Semalam semasa
perbahasan Bajet 2014 di Dewan Rakyat Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang
telah mendakwa kesan pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen oleh Kerajaan BN
akan membolehkan syarikat-syarikat gula melonjakkan keuntungan mereka di antara
20 hingga 24 peratus.
Berikutan lonjakan
keuntungan itu katanya, syarikat-syarikat gula akan meraih keuntungan tambahan
terkumpul mencecah RM1 bilion setahun. Agaknya kembang dada Anwar bila dapat
mendedahkan perkara itu, betul atau tidak belakang kira sebab lahirnya Anwar ke
dunia ini bukannya untuk membawa kebenaran.
Harga gula sebelum
subsidi dihapuskan ialah RM2.50 sekilo, itu harga selepas Kerajaan menanggung
subsidi sebanyak 34 sen. Maksudnya setiap kilo gula yang kita beli pada harga
RM2.50 Kerajaan BN terpaksa membayar 34 sen bagi setiap sekilo kepada syarikat
pengeluar gula.
Itu jugalah jumlah
subsidi yang Kerajaan perlu bayar bagi setiap kilo meskipun sebahagian dari
gula di pasaran dibeli dan dimamah sehingga menjilat jari oleh pendatang asing
yang bekerja di negara kita. Kekal 34 sen sekilo tetap perlu dibayar guna wang
saku Kerajaan untuk masuk ke poket syarikat pengeluar gula.
Oleh sebab subsidi
sebanyak 34 sen sudah dimansuhkan secara automatik harga gula sekarang menjadi
RM2.84 sekilo. Harga itu juga untuk pendatang asing dan harga yang sama jugalah
perlu dibayar oleh Anwar Ibrahim yang bergaji puluhan ribu ringgit sebulan.
Bila sudah demikian,
maka setiap kilo gula yang dibeli oleh pengguna, Kerajaan tidak perlu lagi
membayar kepada syarikat pengeluar gula. Hasilnya Kerajaan dapat menjimatkan
RM551.25 juta untuk tahun depan dan tiada lagi duit subsidi yang mengalir masuk
buta-buta ke kocek syarikat pengeluar gula.
Peningkatan
keuntungan yang ketara hanya akan berlaku kalau berlaku penurunan kos bahan
mentah atau wujudnya permintaan melampaui kebiasaan.
Jadinya, di mana
logik pengiraan Anwar yang mendakwa syarikat gula akan dapat tingkatkan
keuntungan tambahan sehingga RM1 bilion berikutan penghapusan subsidi 34 sen
sekilo? Tak wujud pun, sebaliknya angka itu hanyalah propaganda Anwar bertujuan
untuk membangkitkan kemarahan khalayak.
Apa jenis matematik
yang diguna pakai tak tahulah. Dari sudut mana pun difikirkan, penulis cuma
nampak dakwaan Anwar itu hanya menyerlahkan kebodohannya. Malangnya masih ada
lagi balaci PR yang teruja mencerna setiap propaganda Anwar tanpa terdetik
sedikit pun untuk memikirkan logik kebenaran.
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment