Apa maksud Tony Pua menyeru ‘sertai saya berjuang
dan mengubah Malaysia supaya Cina menguasai kerajaan’? (Join me to fight & change Malaysia for
Chinese to Rule The Government).
Seruan ini terpampang di laman sosial miliknya
dengan begitu jelas sekali. Apakah ini
bermakna DAP telah mengambil keputusan untuk tidak berselindung lagi? Mungkinkah DAP kini telah bersedia
menunjukkan warna sebenar, iaitu rasis dan chauvinis?
Tidak
mustahil DAP sudah ‘letih’ berlakon dan melaungkan skrip kononnya ia adalah
parti yang mewakili semua kaum.
Lebih-lebih lagi apabila lakonan mereka telah beberapa kali terkantoi
terutama apabila manipulasi pemilihan CEC terbongkar.
Hakikat bahawa DAP adalah parti ‘dari kaum Cina,
untuk kaum Cina dan kerana kaum Cina’ sudah tidak boleh dinafikan lagi. Hanya Melayu dan India ahli DAP sahaja, yang
sama ada pura-pura tidak faham, atau benar-benar benak tidak mampu memahaminya,
yang masih menafikan hakikat ini.
Apa yang diseru Tony
Pua membuktikan bahawa semangat puak radikal yang mencetuskan tragedi 13 Mei
masih segar di dalam dirinya dan juga DAP.
Benarlah apa yang diperkatakan selama ini bahawa DAP itu adalah komunis
yang berjuang dalam bentuk parti politik yang sah.
Matlamat mereka
tidak pernah berubah iaitu untuk menguasai negara ini dan memaksa perubahan
mengikut acuan mereka, iaitu acuan komunis.
Ini bermakna tiada Islam sebagai agama rasmi, tiada Raja-raja dan tiada
Hak Istimewa Melayu.
Ini juga membuktikan
bahawa DAP bukannya menentang BN kerana ia korup atau tidak telus. Tetapi, DAP
menentang BN kerana ia diterajui UMNO iaitu parti yang mewakili Melayu.
Sekiranya BN diterajui MCA dan bukan UMNO, maka tidak mustahil DAP sudah lama
dibubarkan.
Kita menghargai
sikap terus terang Tony Pua.
Sekurang-kurangnya ada di kalangan DAP yang berani berjuang atas
matlamat yang sebenar tanpa bersikap hipokrit.
Cara ini adalah lebih ‘gentleman’ dan perlu dipuji.
Malah, kita wajar
berterima kasih kepada Tony Pua kerana rakyat kini dapat membuat pilihan dengan
lebih mudah. Sesiapa yang suka
diperintah oleh rasis Cina boleh saja memilih DAP dan yang tidak suka, tidaklah
akan terpedaya dengan slogan ‘parti untuk semua kaum’ seperti yang dilaungkan
sebelum ini.
Berdasarkan bukti
sifat rasis dan semangat radikal yang diwarisi dari nenek moyang mereka,
wajarlah diingatkan agar masyarakat lebih berhati-hati dengan DAP. Tentu ada
sebab kenapa mereka inginkan penjenayah dibebaskan melalui penghapusan Akta
Pencegahan dan ada sebab kenapa mereka turut mendesak yang sama ke atas Akta
Hasutan.
Ada sebab mereka
terlalu takutkan Tanda Putera dan ada sebab mereka membikin filem The New
Village yang menjulang komunis sebagai wira.
Jangan kita terlepas
pandang akan pengajaran dari sejarah kerana mereka yang gagal belajar dari
sejarah akan dihukum mengharunginya berkali-kali. Bukan kita ingin menuduh DAP sedang merancang
anarki tetapi tidak salah kita mengambil sikap ‘paranoid’ terhadap DAP kerana
mencegah adalah lebih baik dari tengadah.
Wahai orang melayu dalam pakatan, sekarang
sudah terang lagi bersulu, DAP komunis sudah tunjuk belang dan kecinabengan
mereka, lagi mau sokong ka? Buta ka korang ni?
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment