Kalimah ALLAH dalam pelbagai
tulisan
Rupanya masih ada lagi
dikalangan mereka yang mengaku Islam diluar sana yang menjadi keliru dan beku
dalam isu kalimah ALLAH. Pelbagai persoalan dilontarkan sehingga ada yang
melakukan syirik tanpa menyedarinya. Lebih parah ada yang menjadi kufur tanpa sedar.
Semuanya akibat
mempolitikkan isu ini. Ada yang terlalu ghairah nak mencari populariti, walau
bergelar agamawan dan ilmuwan dengan ijazah berjela sampai PhD pun ada; tetapi
tenggelam dalam kesyirikan dan kekufuran. Mereka bukan sahaja syirik dan kufur,
malah mensyirikkan dan mengkufurkan pengikut dan penyokong mereka,
na'uzubillah.
Antara isu dan persoalan
yang mereka bangkitkan untuk menghalalkan kristian mengguna-pakai kalimah ALLAH
adalah seperti berikut:
1. 'Arab kristian dah lama
pakai!
Tiba-tiba semua orang jadi
pakar bahasa 'arab. Siap dengan segala analisa dan kupasan, tanpa sedikit pun
menyedari bahawa bahasa 'arab dan bahasa Melayu sangat berbeza.
Dalam bahasa 'arab,
terjemahan bagi perkataan 'god' ialah 'allah'. Ini kerana sejak Adam a.s lagi,
perkataan god yang diketahui mereka ialah allah.
Kalimah ALLAH dalam bahasa
arab ditulis seperti berikut: الله
Bagi kita orang Melayu,
kita boleh membezakan antara nama am dengan nama khas melalui tulisan, walaupun
ejaan dan bunyinya sama. Contohnya:
Perkataan 'bush' dengan
'Bush'.
Apa perbezaan antara kedua
perkataan ini?
Ejaan dan bunyi sama
sahaja. Tetapi bila melihat tulisan perkataan 'bush', kita orang Melayu terus
faham itu adalah 'nama am' bermaksud semak.
Tetapi bila melihat
tulisan 'Bush', kita tahu itu nama khas, nama orang, nama bekas Presiden
Amerika!
Bahasa Melayu membezakan
'nama am' dengan 'nama khas' melalui penggunaan huruf kecil dan huruf besar.Tetapi
dalam bahasa arab, tidak ada perbezaan penulisan perkataan.
Perkataan nama khas
'Allah' dan nama am 'allah' ditulis sama sahaja iaitu: الله
Orang arab bila melihat
tulisan itu mereka faham. jika yang menyebutnya bukan Islam, mereka faham itu
terjemahan nama am bagi perkataan 'god'. Atau dalam tulisan rumi, mereka faham
'allah' itu ialah ganti nama am perkataan 'god'.
Tetapi bila yang
menyebutnya Muslim, orang Islam, mereka faham itu nama khas bagi God; atau
lebih tepat dalam tulisan rumi bahasa Melayu 'ALLAH'.
Itulah perbezaannya. Ini
namanya 'uruf al-balad. Kefahaman setempat. Apa yang difahami di Arab tidak
sama dengan apa yang difahami di Malaysia. Walaupun perkataan itu sama. Bila
orang arab sebut haram, itu mereka faham sebagai Mekah atau Masjid Nabawi. Tetapi
orang Melayu faham lain.
Bila orang Indonesia sebut
'Bapak Anuar membutuhkan Pak Khalid', orang Indonesia faham Bapak Anwar
memerlukan Pak Khalid. Tetapi bagi Melayu Malaysia, itu maksudnya Bapak Anuar
meliwat Pak Khalid (perumpaan sahaja tidak ada kena mengena dengan sesiapa
samada yang hidup apatah lagi yang dah padam)!
Lain padang, lain
belalang. Lain tempat, lain kefahamannya. Itulah 'uruf al-balad.
Sebab itu kita tidak boleh
kata memandangkan kristian arab pakai kalimah 'allah', maka kristian Malaysia
sini pun boleh pakai. Bagi orang arab, ini persoalan bahasa. Bagi kita ini soal
aqidah, nama ketuhanan.
2. Jadi apa nama tuhan
yang digunakan oleh arab kristian?
Sebab itu bila kita tanya
orang kristian arab apa nama tuhan dia, mereka tidak akan sebut 'ALLAH'.
Sebaliknya mereka akan sebut seperti berikut:
بِاسْمِ الآبِ وَالاِبْنِ وَالرُّوحِ الْقُدُسِ
Atau dalam tulisan rumi ditulis seperti berikut: Bismil-Ābi wal-Ibni war-Rūḥil-Qudus; Dengan nama Tuhan Bapak, Tuhan Anak dan Ruh Kudus; In the name of The Father, The Son and The Holy Spirit!
