Sunday, October 27, 2013

Cerita Pasal Gula yang Rakyat Malaysia Wajib Tahu !


Pengurangan subsidi gula yang diumumkan oleh PM dalam belanjawan yang dibentangkan baru-baru ini bagi penulis bukanlah satu masalah yang besar pada rakyat. Berapa banyak sangat lah yang rakyat beli gula dalam tempoh sebulan ? Penulis sendiri guna 1kg gula untuk tempoh 2 bulan . Kalau melepak di kedai mamak pun minum air kosong atau pun kopi-o kurang manis , tu pun sebab nak sedapkan hati mamak , takkan lah nak melepak minum air kosong je .. hehe.  Apa pun bagi penulis rakyat tak perlu 'melompat' dengan pengurangan subsidi gula . Tapi kita tahu peniaga-peniaga makanan akan ambil kesempatan untuk menaikkan harga jualan mereka, terutama kuih muih yang manis ni, apa susah boikot je atau memang tabiat rakyat Malaysia ni suka 'consume' bahan-bahan makan yang manis ni ? Peniaga-peniaga kueh buat kueh seolah-olah terjumpa lori gula terbalik. Malah Persatuan Perubatan Malaysia memuji langkah menghapuskan subsidi harga gula.Baca di SINI.


Sebenarnya penulis pernah buat artikel pasal gula ni satu ketika dulu bagi menjawab statement 'bodoh' Mahfuz Omar yang mempersoalkan mengapa 'subsidi' gula perlu ditambah walaupun harga pasaran dunia turun. Rasanya elok lah di 'copy-paste' artikel lama ini untuk tujuan pemahaman rakyat Malaysia mengenai bekalan gula dalam negara .


Di Malaysia,ada 4 kilang pengeluaran gula yang utama iaitu ;

1. Malayan Sugar Manufacturing (MSM),Prai, Pulau Pinang
2. Central Sugar Refinery (CSR), Shah Alam, Selangor
3. Gula Padang Terap (GPT), Padang Terap, Kedah
4. Kilang Gula Felda Perlis (KGFP), Chuping, Perlis.



Dari rujukan ucapan Menteri Perdagangan dan Antarabangsa pada Jun 2010, 99 peratus bekalan gula diimport dari negara luar. Manakala hanya 1 peratus hasil tempatan.

Blogger Pro-PR WargaMarhaen meluahkan ketidakpuasan hati mereka kenapa harga gula ditingkatkan subsidinya untuk mengekalkan harga sedangkan sejak 6 bulan kebelakangan ni harga gula global makin menurun.Ahli ekonomi PAS , saudara Mahfooz Omar menyokong pandangan ini di timeline twitter (rujuk sini). (http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/01/harga-gula-terkini-2012-masih-kekal.html)

Aku setuju memang harga gula global semakin menurun sejak 6 bulan kebelakangan ni,tetapi cuba tengok graf di atas. Mungkin ramai yang dah lupa atau langsung tak tau harga gula yang ada sekarang adalah berdasarkan kontrak jangka panjang 3 tahun antara MSM/Kerajaan Malaysia dan pengeksport antarabangsa. Tempoh kontrak berakhir sepatutnya telah berakhir pada awal January 2012.  Sumber http://www.reuters.com/article/2012/01/26/malaysia-sugar-subsidy-idUSL4E8CQ49820120126



Pada tahun 2009, MSM/Kerajaan Malaysia telah berunding dengan pengeksport antarabangsa untuk menetapkaan harga gula pada paras 17.5 cents / pound . Dengan mengambil kira kadar tukaran USD dengan Ringgit ialah 3.4 (berakhir Dec 2009). Maka kontrak 3 tahun harga gula pada ketika itu ialah lebih kurang RM 1.313 / kg . (ini harga gula mentah (rawa sugar) yang belum diproses , takkan proses kat kilang 'free' je ? hehehe). Sekarang bila kontrak 3 tahun dah tamat, perjanjian harga gula pada paras 17.5 cents / pound tak valid dah .



Berakhir 2011 , harga gula global ialah pada paras 23.42 cents/pound . Ertinya untuk harga baru global ni kerajaan kena cover lagi 5.92 cents/pound untuk raw sugar saja, belum proses lagi tu. Jadi dengan mengambil kira tukaran USD dengan Ringgit pada ketika ini sbg 3.0 maka kerajaan dah cover lebih kurang RM 0.39/kg utk raw sugar saja. Mujur nilai USD sekarang bukan lagi 3.4 kalau tak kerajaan kena cover hingga RM 0.44/kg . Sehingga kini pihak MSM dan Kerajaan Malaysia masih berunding dengan pengeksport2 antarabangsa untuk satu lagi penetapan kontrak jangkapanjang untuk harga gula mentah.


Hmm sekarang dah faham kenapa harga gula turun tetapi subsidi kena tambah??? Hehehe lain kali buat analisis dari semua sudut sebelum serbu tak pakai helmet/sarban .
Jadi dengan penerangan dari artikel di atas , harap pembaca semua faham yang gula yang masuk ke Malaysia adalah gula yang di IMPORT . Dan kontrak perjanjian kerajaan Malaysia dengan pembekal gula antarabangsa dah lama tamat . Banyak kerajaan kena 'cover' dengan 'rate' yang baru ni . Daripada membazir bagi subsidi untuk gula lebih baik subsidi tu digunakan untuk bantu pembangunan-pembangunan berfaedah untuk rakyat.




No comments:

Post a Comment