Jika
bukan kereta Datuk Suhaimi , kereta siapa yang SPRM pi
rampas ?? Wartawan bukan boleh suka-suka pi lapor kereta
ini milik orang itu ini .
Apakah
ini game politik SPRM untuk mengenakan pemimpin UMNO menjelang
pemilihan ?? Adakah Suhaimi hanya menjadi kambing hitam ??
Bekas
setiausaha politik kepada bekas menteri kabinet Datuk Suhaimi Ibrahim
menafikan laporan akhbar pada Rabu bahawa sejumlah kereta mewah yang
dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah
milik beliau.
Suhaimi merupakan
setiausaha politik kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sewaktu
Shahrizat menjadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga &
Masyarakat.
"Tidak satu
pun kereta saya ditahan oleh SPRM," katanya di sini pada Rabu.
Suhaimi juga
mendakwa bukan beliau seorang sahaja yang dipanggil oleh SPRM
berhubung siasatan berkaitan satu projek kerajaan, tetapi juga
beberapa individu lain.
SPRM baru-baru
ini mengesahkan suruhanjaya itu sedang menjalankan siasatan mengenai
perkara tersebut dan telah memanggil seorang bekas setiausaha politik
untuk membantu siasatan. - BERNAMA
Baca info seterusnya: di sini
No comments:
Post a Comment