Meskipun
hajat Chin Peng sebelum mati mahu abu mayatnya dibawa balik ke
kampung halamannya di Setiawan, kerajaan Malaysia bertegas tidak akan
membenarkan sama sekali mayat atau abu mayat Chin Peng dikebumikan di
Malaysia atas faktor sejarah dan kekejaman yang dilakukannya..
Datuk
Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak akan terbabit sama sekali
dalam urusan pengebumian Chin Peng yang meninggal dunia di Bangkok,
pagi tadi.
Menurut portal pro pembangkang, Seorang bekas
anggota Parti Komunis Malaya berkata Chin Peng yang meninggal dunia
hari ini hari ini berhajat agar abu mayatnya dibawa pulang ke kampung
halaman di Sitiawan, Perak.
Perkara itu dinyatakan
kepadanya ketika bertemu Chin Peng pada tahun lalu.
Ini antara
sebab sebab kenapa secubit abu mayat Chin Peng pun tak layak jejak di
bumi Malaysia
1. 3 orang peladang Inggeris telah dibunuh di
Perak pada 16 Jun 1948. Peristiwa ini telah menyebabkan penjajah
British mengisytiharkan darurat.
2. Seramai 18 anggota polis
telah terkorban dalam satu serangan mengejut komunis terhadap Balai
Polis Bukit Kepong pada waktu subuh 23 Februari 1950.
3.
Sepanjang tahun 1950, seramai 120 anggota polis terbunuh, manakala
222 orang Polis K3. Sepanjang tahun 1950, seramai 120 anggota polis
terbunuh, manakala 222 orang Polis Khas (SC) terkorban akibat
kekejaman komunis.
4. Pada 1 Oktober 1951, Pesuruhjaya Tinggi
British di Tanah Melayu, Sir Henry Gurney dibunuh dalam satu serang
hendap di Bukit Fraser.
5. Pada 17 Jun 1968, segerombolan
gerila komunis telah menyerang hendap konvoi pasukan keselamatan
Malaysia di Pekan Kroh (Pengkalan Hulu) dan membunuh 17 anggota
polis.
6. Seorang ahli UMNO telah dibunuh oleh ejen komunis di
Pulau Pinang pada April 1969.
7. Pada 24 Julai 1969, seorang
wanita Cina telah dibunuh di Sintok, Kedah kerana didakwa belot
kepada perjuangan komunis.
8. Pada 10 Disember 1969, komunis
telah meletupkan jambatan keretapi di Kok Mak berdekatan dengan
sempadan Padang Besar, Perlis.
9. Komunis telah menyusup masuk
ke Padang Besar dan melepaskan 3 das tembakan ke arah balai polis di
situ pada 14 Disember 1969.
10. Dalam satu peristiwa pada
tahun 1970-an, komunis telah memusnahkan jentera dan peralatan
membina jalan yang digunakan untuk membina Lebuhraya
Timur-Barat.
11. Timbalan Penguasa Polis, Wong Lin Hoon telah
mati ditembak di Kuala Lumpur pada tahun 1973.
12. Komunis
terus mengganas dengan membunuh Ketua Inspektor Chin Chin Kou pada 12
Julai 1973 di Serdang, Kedah. Diikuti 3 bulan kemudian, Detektif
Sarjan Chong Kek Oh yang mati ditembak di Sungai, Siput, Perak.
13.
Pada 3 Januari 1974, Detektif Konstabel Lee See Kaw telah mati
ditembak di Malim Nawar, Perak, diikuti pembunuhan terhadap Detektif
Sarjan Lee Yoon Chin pada 20 April 1974 di Melaka. 4 hari kemudian,
Detektif Konstabel Ong Soon Chua yg mati ditembak di Chemor,
Perak.
14.
Pada 6 Jun 1974, komunis bertindak lebih kejam apabila menembak mati
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abd. Rahman Hashim semasa beliau berada
di dalam keretanya di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.
15.
Komunis telah mengebom Tugu Negara pada 26 Ogos 1975 hingga
mengakibatkan kerosakan besar.
16. 2 minggu kemudian, komunis
telah melemparkan bom tangan ke arah kem Pasukan Polis Hutan (PPH) yg
terletak di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur, membunuh 2 orang anggota
dan mencederakan 41 anggota yang lain.
17. Pada 13 November
1975, Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong telah dibunuh di
Ipoh semasa berada di dalam kereta. Kejadian tersebut turut meragut
nyawa pemandunya Sarjan Yeung Peng Cheong.
18. Antara tahun
1969 hingga 1978, seramai 395 anggota pasukan keselamatan telah
terbunuh, manakala 919 yang lain cedera.
19. Seramai 70 orang
awam telah terkorban, manakala 75 yang lain tercedera dalam tempoh
1968 hingga 1982
MTK
SAKI BAKI KETURUNAN CHIN PENG TAK
TAKUT KENA KENCING DALAM BEKAS ABU KE?? has (SC) terkorban akibat
kekejaman komunis.
Baca berikutnya di MTK
No comments:
Post a Comment