Thursday, September 19, 2013

PAS BANGKANG PROGRAM PERKASAKAN EKONOMI BUMIPUTERA SEBAB RASIS !!! BAHALOL!!!



Sebagai sebuah parti yang menggunakan slogan kerajaan kebajikan, PAS tidak mendokong program yang meminggirkan kaum minoriti di negara ini.


"Kita sedar kaum bukan Bumiputera turut berdepan dengan masalah kemiskinan oleh kerana itu PAS menjunjung prinsip keadilan dan kesaksamaan bagi menghapus kemiskinan. Kerajaan melakukan perkara yang salah kerana atas nama Bumiputera, agenda bukan Bumiputera telah diabaikan.



"Perlembagaan jelas memelihara kepentingan kaum lain seperti penduduk yang tinggal di perumahan yang perlu diberi tanah kerana itu adalah hak rakyat dan hak asasi manusia yang dijunjung di serata dunia," kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa menghadiri sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.


Menurut sejarah, masyarakat Cina sudah berada di Tanah Melayu sekurang-kurangnya sebelum abad ke 19 lagi. Mereka ditempatkan di kawasan lombong dan kemudiannya ada di antara mereka berpeluang menjadi pengusaha lombong dan terlibat dalam aktiviti ekonomi berkaitan bijih timah. Pendapatan yang agak baik daripada penghasilan bijih timah mendorong kegiatan aktif ekonomi masyarakat setempat (kaum Cina). Dengan itu mereka mampu untuk berbelanja seterusnya menggalakkan aktiviti ekonomi seperti peruncitan barangan keperluan, pakaian, dan sebagainya.

Pihak penjajah Inggeris yang mentadbir ekonomi Tanah Melayu turut menyediakan kemudahan awam dan prasarana yang lebih baik di kawasan perlombongan itu dan akhirnya membantu kawasan tersebut menjadi bandar kecil. Dengan itu muncul satu lagi golongan daripada kalangan mereka iaitu golongan peniaga. Para peniaga ini berjaya dalam perniagaan mereka kerana terdapat prasarana yang baik disediakan oleh Inggeris dan penduduk setempat mempunyai kuasa beli yang menggalakkan. Persekitaran ekonomi yang aktif dan produktif ini dinikmati oleh masyarakat bandar sejak awal pembukaan lombong sehinggalah kini.

Jika kita ambil tarikh 1900 sebagai permulaan orang Cina di kawasan lombong , bermakna orang Cina sudah bergerak selama 57 tahun pada tahun 1957 sedangkan orang Melayu bermula dengan 000000 pada 1 September 1957.

Adakah ini adil bagi orang Melayu? Bacalah sejarah dan fahamilah ia. Fahami juga yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Lihat juga bilakah sekolah Melayu pertama dibina dan bilakah sekolah Cina pertama dibina di Tanah Melayu?

Adilkah perlumbaan ini?

Mengambil kira tahun 1900 tadi, masyarakat Cina diberi peluang oleh Inggeris selama tidak kurang 57 tahun (sebelum merdeka) dan peluang tersebut tidak pernah dihentikan atau dirampas sehingga kini.

Orang Melayu cuba diberi pelauang melalui DEB sejak 1970 hingga kini, belum sampai 50 tahun, dah nak ditarik balik? Orang Cina bermula ketika orang Melayu dalam keadaan daif dan miskin. Orang Melayu diberi peluang ketika orang Cina sedang kuat dan berada di puncak. Masih lagi iri hati dengan DEB? Adakah program Memperkasakan Ekonomi Bumiputera juga RASIS???

Inilah kebodohan Hadi Bawang goreng kunyit.. Nak jaga undi punya pasal sanggup tolak program untuk majukan bangsa sendiri.. Hadi Bawang harus ingat, BN menang majoriti undi dari MELAYU dan BUMIPUTERA dengan bantuan dari Undi kaum India tau.. Cina tak bagi langsung Undi kat BN.. Hanya beberapa % saja..


Maksud memperkasakan ekonomi bumiputera tu bukan bermaksud kerajaan pinggirkan kaum kaum lain, tidak !!! kaum kaum lain juga dijaga oleh kerajaan.. Kerajaan juga bersikap adil kepada semua kaum.. Majoritinya disini adalah Melayu dan bumiputera.. Berapa kerat sangatlah aset ekuiti kaum Melayu bumiputera dalam syarikat syarikat besar ??


No comments:

Post a Comment