Dan orang arab kristian
tidak menggunakan nama 'Jesus' sebaliknya mereka menggunakan perkataan Al-Masīḥ
atau أَلْمَسِيح atau Yasu - iaitu terjemahan perkataan atau Yeshua dalam bahasa Hebrew.
Jadi kita orang Melayu
tidak sepatutnya keliru atau dikelirukan dengan hujah sesat menyatakan
memandangkan kristian 'arab boleh pakai kalimah allah, maka kristian Malaysia pun
boleh guna! Itu adalah pendapat yang sesat lagi menyesatkan!
3. Kenapa kristian tidak
terjemah gantinama 'god' dengan perkataan lain?
Itulah yang menjadi
persoalannya sekarang. Perkataan 'god' dalam Bahasa Inggeris sepatutnya dan
betulnya bila diterjemahkan ke Bahasa Melayu ialah dengan menggunakan perkataan
'tuhan', bukan 'allah'.
Kita orang Melayu tidak
terjemah perkataan 'God The Father, God The Son & God The Holy Spirit'
dengan 'Allah Bapak, Allah Putra & Allah Roh Kudus'.
Kita tahu itu tidak betul.
Sepatutnya diterjemahkan dengan betul ke Bahasa Melayu dengan perkataan 'Tuhan
Bapak, Tuhan Anak & Tuhan Roh Kudus'. Itu baru betul!
Atau mereka boleh terjemah
menggunakan perkataan Hebrew iaitu Eli atau Eloi atau Elohim (semuanya bermakna
'god' dalam bahasa Hebrew dan memang digunakan dalam Kitab Perjanjian Lama
sehingga sekarang). Maka ia akan jadi 'Eli Bapak, Eli Putra & Eli Roh
Kudus'.
Kenapa mereka berdegil
mahu terjemah perkataan 'god' dengan menggunakan kalimah ALLAH saya pun tidak
tahu! Adakah mereka mempunyai agenda tersirat?
Tetapi kalau ikut
pendedahan majalah mereka sendiri Christianity Today (dikeluarkan di Chicago,
Amerika Syarikat terbitan bulan Julai 2009) yang dengan jelas menyatakan
“penggunaan kalimah Allah (dalam terjemahan versi Melayu-Indonesia) adalah
suatu usaha strategik kalau bertujuan untuk membuatkan mereka meemahami siapa
Christ! Jika kalimah ALLAH tidak digunakan akan menyebabkan umat Islam tidak
akan membaca Bible!”.
(sila rujuk
www.christianitytoday.com/ct/2009/august/14.15.html di mukasurat 2).
4. Habis macam mana
kristian nak nyanyi lagu Negeri Kedah?
Ada yang lebih teruk berhujah, kalau macam tu kristian dan non-muslim lain tidak boleh lah menyanyikan lagui negeri Kedah!!!
Ada yang lebih teruk berhujah, kalau macam tu kristian dan non-muslim lain tidak boleh lah menyanyikan lagui negeri Kedah!!!
Lirik Lagu Kebesaran
Negeri Kedah
Allah Selamat Sultan
Mahkota
Berpanjangan Usia Di Atas
Takhta
Memelihara Agama Nabi Kita
Negeri Kedah Serata-rata
Saya sampai menggelengkan
kepala bertanya, awat lah hangpa boleh jadi bengong sampai macam tu?
Jawapannya mudah sahaja.
Dalam konteks lirik lagu Negeri Kedah diatas, kalimah ALLAH dalam lirik ALLAH
selamat Sultan Mahkota itu membawa maksud ALLAH Hu-Ahad, ALLAH Maha Esa, ALLAH
Yang Satu.
Sesiapa pun yang menyanyi
lirik lagu itu faham, atau kena faham ianya membawa maksud ALLAH-Hu-Ahad, ALLAH
Maha Esa, ALLAH Yang Satu! Ia tidak pernah bermaksud, dan tidak diniatkan
sebagai Allah-Hus-Salis, Allah Tiga Dalam Satu, Allah Triniti, Allah Bapak,
Allah Putra & Allah Ruh Suci!!!
Bukan...bukan...bukan!!!
Ada juga memberi hujah
yang kurang cerdik; habis polis bukan Islam pakai lambang atau lencana ada
kalimah 'ALLAH' macam mana?
