peneroka) kawasan. Tiba masanya
untuk mengumpulkan maklumat dalam majalah serta butiran pejuang
setempat supaya dapat dikekalkan dalam ingatan anak cucu.
Pada
31 Mei 2013 hingga 1 Jun 2013, berlangsung perjumpaan kali keempat
persatuan KuTien, iaitu perjumpaan persatuan persaudaraan KuThien
antarabangsa yang diadakan di Setiawan, Perak. Tajuk pembukaannya
juga menyambut usia 100 tahun persatuan.
Saya
diberi senaskhah majalah berjudul Pejuang Daerah Setiawan, ia
mengimbas kembali ingatan zaman lampau. Pengeluaran majalah pejuang
daerah ini mampu mengumpulkan maklumat yang tersorok.
Penghijrahan
kaum Cina ke Malaysia, sejarah Cheng Ho turun ke Nanyang (Laut Cina
Selatan) sahaja usianya telah menjangkau 600 tahun. Bukit Cina di
Melaka adalah bukti yang kukuh, kawasan perkuburan ini setiap tahun
dikunjungi jutaan pelancong dari China. Malangnya, Bukit Cina tidak
dihias indah, duit daripada industri pelancongan berselerak
seperti tanah perkuburan.
Kesan
peninggalan nenek moyang kita berselerak di kota-kota besar,
pekan-pekan dan daerah-daerah seluruh negara. Mereka menggunakan
kudrat satu persatu mencangkul tanah membuka hutan-hutan. Selepas
beberapa generasi barulah menjadi wajah-wajah pekan-pekan dan kota.
Pepatah
zaman dahulu mengatakan, tiada orang Tang, tiada Po. Orang Tang
itu bermaksud orang Cina, Po itu bermaksud Bandar, contohnya Jilongpo
(Bandar Kuala Lumpur) dan Xingjiapo (Bandar Singapura).
Bekas
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Perhimpunan Agung UMNO
tahun 2002 mengakui, jika tolak semua bangunan dan pembangunan
orang Cina, pastinya di Malaysia tiada bandar-bandar besar dan
pekan-pekan kecil dan juga hari ini tiada pusat perniagaan dan pusat
industri, tiada wang untuk orang Melayu dapatkan gaji dan elaun serta
mendapat bantuan dan kemudahan-kemudahan infrastruktur."
Hari
ini, peninggalan nenek moyang itu telah dianggap milik negara asing,
sebaliknya mereka melancong ke luar mahu melihat peninggalan dan
pemandangan nenek moyang di luar sana. Ada sesetengah bahasa daerah
keturunan mereka telah bertukar nada, ramai dari daerah itu sudah
tidak tahu menggunakan bahasa daerahnya, ia telah hilang fungsi asal
dan tujuan sebenar.
Penulisan
sejarah daerah dan tempatan serta pengekalan bahan-bahan sejarah
orang Cina bukan sahaja dapat menyedarkan tetapi dihayati oleh
muda-mudi Cina. Ia juga boleh dijadikan bahan bacaan sekolah-sekolah
Cina untuk dijadikan panduan masa hadapan. Mereka boleh mempelajari
semangat perjuangan orang terdahulu, bersemangat gigih mengharungi
kepahitan dan kesusahan.
Sejarah
mampu mengeratkan dan mengiktiraf perhubungan dan budaya di antara
daerah yang mampu membawa kepada kemajuan masyarakat dalam konteks
perpaduan kerana mereka mempunyai hala tuju, semangat dan sejarah
yang sama; membantu semangat kekitaan di negara ini; lancarkan
semangat cintakan tanah air dan menyayangi orang ramai.
Ia
perlu dimulakan dengan penerapan nilai dan zahirkan semangat
sayangkan orang ramai, sama seperti orang-orang yang memperjuangkan
pendidikan sekolah Cina. Mereka boleh saling berinteraksi selain
boleh bekerjasama. Semangat penerokaan orang terdahulu, bukankah ia
boleh meninggalkan nama? Inilah yang sepatutnya pertubuhan Cina tidak
memandang ringan dan lepaskan tanggungjawabnya begitu sahaja.
RASIS
BANTU EKONOMI BUMIPUTERA?
AKHBAR
Sinchew Daily News bertarikh 16 September 2013 memaparkan pandangan
rasmi akhbar tersebut berkaitan polisi mengukuhkan ekonomi bumiputera
di dalam ruangan Sudut Pendapat.
Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan
meluluskan lima polisi mengukuhkan ekonomi bumiputera, juga dikatakan
membalas budi mereka yang menyokong Barisan Nasional (BN) pada
pilihan raya umum (PRU) lepas. Lima polisi ini amat luas, menggunakan
dana berbilion ringgit termasuk dalam sektor pendidikan, perniagaan,
peluang-peluang inovasi serta kuasa pemilikan harta dan saham.
Pada
7 September lalu, kerajaan di bawah Majlis Tindakan Ekonomi
Bumiputera telah umumkan beberapa polisi baharu perkukuhkan ekonomi
bumiputera, dengan jelas ada kaitannya dengan meraih penyokong dan
perkukuhkan kedudukan dalam parti. Dalam cuba raih kedudukan dan
sokongan, pada masa sama pasti tidak dapat memenuhi kehendak semua
orang dan ini boleh menjejaskan pembangunan ekonomi negara.
Kami
pasti dan percaya, perancangan pembangunan ekonomi negara pada
hakikatnya mampu dan boleh tingkatkan ekonomi bumiputera, kecilkan
jurang perbezaan miskin dan kaya, beri kestabilan dan keamanan serta
perpaduan dalam masyarakat.
Selama
ini kerajaan memberi keutamaan kepada bumiputera, sudah nampak
kesannya, pendapatan kasar keluarga bumiputera daripada RM172 sebulan
pada 1970 kini meningkat kepada RM4,457 sebulan, 64.8 peratus
keluarga miskin pada 1970 kini turun mendadak sekitar 2.2 peratus
sahaja. Tetapi, kerajaan tidak lepaskan lagi memimpin tangan
bumiputera supaya mereka lebih gigih, mampu bersaing dan berdikari.
Sebaliknya, semakin menambah polisi imbuhan serta subsidi dan ini
jelas membelakangi konsep globalisasi dan keterbukaan.
Pada
3 April 2009, semasa Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri,
beliau lancarkan slogan "1Malaysia", seterusnya Model
Baharu Ekonomi" sebagai pengganti kepada DEB. Najib berkali-kali
beri jaminan akan menjadi pemimpin yang tidak mengira warna kulit,
perbezaan agama dan konsep politik, mahu menjadi Perdana Menteri
untuk semua rakyat.
Jika
benar, sepatutnya mansuhkan polisi tongkat dan ambil kira untuk
semua rakyat, bukan hanya utamakan ekonomi satu kaum. Kumpulan kaum
bumiputera yang lemah sama seperti kumpulan orang Cina serta India
yang lemah dan miskin, sepatutnya kerajaan hulurkan tangan membantu
kumpulan-kumpulan ini juga.
Kerajaan
memberi pakej subsidi kepada bumiputera dikatakan sebagai membalas
budi pengundi, ini bukan polisi untuk seluruh rakyat. Jika mahu
timbulkan isu balas jasa, cuba lihat PRU 1995, 1999 dan 2004, BN
mendapat sokongan padu masyarakat Cina dan dapat terus kekal
memerintah, terutama sekali pada 1999 semasa kemelesetan ekonomi dan
kes Anwar Ibrahim yang mampu menjejaskan PRU. Pada masa itu, BN dapat
sokongan penuh pengundi Cina, adakah orang Cina mendapat dan terima
balasan daripada kerajaan?
Keputusan
PRU sebenarnya memberi implikasi dan maklumat bahawa rakyat telah
menolak politik rasis. Sebaliknya, kerajaan melayan rakyat dengan
menjeling mata sahaja, pimpin ke jalan melawan arus, menyebabkan
rakyat rasa begitu hampa.
Sumber Asal : Utusan
No comments:
Post a Comment