Monday, September 30, 2013

Pelajar Maut Gagal Elak Kereta Buat Pusingan U


CLICK DI SINI BERITA TV9

Akibat tidak mengendahkan papan tanda larangan membuat pusingan U, akhirnya membawa padah.Difahamkan kereta Proton ?Exora dipandu seorang pemandu wanita cuba membuat pusingan U di satu persimpangan lampu isyarat.

Akibatnya mangsa, Ekram bin Misri, 20 tahun dari Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur yang menunggang motosikal maut setelah merempuh kenderaan tersebut yang berada di hadapannya.

Kemalangan berlaku kira-kira jam sembilan pagi di lebuhraya Bukit Jalil arah Puchong berhampiran Balai Bomba Bukit Jalil.

Siasatan awal polis mendapati, kereta dipandu seorang wanita dipercayai cuba untuk  melakukan pusingan U di persimpangan lampu isyarat ini.

Sebaik sedang membuat pusingan, mangsa yang datang dari arah yang sama dipercayai tidak sempat mengelak.
Akibatnya, mangsa melambung dan tercampak beberapa meter bersama motosikalnya. Jenazah mangsa telah tibawa ke HKL untuk dibedah siasat.

Sementara pada sebelah malam, suasana sedih menyelubungi keluarga Allahyarham tatkala pengekbumian jenazah dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Olak Lempit, Banting Selangor pada jam 9.00 malam.




Turut serta mengiringi jenazah di tanah perkuburan, semua saudara mara terdekat serta jiran tetangga dari Jalan Seribu Tahun, Kampung Olak Lempit dan rakan-rakan sekuliah Allahyarham.

Al Fatihah. Semoga Allah mengampuni segala dosanya serta menempatkan rohnya di sisi roh orang-orang yang beriman. Ameen.




- mpa

1 comment:

  1. Saya rindu sangat dekat arwah. Kenal arwah 2010

    ReplyDelete