Sunday, October 27, 2013

Permohonan maaf kepada Tun Dr Mahathir Mohamad – The Malaysian Insider


 http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/permohonan-maaf-kepada-tun-dr-mahathir-mohamad-the-malaysian-insider

Sejak akhir-akhir ini, the Malaysian Insider yang merupakan sebuah portal berita yang menyebelahi pihak pembangkang nampaknya semakin galak menyiarkan fitnah. Setelah dibaca lebih sejuta orang kemudian tarik balik penerbitan berita dan mohon maaf.

Sungguh senang dan tidak bertanggung jawab, "SERANG, FITNAH dan KEMUDIAN MINTA MAAF". Tidak di saman atau di dakwa di mahkamah. Duit tidak keluar, tetapi reputasi Muhriz telah hancur.

Setelah seluruh blog dan fb  memanjangkan fitnah yang diterbitkan oleh The Malaysian Insider bahawa Dr. Mahathir pernah salur RM200 untuk menang di pemilihan UMNO peringkat bahagian dan setelah reputasi Tun Mahathir dan Mukhriz hancur, semalam, portal pro pembangkang meminta maaf kepada Tun M.


Tohmahan, fitnah dan adu domba sudah menjadi seperti kemestian kepada portal akhbar ini. Hari ini sekali lagi portal The Malaysian Insider memohon maaf kepada Negarawan Tun Dr Mahathir kerana memfitnah beliau "salur RM200 untuk menang di peringkat bahagian".

Sebelum ini juga portal yang sama turut memfitnah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sebelum cepat-cepat memohon maaf selepas itu. Apakah terdapat dalang di sebalik portal berkenaan yang cuba menjatuhkan kredibiliti kedua-dua anak beranak ini? Apa pula motif di sebalik fitnah-fitnah ini?

Dalam 2 minggu ini sudah 3 permohonan maaf dilakukan oleh The Malaysian Insider. Satu kepada Datuk Mukhriz, satu kepada Khazanah Malaysia dan satu kepada Tun Dr Mahathir. Boleh tak CTS sarankan selepas ini tolonglah saman portal ini??? Wartawan dan editor yang menulis rencana berkenaan wajar didesak untuk meletakkan jawatan kerana mereka meletak etika kewartawanan di dalam longkang!

Selain sengaja memalit lumpur pada nama baik orang perseorangan, fitnah adalah peninggalan atau legacy gaya politik pembangkang yang menghancurkan asas perpaduan negara.

Inilah dikatakan bodoh tahap gaban.


No comments:

Post a Comment