Zamihan
Md. Zain ketika menyampaikan ceramah dalam Seminar Mendepani Virus
Syiah
di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur, semalam
Malaysia
memerlukan undang-undang berbentuk pencegahan seperti Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat bagi menangani
isu-isu berkaitan Syiah.
Penolong
Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Bahagian Keselamatan dan
Ketenteraman Awam), Dr. Zamihan Md. Zain berkata, ISA pada era
pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad digunakan untuk
menahan pendokong-pendokong Syiah tegar dan tindakan itu berjaya
menyekat ajaran Syiah daripada terus berkembang.
Menurut
beliau, perkara tersebut berdasarkan pengalamannya sendiri sebagai
pegawai yang menguruskan tahanan-tahanan ISA ketika itu.
"Sebab
itu kita mencadangkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah
Khas) 2012 berperanan sebagai pencegahan ideologi ekstremis. Secara
peribadi saya menyokong ISA kerana mampu menjadi undang-undang
pencegahan paling berkesan terutama dalam menangani kes-kes seperti
ini (Syiah)," katanya.
Beliau
berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Modus
Operandi Gerakan Syiah dan Ancamannya Kepada Kestabilan Negara dalam
Seminar Mendepani Virus Syiah di Dewan Muktamar, Pusat Islam di sini
hari ini.
Seminar
itu dianjurkan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Islam
(Muafakat) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan kerjasama
Jabatan Mufti Terengganu serta Jabatan Mufti Sabah.
Zamihan
berkata, dengan adanya undang-undang berbentuk pencegahan pihak
berkuasa mempunyai kuasa mendepani sebarang isu termasuk penyebaran
fahaman Syiah di peringkat awal.
Menyentuh
perkara sama, beliau turut meminta pihak berkuasa agama negeri-negeri
memperhebat operasi menggempur markas-markas Syiah tanpa berasa
gentar.
Beliau
berkata, sejak Syiah diwartakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan
pada 1984 dan 1997, usaha-usaha penguatkuasaan tidak banyak
dilakukan.
"Setakat
ini, sebanyak 10 negeri mengharamkan Syiah dan tiga negeri lagi dalam
proses pewartaan dan kini agensi penguatkuasaan agama perlu
menjalankan peranan mereka dengan lebih agresif," katanya.
Menurut
beliau, Syiah merupakan isu akidah dan semua pihak perlu bersama-sama
menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan lebih berkesan
serta tidak berkompromi.
No comments:
Post a Comment