Sunday, September 8, 2013

Penggunaan kalimah Allah: MAIS dan JAIS kurang prihatin


Isu kalimah Allah akan didengar sekali lagi di Mahkamah Rayuan pada hari Selasa ini (10 Sept).
MCA bertegas orang Kristian berhak menggunakan kalimah Allah.


http://www.mca.org.my/en/press-statement-by-mca-central-committee-member-sdr-loh-seng-kok-deputy-chairman-of-mca-publicity-bureau-on-allah-term/

Hak orang Islam dicerobohi


Khutbah mimbar Jakim kepada sidang Jumaat 6 Sept 2013 adalah bertajuk  ‘Mempertahankan akidah  ummah‘.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menegaskan bahawa muzakarah jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan sudah pernah membahaskan isu tuntutan penganut Kristian terhadap penggunaan kalimah Allah dalam bulan Mei 2008.

Mimbar mengingatkan jemaah bahawa muzakarah telah memutuskan yang lafaz Allah merupakan kalimah suci khusus bagi agama Islam dan oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik.

Muzakarah juga berpendirian sekiranya terdapat unsur penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.


Gereja Allah Baik
Gereja Allah Baik


Evangelis kata Muslim yang mudah konpius


Musuh-musuh Islam melakukan pelbagai usaha bagi menimbulkan kekeliruan. Mereka menyelewengkan resam sehingga timbul pandangan dan pentafsiran yang salah tentang agama Islam dan Allah itu sendiri, kata Jakim.

Allah tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan manakala orang Nasrani pula menyembah al-Masih anak Allah. Mimbar menggesa wajib ditangkis dakwaan yang salah tentang hakikat tuhan yang sebenarnya.

Seterusnya kariah diingatkan bahawa penyalahgunaan kalimah Allah SWT adalah satu ancaman kepada keagungan Islam dari segi sosial, syariah dan akidah. Lebih malang lagi, isu ini dipertikaikannya sehingga dibawa ke mahkamah.

Khutbah Jumaat itu yang disediakan oleh Jakim juga menegur sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah Allah semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain.


HannahRumahAllah

Twitter hannahyeoh Do not confuse


House of God, Rumah Allah


Contohnya, adakah kita sanggup mendengar golongan bukan Islam memanggil gereja, rumah ibadat dan rumah berhala mereka sebagai rumah Allah?, memanggil tuhan dan berhala mereka sebagai Allah?”, tanya mimbar.

Bayangkan pula, apakah akidah generasi muda Islam jika fenomena ini berlaku di negara kita?. Sudah pastilah ramai yang akan keliru, terpesong dan berlakulah lautan murtad yang sedahsyat-dahsyatnya.”


Gereja ALLAH


Semua agama bukan sama


Mimbar turut memberi amaran tentang bahaya sikap yang terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang melibatkan dasar akidah dan tauhid disalahguna oleh agama Kristian.

Matlamat utama mereka menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama”, kata mimbar.


Allahitukasih


Dosa pempersekutukan Allah


Bagi mimbar, puak evangelis tidak boleh menterjemahkan perkataan God dalam bahasa Inggeris kepada kalimah Allah kerana ini membawa maksud Allah SWT merupakan “salah satu daripada tiga tuhan”. Kesalahan ini syirik besar.

Mimbar menyatakan kekecewaan terhadap segelintir orang Islam yang masih menganggap perbuatan ini “hanya isu kecil”. Bagi mimbar, pendekatan mereka adalah mengkhianati agama Islam.




Ong Kian Ming's stand on Allah

Lafaz Allah evangelista

Penggunaan kalimah Allah di khalayak umum berleluasa di kalangan evangelista DAP.
Di bawah ialah sebutan kalimah Allah dalam tweet-tweet yang dikeluarkan Ahli Parlimen DAP Serdang Ong Kian Ming.

Mengikut Seksyen 9, Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988, orang bukan Islam di Selangor dilarang daripada menggunakan kalimah Allah.

Pesalah boleh dikenakan denda serta hukuman penjara (tapi MAIS dan JAIS malas pantau).



Ong Kian Ming (imokman) on Twitter


imokman@sybreon haha, Insya Allah


imokman @fendyhasni Insya-Allah


imokman @Haji_Tarbus Harap boleh, Insya-Allah


imokman@amiruddinfadzli kawasan Bangi


Ong Kian Ming (imokman) on Twitter 2013-07-12 10-08-49


Ahli Parlimen Kristian DAP Serdang
Ahli Parlimen sesumpah DAP Serdang



No comments:

Post a Comment