MP
mendapat berita bahawa ada seorang ahli DAP dari johor yang berbangsa
cina telah berani mati kehadapan untuk mendedahkan segala-gala
melalui penulisannya di dalam sebuah
blog(http://thedapinsider.blogspot.com/).Beliau
bertekad untuk menceritakan segala-galanya mengenai kejahatan
keluarga Dinasti Lim yang kini bagai terumbang-ambing untuk
mempertahankan legasi mereka agar terus berkuasa dalam DAP
Ahli
DAP ini juga menceritakan bahawa beliau sering diganggu oleh
taiko-taiko upahan belaan dinasti Lim sehingga terpaksa membawa diri
lari ke Indonesia.Ikuti kisahnya dibawah ini:
http://thedapinsider.blogspot.com
Nama saya Peter dan saya adalah ahli DAP sebuah cawangan di Johor.Saya menyertai DAP sejak tahun 1998.Saya masuk DAP kerana percaya parti DAP memperjuangkan demokrasi tulen untuk rakyat Malaysia.Walaupun saya seorang yang cerdik dan memilki ijazah tetapi saya pun tertipu dengan DAP.Mereka bukan berjuang untuk rakyat Malaysia tetapi berjuang untuk Dinasti Lim.
Kerana saya terlalu lantang melawan Dinasti Lim terutamanya dalam kes penipuan CEC hidup saya menjadi tidak aman.Saya sering diganggu oleh taiko-taiko yang dipelihara Dinasti Lim.Untuk sementara waktu saya melarikan diri ke Indonesia kerana gangguan taiko Lim.Hidup saya lebih aman disini dan saya akan berjuang daripada jauh untuk memastikan semua rakyat Malaysia tahu kejahatan Dinasti Lim.
Tujuan saya membuka blog ini dalam bahasa melayu untuk menceritakan kepada semua rakyat Malaysia tentang kejahatan Dinasti Lim.Saya tidak mahir menggunakan bahasa melayu.Mujurlah ada seorang rakan berbangsa melayu yang pernah bekerja sebagai pegawai seorang bekas wakil rakyat DAP menolong saya.
Mulai
hari ini saya akan menulis tentang penipuan pemilihan CEC.Saya akan
dedah sampai habis bagaimana cara Dinasti Lim,Tony Pua,Anthony Loke
manipulasi undi untuk memastikan mereka terus berkuasa dalam
DAP. -DAP
INSIDER-
No comments:
Post a Comment