Sekali lagi, seperti
soalan lagu Negeri Kedah, kalimah ALLAH yang tertera di lencana polis, tentera
atau mana-mana di Malaysia ini membawa maksud ALLAH-Hu-Ahad, ALLAH Maha Esa,
ALLAH Yang Satu. Ia tidak pernah bermaksud, atau diniatkan sebagai Allah-Hus-Salis,
Allah Triniti, Allah Tiga Dalam Satu, atau Allah Bapak, Allah Putra & Allah
Ruh Kudus!!!
Samada yang memakai
lencana tertera kalimah ALLAH itu bangsa Melayu, Cina, India, Punjabi, atau
beragama Islam, Kristian, Hindu, Budha, Sikh atau Tao; maksud kalimah ALLAH
dilencana atau lambang polis, tentera dan lain-lain itu ialah ALLAH-Hu-Ahad,
ALLAH Maha Esa, ALLAH Yang Satu!
6. Dalam Al-Quran kafir
sebut kalimah ALLAH!
Ini hujah yang cukup
popular dikalangan peliwat democrazy dan para parasit pelesit dan yang sewaktu
dengannya!
Mereka akan mencemek bibir
sambil berkata, Allah sendiri berfirman dalam Al-Quran seperti berikut:
'Dan sesungguhnya jika
engkau (Muhammad) bertanya kepada mereka (kafir dan musyrik) itu: Siapakah yang
menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan(untuk
faedah makhluknya)?. Sudah tentu mereka akan menjawab ALLAH. Maka bagaimana mereka
tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan ALLAH dan
memtauhi perintahNya?'.
Maka bertempiklah para
peliwat democrazy dan parasit pelesit dengan penuh ketakburan! Tengok, ALLAH
sendiri kata kafir guna kalimah ALLAH dalam menjawab soalan yang ditanya!
Dalam ayat-ayat seperti
ini, kalimah ALLAH digunakan dalam bentuk rubbubiyah; dalam bentuk sifat. Sifat
ALLAH sebagai pencipta langit, sifat ALLAH sebagai pencipta bumi, sifat ALLAH
sebagai penurun hujan, sifat ALLAH sebagai pemberi nyawa, sifat ALLAH sebagai
pencipta matahari, bulan, bintang, cakrawala, lembu, unta, dan macam-macam lagi
sifat ALLAH.
Kalau non-Muslim hendak
menggunakan kalimah ALLAH dalam bentuk rubbubiyah, pakailah. Kita tidak ada
masalah. Cuma jaga adab dan syarat penggunaan. Seperti jangan pakai dalam
toilet, jangan pakai sambil nak beli nombor ekor, jangan guna masa nak berliwat
atau berzina, jangan pakai masa nak makan babi, dan lain-lain syarat seperti
yang ditetapkan syara'.
7. Habis tu, kenapa kita
larang kristian gunakan kalimah ALLAH?
Kita menentang kristian di
Malaysia ini guna kalimah ALLAH kerana mereka mahu memakainya dalam bentuk
uluhiyyah, iaitu dalam bentuk i'tiqad atau aqidah.yang syirik dan kufur!
Iaitu mereka mengatakan
ALLAH itu Allah-Hus-Salis, Allah Triniti, Allah Tiga-Dalam-Satu, Allah Bapak,
Allah Anak & Allah Ruh Kudus.
Mereka telah, samada
dengan sengaja atau tidak, telah menyalahgunakan kalimah ALLAH!
Mari kita lihat bagaimana
contoh-contoh kalimah ALLAH yang telah disalahgunakan untuk membawa maksud yang
mensyirikkan, bahawa kalimah ALLAH itu adalah Allah-Hus-Salis, Allah Triniti –
Tuhan Tiga Dalam Satu iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Ruh Kudus.
1.Disebut dalam terjemahan
Al Kitab (ms 197 ayat 25-27) “Akulah yang memberi hidup dan membangkitkan orang
mati”, kata Yesus kepada Marta. “Orang yang percaya kepada Ku akan hidup,
walaupun ia sudah mati. Dan orang hidup yang percaya pada Ku, selama-lamanya
tidak akan mati. Percayakah engkau akan hal itu. “Tuhan,” jawab Marta, “saya
percaya Tuhan Anak Allah, Raja Penyelamat yang akan datang kedunia ini”.
