Ahli
Dewan Undangan Negeri Juasseh, YB Dato Mohammad Razi Kail telah
dipilih semula secara sebulat suara sebagai Ketua Cawangan KG Sg
Jelutong.
Apabila
ditanya kepada Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, YB Dato Hj.Ismail
Lasim berkenaan dengan persidangan UMNO Cawangan Sg Jelutong, beliau
menjawab melalui SMS yang berbunyi;
"Salam,
Saya benar-benar tidak tau yg sg jelutong telah mengadakan
mesyuaratnya. Cuba tanya kepada pemantau. Tks"
Kemudiannya,
SU Bahagian memberi respon kepada saya melalui sms yang
berbunyi;
"Salam,
sahabat mungkin dah dapat salinan surat jawapan dr UMNO Msia
berhubong protes persidangan cwg sg jelutong yg lalu. Di mana cwg
sungai jelutong di arahkan mengadakan persidangan semula sebelum 15
september 2013. Lapuran dr sahabat akan d ambil perhatian &
tindakan segera. Tks."
1.
YB Mohammad Razi Kail telah bertindak diluar jangkaan dengan
mengadakan "mesyuarat kilat" dengan hanya memaklumkan
kepada penyokongnya untuk hadir mesyuarat pada 12 Sept
2013(semalam).
2.
Ramai ahli terutama yang bermastautin di kampong tertanya-tanya
kerana mereka tidak dimaklumkan tentang persidangan tersebut samada
melalui notis mesyuarat, sms atau pun mulut.
3.
Ahli yang tinggal di luar pula, hanya mereka yang menyokong atau
mungkin boleh menyokong YB Razi sahaja yang dijemput.
4.
Yang jelas, Ketua Bahagian sendiri tidak tahu-menahu wujudnya
persidangan cawangan sg jelutong. Bermakna tiada notis persidangan
dikeluarkan untuk memaklumkan kepada pihak bahagian mahupun kepada
ahli tentang persidangan tersebut.
5.
Saksi-saksi yang ada di dewan mesyuarat memaklumkan kehadiran tidak
sampai pun 40 orang, apatah lagi unyuk mencapai syarat korum 56
orang. Tetapi catatan kehadiran menunjukkan kehadiran seramai 58
orang. Saksi juga memaklumkan sekurang-kurangnya 3 orang ahli hantu
hadir di dalam dewan dan dikira sebagai korum, termasuk Zarina binti
Kail, iaitu adik kepada YB Razi sendiri.
6.
Wakil bahagian yang dikatakan hadir, bernama cikgu Sharom dan Zaid,
manakala wakil pemantau pula orang yang dipanggil gelar tok batin
Baha.
7.
Persidangan dilangsungkan sepantas kilat, dan tidak sampai 40 minit
keseluruhan masa termasuk ucapan ketua cawangan. Pukul 3 petang
kesampaian YB Razi ke balairaya Sg Jelutong. Jam 4.10 minit, saksi
telah melihat konvoi YB Razi dan para penyokongnya sampai ke pejabat
Dun di Taman Putra Batu Kikir.
Demikianlah
"al kisah" sebahagian dari senario yang berlaku hasil dari
kepimpinan dan kerja-tangan seorang yang bertaraf Ahli Yang Berhormat
di zaman UMNO dikatakan sedang menjalankan proses transformasi
politik bagi menarik kembali minat dan sokongan kalangan generasi
muda melayu yang semakin jauh dari UMNO.
1.
Seorang pemimpin bertaraf YB dan bendahari UMNO bahagian yang
diharapkan menyumbang kepada perpaduan ahli dan masyarakat kampong
telah bertindak menjadi penyumbang terbesar kepada perpecahan yang
semakin melebar.
2.
Seorang pemimpin bertaraf YB yang juga pemimpin bahagian yang
seharusnya menjadi pelopor kepada pengukuhan sokongan terhadap UMNO,
sebaliknya telah melakukan suatu perbuatan yang boleh melemahkan UMNO
dan boleh menyebabkan UMNO akan terus dibenci oleh ahli dan juga
masyarakat.
3.
UMNO yang sangat berjasa dan begitu besar peranannya untuk bangsa
melayu, tetapi berpotensi besar untuk dijauhi dan dibenci oleh
orang-orang melayu hanya disebabkan tindakan dan perlakuan kotor dan
jijik seorang yang telah diberi amanah oleh pucuk pimpinan untuk
berkhidmat membantu rakyat, ahli parti dan seterusnya memastikan UMNO
terus disokong dan diperkuatkan demi masa depan agama, bangsa dan
tanah air.
4.
Seorang ahli Yang berhormat yang begitu takut kepada bayang sendiri
dan begitu fobia kehilangan jawatan yang hanya bertaraf "Ketua
Cawangan", tetapi demi mengekalkan jawatan, ahli Yang Berhormat
ini sanggup meleraikan perpaduan, menggadai keharmonian dan
menghilangkan perasaan "aman" di setiap jiwa penduduk
kampong.
5.
Hari ini, hasil dari tindakan primitif seorang ahli Yang Berhormat,
semua nikmat ini segalanya sudah lenyap dari kehidupan masyarakat di
Kg Sg Jelutong.
No comments:
Post a Comment