Tuesday, October 29, 2013

Belum Dengar Ada Yang Mati Kerana Tak Makan Gula


Bantahan penghapusan subsidi gula hanyalah mainan politik semata-mata.  Hakikatnya, setelah beberapa kali subsidi gula ini dikurangkan kerajaan (sehingga dihapuskan sekarang), penulis belum pernah dengar ada rakyat yang mati kerana kekurangan gula akibat tidak mampu membeli produk tersebut.  Jika ada sila beri satu contoh.

Malah ada orang yang mampu hidup lebih lama pun jika kurang makan makanan manis, ini fakta, bukan dongeng atau cerita bohong.

Sebab itulah agaknya di kedai-kedai makan yang penulis pergi, orang ramai macam itu juga. Malah warung mamak, mapley 24 jam (hanya di Malaysia) penuh macam tu juga sampai pagi  walaupun harga gula naik sebanyak RM 0.34 sen. Ini menunjukkan bantahan atas penghapusan subsidi gula ini bukan sebab bantahan itu benar-benar perlu, tapi sebab nak cari alasan untuk maki kerajaan, tidak lebih dan tidak kurang.

Dari apa yang penulis lihat sendiri, rakyat mampu menyerap kenaikan harga gula ini.  Rata-rata rakyat bukan guna seguni gula pun sebulan, paling tidak 2 kilo atau 4 kilo bagi keluarga yang besar sikit.  Apatah lagi, tahun lepas kerajaan telah menetapkan gaji minimum sebanyak RM 900, sebab itu penulis kata ramai yang mampu serap kenaikan tersebut.

Penulis sengaja ambil contoh pekerja gaji minimum sebab yang bunyi ini banyak bercakap kononnya mewakili golongan peringkat rendah, siapa yang beri mereka kuasa itu, tak tahulah.

Jadi cakap dari segi pekerja berpendapatan rendah ini, ramai dari mereka tak mampu nak makan di kedai tiap-tiap hari dan sepanjang masa waima sebelum harga gula naik, jadi kesan kenaikan harga di kedai, tidak begitu menyentuh kewangan mereka.

Lagipun makan di kedai adalah pilihan, bukan keperluan.  Sesiapa yang jadikan keperluan, itu tanggung sendirilah, apa nak salahkan kerajaan?  Kalau isteri sendiri malas nak masak, kenapa kerajaan pulak yang kena maki?

Senang cakap macam inilah, selagi rakyat Malaysia ini ada wang untuk membayar perkara-perkara yang bukan keperluan seperti ASTRO, aircond, beli nombor, hisap rokok, minum todi, rumah urut dan sebagainya, selagi itulah mereka mampu menyerap segala pengurangan subsidi oleh kerajaan.

Orang Palestin sana apa subsidi pun tak ada, tapi mereka hidup juga.

No comments:

Post a Comment