The
Malay Mail
hari ini memuatkan rencana-rencana berikut yang dipetiknya dari
Malaysiakini:
- ‘MACC probes another NFC-style case’ (m.4)
- ‘Umno Youth finds movie irksome’ (m.8) – — [tentang filem 'The New Village']
- ‘PAS: We have no links to Shiite teachings’ (m.8)
- ‘Protesters seek help to raise bail’ (m.11) — [tentang pendemo Perhimpunan Black 505]
- ‘Anwar angry at election petition dismissals’ (m.12)
- ‘Stop ranting about shower canteen’ (m.15) — [tentang sudut pandangan masyarakat India terhadap SK Seri Pristana]
- ‘Don’t deprive the best of their dreams’ (m.17) — [tentang penuntut tidak ditawarkan kursus yang dipilih di IPTA]
- ‘Weighing
bone of contention’ (m.17) — [tentang
kes Alvivi]
Nota: Kandungan berita tempatan The Malay Mail hari ini juga dicedok daripada Bernama, The Malaysian Reserve dan FMT.
The Chinese Christian Female newspaper
Mengikut Audit
Bureau of Circulations (ABC), edaran suratkhabar-suratkhabar
bahasa Inggeris adalah seperti berikut (tempoh Julai-Disember 2012):
- The Sun — 302,477 naskah sehari (percuma)
- The Star — 288,916 naskah sehari
- The
New Straits Times
— 93,321
naskah sehari
ABC tidak
mencatatkan jumlah edaran The
Malay Mail.
The Malay
Mail telah
diambil alih pengurusannya pada tahun 2012 oleh Kumpulan Redberry
yang memacu suatu halatuju baru. Namun ianya ketara bahawa
suratkhabar tersebut bukan lagi diterajui lelaki “Melayu”.
Sebaliknya
ramai di kalangan wartawan kanan The
Malay Mail
– yang dikepalai Frankie D’Cruz – adalah beragama Kristian.
Begitu juga geng bekas The
Malaysia Insider
yang baru diserap masuk ke dalam Malay Mail Online kebanyakannya pun
pemberita wanita Kristian.
Taburan penduduk negara
Menjelang
tahun 2020, tiga-perempat daripada penduduk Semenanjung akan menghuni
di bandar. Umno dianggap sekadar sebuah parti orang kampung dan
peneroka Felda.
Kekuatan
Pakatan mengatasi kekuatan BN di Lembah Klang yang merupakan kawasan
bandar.
Salah satu
sebab mengapa suara Pakatan boleh berjaya disebar luas ialah hasil
cengkaman propaganda pembangkang ke atas penduduk bandar menerusi
pelbagai saluran multimedia yang dikuasai mereka.
Jadual
bawah: Orang bandar membaca The
Star
manakala orang kampung membaca Utusan.
Kawasan
paling padat penduduk ialah Selangor
(lihat peta di bawah).
Ia adalah
negara pengibar panji-panji
(flagship)
Pakatan di mana pengaruh BN kian hari kian luntur.
Sumber:
http://www.spad.gov.my
BN
ditenggalami arus media Inggeris
Pakatan mampu menang perang persepsi kerana hampir semua media cetak (kecuali NST) beserta media dalam talian, yakni portal berbahasa Inggeris, rata-rata dikuasai mereka.
Agensi berita asing tidak pula menjadikan akhbar Melayu seperti Utusan, Harian Metro, Kosmo! atau Sinar Harian mahupun Berita Harian sebagai bahan dan sumber rujukan.
Penceritaan (naratif) kebangsaan dicorak mengikut rentak Pakatan kerana media pro-pembangkang memang gila politik 24/7.
Media MCA sedia berkhidmat
Pusat-pusat bandar (lihat peta ‘conurbation’ atas) merupakan enjin penjana ekonomi. Kawasan-kawasan tersebut yang sedang berkembang maju juga memperlihatkan pertambahan pesat penduduk. Kawasan-kawasan ini adalah milik Pakatan.
The J-Star yang bertapak di bandar, contohnya, banyak membawa dakyah DAP.Idea pemikiran orang bandar yang mahukan “perubahan” pasti akan menular ke kawasan-kawasan luar bandar kelak.
The J-Star adalah pilihan popular penduduk bandar.
MCA harus dianggap tergamak mengkhianati BN kerana terus membela The J-Star si gunting dalam lipatan itu.
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment