Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan kalimah Allah
tidak boleh digunakan dalam majalah mingguan Herald.Panel tiga hakim diketuai
oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali memutuskan demikian selepas membenarkan
rayuan kerajaan.
Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan penggunaan
kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald bukan sebahagian daripada aspek
penting dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian.
Hakim
Datuk Seri Mohamed Apandi Ali berpendapat, kalimah suci itu jika dibenarkan
penggunaanya akan mencetuskan kekeliruan dalam masyarakat. Sehubungan itu,
beliau berpuas hati bahawa tiada alasan mengapa majalah berkenaan berkeras
untuk menggunakannya dalam penerbitan mingguan tersebut. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment