Nampaknya sudah
tersebar luas cerita kurang tepat tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST)
yang akan diperkenalkan kerajaan tak lama lagi, walhal fakta sebenar tidak
dihebahkan.
Di sini, saya ingin
bidas beberapa gambaran palsu tentang cukai itu dan memberikan pembaca
perspektif tepat mengenainya.
Perkara pertama
perlu diingat ialah GST hanyalah antara tindakan yang dilaksanakan kerajaan
bagi menyusun semula sistem kewangan negara untuk mencari sumber hasil baru dan
memperkemas kaedah kutipan cukai.
Selain itu, langkah
lain juga sedang diambil termasuklah membanteras rasuah, membasmi pembaziran
serta mewujudkan proses pemerolehan yang telus.
GST adalah
sebahagian program peningkatan secara menyeluruh dengan penggabungan tindakan
lain oleh kerajaan, bertujuan mencapai matlamat sebagai negara maju dan
berpendapatan tinggi secara mapan serta menyeluruh menjelang 2020.
Buat masa ini, asas
rangkuman cukai kita terbatas iaitu terlalu bergantung kepada cukai pendapatan,
baik cukai korporat mahupun cukai individu.
Jumlah penduduk Malaysia mencecah 29 juta tetapi bilangan yang membayar cukai pendapatan kurang daripada dua juta orang.
Takkan individu dan
badan korporat yang sama diminta membayar cukai berkali-kali, malah didesak
lagi membayar cukai lebih?
Kita cuma boleh berharap mereka dapat menjelaskan lebih cukai bila pendapatan mereka bertambah.
Sudah tentu jika
kita tidak memperluas asas cukai, tidak mungkin sebarang potongan terhadap
cukai pendapatan dan korporat dapat dipertimbangkan.
Pelbagai sebab yang mendorong kita memperbesar asas cukai, antara lain adalah hasil pendapatan yang tidak dilaporkan.
Baca selanjutnya : di sini
No comments:
Post a Comment