Saya
telah melihat Tanda Putera malam tadi (2 September)
maka saya memahami mengapaTanda Putera haram di sisi
Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya Ketua Menteri Pulau Pinang.
Mereka
marah kerana jelas simbol parti DAP (Roket) terlihat dalam kejadian
keganasan 13 Mei. Mereka merasa bersalah dan sewajarnya mereka merasa
bersalah kerana simbol itu dibawa ke Kampung Bharu dan Datuk Keramat
untuk menghalau orang Melayu.
Sebagai
seorang wartawan yang tinggal di Kampung Bharu masa itu saya melihat
provokasi ini dengan mata kepala saya sendiri.
Pemimpin-pemimpin
DAP mewarisi semangat yang ditinggalkan oleh Perdana Menteri
Singapura, Lee Kuan Yew yang berbangga dengan orang-orang bukan
Melayu yang bertanya: Kenapa ada Waktu Tanah Melayu? kenapa Keretapi
Tanah Melayu? dan mengapa Raja Melayu? (Baca buku Memoirs of Lee Kuan
Yew)
Pada
petang kejadian 13 Mei 1969, saya berada di kawasan rumah Ahmad
Razali, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda
kerana bertugas sebagai wartawan Utusan Melayu. Ketua Pengarang saya
Allahyarham Tan Sri Melan Abdullah (Pak Melan) juga ada bersama.
Pak
Melan diketahui sebagai seorang yang cukup tinggi emosinya tetapi
beliaulah yang menasihatkan orang ramai yang sedang dalam
kepanasan supaya jangan keluar dari kawasan itu tetapi tiba-tiba
mereka seperti ayam terlepas dari reban bertempiaran ke jalan raya,
menterbalikkan kereta dan membunuh manusia yang tercampak keluar
apabila beberapa orang yang berlari dari Gombak menjeritkan: Orang
kita dah kena! Orang kita dah kena!
Buku
13 Mei oleh Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra dalam
perkara ini adalah benar dan tepat.
Saya
berlari ke luar dari perhimpunan itu untuk pulang ke rumah di Kampung
Bharu yang berhampiran dengan tempat kejadian itu dan saya melihat
beberapa buah kereta terbalik dan mayat bergelimpangan.
Orang-orang yang tidak berdosa telah mati. Saya kutuk, saya tidak
dapat menerima kekejaman ini tetapi segera terbayang di mata saya Lim
Kit Siang dan Lee Kuan Yew. Racun yang mereka semai telah membunuh.
Mereka langsung tidak pedulikan perasaan orang Melayu.
Sebelumnya
saya lihat sendiri penyokong- penyokong DAP menaiki lori melalui
Kampung Baru dan Datuk Keramat dengan membawa simbol Roket (DAP) dan
berteriak menghalau "Melayu Balik Kampung! Melayu Balik
Kampung."
Mereka
membawa penyapu dan mengangkat- angkat penyapu. Mereka menjadi berani
kerana Lim Kit Siang telah begitu celupar. Cabaran ini menjadikan
Melayu lebih berani dan lebih agresif. Maka itu sekarang orang Melayu
ramai di Kuala Lumpur, sama ada sebagai penjaja di pasar, peniaga
besar dan kecil, pelajar, siswa, pendukong universiti- universiti dan
sebagai profesional yang menjalankan institusi-institusi kewangan.
Lim
Kit Siang tidak boleh halau lagi mereka balik kampung.
Lim
Kit Siang tahu bahawa Pilihan Raya Ke-13 adalah peluang terakhir
untuk beliau halau Melayu balik kampung tetapi telah gagal dan
kegagalan ini adalah untuk selama-lamanya dan kerana itulah slogan
yang dijeritkan "Ini kalilah."
Populasi
Melayu akan bertambah, profesional Melayu akan semakin ramai.
Walaupun tidak dapat dua pertiga kuasa, pemerintahan BN dan Melayu
akan bertambah kukuh terutama kerana orang Cina telah mengasingkan
diri.
Dan
jika ramai mereka yang mahu menjadi monyet dan kera, maka ini akan
lebih memudahkan untuk orang Melayu mencapai matlamat mereka. Najib
jangan sesal mengatakan Tsunami Cina dan jangan biarkan Khairy
menafikan.
Apabila
Tun Razak mengajak semua parti berdamai selepas 13 Mei, DAP tidak
mahu ikut serta dalam Majlis Perundingan Negara. Dia mahu terasing
dari aliran perdana, dia mahu orang Cina terus menjadi beruk dan kera
yang mahu merosakan berjuta bunga. Dia pasti tidak akan berjaya.
Tanda
Putera sewajarnya ditonton oleh seluruh generasi muda semua
kaum kerana ia menunjukkan manusia-manusia Malaysia dari semua
kaum yang berperi kemanusiaan tinggi dan murni yang dalam keadaan
runcing dan genting tidak kehilangan akal, malah Menteri Dalam Negeri
Tun Dr. Ismail dan Perdana Menteri Tun Abdul Razak yang tahu saat
kematian mereka telah hampir tetapi terus bersama mencari jalan untuk
menjamin masa depan rakyat Malaysia yang harmoni, makmur dan aman
damai.
Tun
Razak memberitahu Doktornya: "Saya mahu sedikit masa lagi."
Tetapi Tun meninggal dalam keadaan negara yang tidak pasti dan Tun
Mahathir telah memperkukuhkannya untuk masa depan Malaysia.
Masa
depan inilah yang hendak dihancurkan oleh DAP dan juga parti-parti
Melayu yang telah menjadi alatnya kerana gila kuasa..
Zainuddn Maidin :- Mantan Menteri Penerangan
No comments:
Post a Comment