Wednesday, October 9, 2013

Apabila @malaysiakini Lancar 'Perang' Ke Atas @Zahid_Hamidi#VIDEO INSIDE ANWAR MARAH WARTAWAN


Gambar ini adalah laman utama portal Malaysiakini pada semalam, 7 Oktober 2013. Nama dan gambar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertaburan di segenap ruang portal tersebut – dari tajuk dan kandungan berita, komen sehinggalah pada ruang pendapat – banyaknya berkisar mengenai Menteri Dalam Negeri itu.

Sepintas lalu, kita akan tertanya-tanya bila agaknya kali terakhir sebuah portal berita memberi “liputan” sebegitu luas kepada seorang politikus sehingga semua berita mengenai Zahid dijadikan tajuk utama dan ada pula diangkat sebagai liputan ‘Eksklusif’ – menenggelamkan isu nasional lain seperti susulan laporan Ketua Audit Negara.

Namun, “liputan meluas” itu pasti tidak menggembirakan Zahid. Semuanya memberi konotasi yang negatif terhadap kepimpinannya sebagai Pak Menteri. Misalnya berita bertajuk ‘Kita dapat bukti kita tembak dulu’ menggambarkan KDN yang dipimpin Zahid cenderung dengan polisi membenarkan penjenayah ditembak dahulu tanpa siasatan lanjut.

Berita itu juga memetik kenyataan Zahid mengenai insiden polis menembak lima anggota kumpulan kongsi gelap India di Pulau Pinang baru-baru ini. Berita itu boleh sahaja menimbulkan kemarahan pembaca terutamanya yang berketurunan India.

Berita “Pesan Zahid pada kawan-kawan Tiga Line” pula seperti sengaja diolah untuk menggambarkan Zahid menyebelahi kumpulan ‘Tiga Line’ yang diumumkan sebelum ini sebagai salah satu kumpulan jenayah Melayu. Tajuk itu diangkat walaupun Malaysiakini menyebut beberapa kali dalam berita itu bahawa Zahid berjenaka dan berseloroh ketika bercakap mengenai Tiga Line dalam majlis tersebut.(Apa yang khalayak maklum dan difahamkan "Tiga Line" sebagai sahabat, adalah Pertubuhan Kebajikan Dakwah dan Islamiah Malaysia atau PEKIDA).  Manakala Tiga Line yang disenaraikan pihak PDRM sebagai kumpulan gangster adalah kumpulan yang menciplak nama dan logo NGO tersebut yang memberikan persepsi buruk dimata masyarakat

Malaysiakini turut menemubual bekas wartawan veteran, Peter Kandiah yang dipetik portal itu mendakwa Zahid sebagai “orang gila dan sakit”. Kandiah menyebut bahawa “pada zaman bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad tidak begitu buruk”. Berita tersebut ditulis dengan tajuk “Zahid lebih teruk dari Dr M”.

Begitu juga tajuk-tajuk lain seperti “Apa yang Zahid sembunyikan?”, “Bagaimana Zahid ancam media?” dan “Lagi amaran Zahid pada wartawan” – semuanya menceritakan bagaimana Malaysiakini seolah-olah ‘melancarkan perang’ ke atas Naib Presiden UMNO itu.

Ironinya, senario panas ini bermula selepas insiden Zahid bertindak berang dan memberi amaran kepada seorang wartawan Malaysiakini kerana mendakwa kenyataannya sering diputarbelit oleh portal berkenaan.

Malaysiakini kemudiannya memuatnaik video insiden tersebut yang menampakkan Zahid dengan beremosi menegur wartawan berkenaan dengan kata-kata seperti: “Saya tidak percaya kepada Malaysiakini, anda (wartawan Malaysiakini) boleh tulis itu, saya tak percaya langsung.” dan “You always spin… U bagus tapi U punya boss tak bagus…”

Dalam satu kenyataan selepas itu, pihak pengurusan Malaysiakini meminta Zahid supaya menghentikan cubaan untuk menakut-nakutkan wartawannya. Video itu disebarluaskan dalam laman-laman sosial dan dijadikan modal oleh pemimpin parti pembangkang menghentam Zahid yang didakwa ‘tidak profesional dan berlagak samseng’.

