Tuesday, September 17, 2013

Misteri Kekayaan Ahmad Dhani, Anak Terlibat Kemalangan


992013_dulaccident-a


Anak lelaki kepada penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani iaitu Abdul Qodir Jaelani cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Tol Jagorawi Bogor awal pagi Sabtu lalu.

Abdul Qodir atau lebih mesra dengan sapaan Dul berumur 13 tahun dilaporkan Mstar memandu kenderaan jenis Lancer Mitsubishi bersama seorang temannya untuk pulang ke Jakarta, hilang kawalan dan telah merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah bas mini.

Akibat rempuhan itu lima orang daripada mangsa telah meninggal dunia dan 11 lain cedera.
Kereta yang dipandu Dul itu adalah hadiah daripada ayahnya Ahmad Dhani bersempena dengan sambutan hari jadinya pada 23 Ogos lalu.
Dul yang tidak mempunyai lesen memandu mengalami patah tulang kaki, patah panggul, pendarahan di otak dan usus.
Ahmad Dhani dilaporkan Mstar berkata, dia bersyukur kerana keadaan anaknya beransur pulih dan berasa bersalah kerana menghadiahkan kereta tersebut kepada Dul bersempena dengan sambutan hari jadinya itu.

Selain komposer dan penyanyi terkenal Indonesia, Ahmad Dhani adalah duta LibForAll Foundation.
LibForAll bermaksud Liberty for All (Kebebasan Untuk Semua) merupakan sebuah yayasan kristian yang berpengkalan di Amerika Syarikat untuk operasi mempromosi kebebasan beragama di Indonesia.
Untuk melaksanakan operasi itu, Abdurrahman Wahid (Gus Dur) telah dilantik sebagai penaung LibForAll dan Ahmad Dani dari Kumpulan Muzik Dewa sebagai duta untuk menyampaikan mesej melalui lagu-lagu.
Promosi kebebasan beragama yang menggunakan slogan ‘Rahmatan lil ‘Alamin’ mensasarkan dialog antara agama, Islam, Kristian, Hindu dan Yahudi.
Atas sumbangan itu, Holland Taylor CEO LibForAll Foundation pernah mengatur anugerah kepada Gus Dur sebagai penerima Medal of Valor” iaitu “Medal Keberanian Yahudi” pada 6 Mei 2008, di Beverly Wilshire Hotel, 9500 Wilshire Blvd., Beverly Hills, Los Angeles.

Holland Taylor, CEO LibForAll (kiri), bersama Once vokalis Dewa (tengah) dan Ahmad Dhani (kanan), sedang menyusun lirik ke dalam bahasa Inggeris untuk lagu Laskar Cinta (“Warriors of Love”). Once adalah seorang Kristen manakala Ahmad Dhani adalah Muslim pro-Israel. Menurut Holand Taylor, lagu Laskar Cinta membawa mesej penting untuk menuetralkan kumpulan teroris Islam Indonesia. Kajian yang dibuat sebelum ini mendapati di Indonesia, kaedah yang paling berkesan untuk mempengaruhi rakyat Muslim adalah muzik, tetapi kaedah itu tidak sesuai di Malaysia. Kaedah yang paling berkesan di Malaysia adalah melalui pendekatan ilmu dengan menggunakan tokoh-tokoh orientalis an membunuh 17 anggota polis.

Manakala Ahmad Dhani lapor libforall.org diberi anugerah LibForAll Award.

Baca selanjutnya, sila klik di sini dan sini dan sini juga


No comments:

Post a Comment