LABU 9 Okt - DAP disifatkan sebagai parti samseng
ekoran serangan dan halangan yang dikenakan petugas Jawatankuasa Eksekutif
Pusat (CEC) DAP terhadap Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi David Dass Aseerpatham.
Menurut David, sekumpulan petugas CEC yang
memakai baju berwarna merah telah menyerang dan menghalang beliau yang sedang
ditemubual pihak media di Kongres Khas DAP akhir bulan lepas.
"Saya telah diserang dari belakang dan telah
ditumbuk supaya tidak memberi komen kepada pihak media.
"Salah seorang petugas (CEC) bertutur dalam
bahasa Cina mengarahkan (sekumpulan petugas) untuk menyerang saya,"
katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Jelas David, beliau yang diterangkan oleh salah
seorang rakan yang fasih berbahasa Cina menjelaskan petugas CEC tersebut
mengarahkan pengikutnya untuk tidak menyerang David dihadapan media tetapi di
perkarangan hotel.
Tambahnya, DAP kini dipenuhi oleh samseng dari
kalangan penyokong berbangsa Cina.
Ujarnya, kejadian yang berlaku di One World Hotel
pada 29 September lalu telahpun dimaklumkan kepada pihak polis.
"Kerana bimbangkan keselamatan diri dan
keluarga saya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.
ujarnya.
Beliau kemudiannya mempertikaikan keputusan CEC
DAP ekoran terdapat pelbagai unsur meragukan dalam usaha mengekalkan pemerintah
tertinggi parti
No comments:
Post a Comment