Malaysiakini kemudiannya menyiarkan temubual dengan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ), Chin Sung Chew yang dipetik portal itu sebagai berkata Zahid perlu menghentikan perbuatan “tidak bertamadun” terhadap wartawan yang bertanya soalan kepadanya.

Peliknya, Malaysiakini begitu sensitif terhadap teguran atau yang disebut portal itu sebagai “amaran” Zahid kepada wartawannya sedangkan satu Malaysia tahu ada pemimpin yang pernah bersikap jauh lebih buruk dengan mencerca wartawan dengan kata-kata kesat, malah sanggup memalukan mereka dengan cara yang sangat tidak bermaruah.

Pemimpin pembangkang termasuk ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup dikenali dengan sifat ‘garang’ jika ada mana-mana wartawan bertanya soalan atau isu yang tidak memihak kepadanya.

Wartawan Malaysiakini sepatutnya bersyukur kerana tidak pernah dibidas dengan cara lebih memalukan seperti dialami wartawan terutamanya dari Utusan Malaysia, TV3 dan Agenda Daily – antara media yang biasanya tidak dialu-alukan pada majlis anjuran pembangkang, malah biasa dihalang terus daripada membuat liputan.

Seorang wartawan Sinar Harian, Salmiah Druhamad Drahsin dalam versi online akbar itu semalam menulis mengenai pengalamannya melihat sendiri wartawan daripada organisasi media berkenaan dicemuh dan disindir oleh pemimpin pembangkang, sehingga satu tahap boleh menjatuhkan air muka mereka.

Salmiah berkata: “Wartawan-wartawan yang sedang mencari rezeki ini digelar ‘kaki pusing’, ‘perkakas UMNO’ dan macam-macam lagi bergantung di mana agensi berita mereka bekerja.

Tambahnya: “Dialog Zahid “you always spin… u bagus tapi u punya boss u tak bagus…” bukanlah dialog janggal atau asing. Bukan penulis tidak pernah mendengar wartawan Utusan Malaysia, TV3 “dikenakan” lebih teruk daripada itu.

Saya percaya, wartawan dan pihak pengurusan Malaysiakini, bahkan Presiden NUJ mengetahui hakikat tersebut. Kalau ungkapan Zahid itu cukup untuk menggelar beliau sebagai tidak profesonal, samseng, orang gila, sakit; bagaimana pulang dengan ungkapan-ungkapan berikut?

“You ulang (tanya) i saman you”
“Dah habis soal? ok now shut up!”
“Kenapa tanya saya? You sudahlah (sambil tolak mikrofon wartawan)
“Siapa bayar you tanya soalan ni?”
“Wartawan apa ini? Ini soalan perkakas UMNO”


    



Sebagai makluman, Portal Malaysiakini  mengakui menerima Dana NED & Soros, iaitu sumbangan dari NED (National Endowment for Democracy.Baca di sini dan sini

Menurut Premesh, Malaysiakini menubuhkan Seacem pada tahun 2004 untuk membantu masyarakat sivil dan organisasi media dalam talian yang belum matang di Asia untuk menggunakan teknologi baru bagi menggalakkan kebebasan akhbar, hak asasi manusia dan demokrasi.

“Seacem telah melatih organisasi berkenaan tentang bagaimana hendak membina laman web yang lebih baik, meningkatkan keselamatan dalam talian, menggunakan media sosial, membangunkan produk video dan bidang-bidang lain yang berkaitan dengan media baru.

“Malaysiakini adalah laman web pertama seumpamanya di rantau ini dan Seacem adalah cara terbaik untuk kami berkongsikan kepakaran kami yang telah dibangunkan sejak 13 tahun lalu,” kata Premesh dalam kenyataan media 21 September.

Premesh menjawab laporan media mengenai kontroversi berkaitan pembiayaan dana yang disediakan oleh NED yang beribu pejabat di Washington kepada kumpulan hak asasi manusia Suaram dan pelbagai kumpulan lain di Malaysia, termasuk Malaysiakini.

Baca seterusnya : di sini


No comments:

Post a Comment