2.Disebut alam terjemahan
Al Kitab (ms 379 ayat 9) “jika Peti Perjanjian itu dibawa kearah negerinya
sendiri, iaitu Bet-Semes, itu bererti bahawa Allah orang Israellah yang telah
mendatangkan celaka yang hebat itu kepada kita. Tetapi jika pedati itu tidak
menuju kesana, kita akan tahu bahwa musibah itu bukan dari Allah Israel,
melainkan kebetulan saja”;
3.Disebut dalam terjemahan
Al Kitab (ms 246 ayat 13) “hormatilah TUHAN, Allahmu, dan berbaktilah kepada
Dia sahaja, dan bila kamu bersumpah, lakukanlah demi nama Nya saja”;
4.Lafaz dalam upacara
baptis berbunyi “saya membaptiskan kamu dengan atas nama Allah Bapa, dengan
atas nama Allah Putera dan dengan atas nama Allah Ruh Kudus”;
5.Risalah menyebut
“Rencana Allah Untuk Menyelamatkan Kita Dari Dosa Ialah Dengan Mengutus Anaknya
Yang Tunggal”;
6.Risalah menyebut “Yesus
Adalah Allah Dalam Bentuk Manusia”;
7.Risalah bertajuk “Allah
Pilih Pemimpin” menceritakan ketuhanan triniti;
8.Risalah bertajuk “Firman
Allah Hidup” menceritakan tentang bible;
9.Risalah bertajuk “Jalan
Kepada Allah” menceritakan tentang pengutusan Jesus;
10.Nama sebuah gereja
iaitu Gereja Katolik Santa Maria Bonda Allah;
11.Nama sebuah gereja
iaitu Gereja Kristus Domba Allah;
12.Nama sebuah gereja
iaitu Gereja Sidang Jemaat Allah;
13.Nama sebuah gereja
iaitu Gereja Allah Itu Kasih;
14.Tajuk lagu “Allah
Peduli” dengan lirik menyebut “Allah mengerti, Allah peduli, Segala persoalan
yang kita hadapi, Tak akan pernah dibiarkannya, ku bergumul sendiri, Sebab
Allah Yesus ku mengerti” nyanyian Agnes Monica;
15.Tajuk lagu “Harapan
Bangsa” dengan lirik menyebut “Bapa engkaulah harapan negara ini, Kaulah
satu-satunya harapan di bumi Malaysia, Yesus engkaulah harapan segala bangsa,
Nyatakanlah kebenaran mu” nyanyian Jaclyn Victor.
Sedangkan ALLAH telah
berfirman dengan cukup jelas didalam Al-Quran:
"Sesungguhnya telah
kafirlah orang yang berkata 'Sesungguhnya ALLAH ialah Isa Al-Masih ibnu
Maryam'. Pada Isa Al-Masih sendiri berkata,'Wahai Bani Israel, sembahlah ALLAH,
Tuhanku dan Tuhanmu, bahawa sesiapa yang menyengutukan ALLAH dengan sesuatu
yang lain, maka ALLAH pasti mengharamkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya
ialah neraka. Sesungguhnya tiada seorang pun penolong bagi kaum yang zalim.
Sesungguhnya telah
kafirlah orang yang berkata,'Bahawasanya ALLAH ialah satu daripada tiga tuhan.'
Padahal tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH Yang Maha Esa. Jika
mereka tidak berhenti daripada apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang
yang kafir antara mereka akan dikenakan azab yang pedih".
Surah Al-Maidah:72-73
Atas sebab itulah kita
menentang! Itu sebabnya kita melarang! Dan kita tidak akan berkompromi walau
sebesar habuk pun dalam isu ini!
8. Kalimah ALLAH bukan
hakmilik mutlak orang Islam!
Memang benar kalimah ALLAH
bukan milik umat Islam. Kalimah ALLAH bukan milik Nabi Muhammad saw. Kalimah
ALLAH bukan milik UMNO. Kalimah ALLAH bukan milik PAS. Kalimah ALLAH bukan
milik Mahkamah!
Betul...betul...betul!!!
Jadi siapa pemilik kalimah
ALLAH?
Jawapannya mudah.
Pemilik kalimah ALLAH
ialah ALLAH sendiri!
Dialah Pemilik mutlak
kalimah itu. Dan hanya Dia yang berhak mutlak memberi kebenaran siapa yang
boleh menggunakannya. Dan hanya Dia yang berhak mutlak memberi syarat
penggunaannya. Hanya Dia yang berhak mutlak menentukan cara penggunaaannya.
Hanya Dia yang berhak mutlak menentukan deskripsi kalimah itu! Hanya Dia -
ALLAH swt!!!
Dan Dia telah
menegaskannya dengan cukup jelas tanpa sebarang keraguan sedikit pun didalam
Al-Quran:
Katakanlah bahawa (kalimah)
ALLAH itu (bermaksud) Maha Esa (Yang Satu);
(Dan sifatnya ialah)
kepada ALLAH tempat segala sesuatu bergantung;
Dia ALLAH tidak beranak,
atau diperanakkan;
Dan tidak ada sesuatu
apapun yang setara atau sekufu dengan ALLAH!
