Monday, September 30, 2013

POLIS MILIKI SENJATA DAN PELURU BARU UNTUK BANTERAS JENAYAH#PDRM#ZAHID HAMIDI


Senjata dan peluru tidak mengenal siapa, malah pemiliknya sendiri pasti akan menerima nasibnya jika tersalah guna. Senjatapi adalah sesuatu alat yang amat digeruni masakini oleh semua orang. Yang pasti jika terkena tembakan akan cedera atau menemui ajal.

Kita semua sedia maklum yang senjatapi berserta peluru mudah didapati di negara jiran. Yang pasti tentu ada sindiket membawa masuk ke negara ini secara mencerai-ceraikan badannya untuk memudahkan ianya dibawa masuk tanpa dapat dikesan. Lantaran itu itu penjenayah mudah memilikinya yang kebelakangan ini membunuh sesiapa saja yang mereka ingini. Adakah penjenayah di Malaysia semakin bebas? Mereka boleh buat apa saja yang mereka mahu?

JAWAPANNYA...TIDAAAK!!! Malaysia mempunyai undang-undang yang penjenayah tidak boleh berbuat sesuka hati.

Ucapan setinggi tahniah kepada PDRM kerana terkini mempunyai senjata yang cukup sofistikated. PDRM juga mempunyai peluru yang teramat canggih yang terbaru dalam pasaran.

Justeru kita amat yakin bahawa seluruh pegawai dan anggota yang terlibat dalam memerangi jenayah akan lebih bersemangat tinggi apabila gandingan senjata dan peluru yang hebat ini mampu menggerakkan seluruh KEKUATAN PDRM, serta seluruh agensi di bawah KDN. Dengan senjata dan peluru tercanggih ini mereka akan dapat menunaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan lebih baik.
Pengarah Siasatan Jenayah (CID), Datuk Hadi Ho Abdullah hari ini menggelar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai SENJATA KHAS Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani jenayah sambil melabelkan menteri itu tegas dan adil.  
Hadi berkata, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri adalah satu-satunya menteri yang sanggup memikul tanggungjawab dan bekerjasama bersama PDRM dalam menangani jenayah. "Ahmad Zahid adalah seorang menteri yang tegas, adil dan berani memikul tanggungjawab berhadapan situasi jenayah negara."Beliau selalu mengingatkan PDRM supaya selalu bersikap rabun warna dalam menyiasat sesuatu kes jenayah.  
"Pendekatan yang diambilnya mampu mengukuhkan PDRM selain dibekalkan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dinamik," katanya ketika membentangkan kertas kerja pencegahan jenayah di Putrajaya hari ini.

Inilah senjata dan peluru baru yang dimaksudkan. Gandingan yang cukup hebat dan mantap. Hasilnya sudah kita ketahui dan perolehi. Rakyat Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih pada Menteri KDN dan PDRM kerana tindakan tegas yang diambil dan sekarang keselamatan rakyat lebih terjamin.

Tahniah diucapkan pada KDN, PDRM dan seluruh agensi di bawah KDN. Semoga terus berjaya.




Baca juga seterusnya : di sini

No comments:

Post a Comment