Al-Ikhlas: 112:1-4
Jadi Pemilik Mutlak
kalimah ALLAH telah menegaskan bahawa kalau mahu mengguna kalimah ALLAH
persilakan tetapi mesti merujuk kepada empat syarat iaitu Dia hanya Satu; Dia
tempat bergantung segala makhluk; Dia tidak ada anak; Dia tidak ada sekutu!
Sebaliknya bila kristian
mahu mengguna kalimah ALLAH ia berubah menjadi bentuk syirik dan kufur seperti
berikut:
Katakanlah bahawa ALLAH
itu Tiga-Dalam-Satu;
Kami bergantung kepada
Jesus (untuk penebus dosa dan lain-lain);
Bahawa ALLAH ada anak
bernama Jesus;
Bahawa Ruh Suci (malaikat)
itu sekutu dan setara dengan ALLAH;
Maka jelas
sejelas-jelasnya bahawa maksud yang dibawa oleh kristian dalam penggunaan
kalimah ALLAH adalah bercanggah sama sekali dengan maksud yang Pemilik kalimah
ALLAH itu sendiri nyatakan!
Rumusan: jadi apa
pendirian kita?
Pendirian kita umat Islam
ialah berpegang semula kepada Al-Quran. Dan jelas didalam Al-Quran ALLAH
menyebut:
Wahai Ahli Kitab!
Janganlah kamu melampaui batas dalam agama mu, dan janganlah kamu mengatakan
terhadap ALLAH kecuali yang benar. Sungguh, Al Masih 'Isa putra Maryam itu
adalah utusan ALLAH dan (yang diciptakan dengan) kalimah Nya yang disampaikan
Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari Nya. Maka berimanlah kepada
ALLAH dan Rasul Nya dan janganlah kamu mengatakan "(ALLAH itu) Tiga
(triniti)". Berhentilah (dari berkata sedemikian). Itu lebih baik bagimu.
Sesungguhnya ALLAH Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci dia dari (tohmahan) mempunyai
anak. Milik Nya apa yang ada di langit, dan apa yang ada di bumi. Dan cukuplah
ALLAH sebagai Pelindung (An-Nisaa' 4: 171).
Tugas dan tanggunjawab kita umat Islam ialah bukan dengan bersekongkol atau bersetuju atau meredhai perbuatan mensyirikkan ALLAH yang boleh membawa kepada kekufuran ini. Jangan kita beriya-iya punya nak sokongan dan undi mereka sampai sanggup menggadai aqidah dan keimanan, konon bertaqqiyah untuk mendapatkan kuasa.
Tak boleh. Kita bukan
syiah yang sanggup dan boleh bertaqqiyyah, walau dalam soal aqidah!
Kita ahli sunnah wal
jamaah patutnya cukup jelas pendirian dan pegangan kita. Tidak perlu kita
bersorok-sorok, main aci-aci bukak pintu semata-mata kerana gila undi, gila
kerusi! Sampai bangga dipanggil Mat Gereja!!!
Tugas dan tanggunjawab
kita pertama ialah dengan mencegah kekufuran, kesyirikan dan kemungkaran besar
ini. Kerja kita ialah memperbetulkan penyalahgunaan kalimah ALLAH ini. Maknanya
kita kena turun padang. Pergi jumpa dengan mereka, terutama penganut kristian.
Malah ini merupakan satu peluang untuk kita melaksanakan tugas Rasulullah saw -
DAKWAH!
Beritahu mereka dengan
jelas; kalimah ALLAH yang kamu gunakan itu sebenarnya dan sepatutnya membawa
maksud ALLAH Tuhan Yang Satu, ALLAH yang kita bergantung sepenuhnya kepada dia
(bukan makhluk atau patung atau haiwan dan lain-lain); bahawa ALLAH itu tidak
ada anak dan tidak ada bapak; dan ALLAH itu tidak ada yang sama setaraf dan
sekufu dengan dia!
Nah, itulah kerja dan tugas kita. Jangan cakap sahaja, keluar dan laksanakannya. Kata Nabi saw, baalighul anni walau aayah - sampaikan daripada ku walau sepotong ayat!
Semoga ALLAH swt
memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita, memelihara keimanan dan aqidah
kita, dan memberikan kita kekuatan istiqomah mengharungi zaman fitnah ini insya
ALLAH! Credit
No comments:
Post a Comment